View: 1978|Reply: 4
|
PRANK SMS (Taip ON 32XXX)
[Copy link]
|
|
Geram betul aku dengan Telco dan syarikat yang menawarkan 'prank sms' atau langgan sms berbayar yang tidak diundang ini. Aku baru je 'terkena' dengan sms ini secara senyap dan terpaksa membayar caj yang terlalu tinggi. Aku sedar apabila telco hantar sms yang bil aku dah cecah 70% credit limit (dalam RM100.00), padahal caj bulanan aku ialah sekitar RM5.00 - RM20.00 jer sebulan.
Bila call service centre, dia kata aku ada langgan sms 32XXX sejak 15hb Jun dan bayaran bagi setiap sms ialah RM4.00 setiap hari! Gila ker? Masa bila pulak aku langgan sms ini!...Wakil service kata aku ada ON sms ini dan ianya dihantar setiap hari ... padahal aku tidak tiap ON dan tidak terima apa-apa dari sms ini. Kalau aku terima mungkin aku dapat sekat lebih awal lagi. So, dia kata aku kena pergi ke kedai telco dan buat aduan.
Bila aku ke kedai telco, wakil telco kata dia tak boleh buat apa2 dan dia cadang aku complaint dekat SKMM!. Apa yang dia boleh bantu ialah 'terminate' sms ini dengan taip OFF atau STOP dan langganan akan diberhentikan. So, apa jadi dengan bil RM100.00 ini? Takkan nak kena bayar padahal aku tak langgan dan tidak terima apa2 service dari sms ini. Nak dijadikan cerita, mamat sebelah kaunter aku pun kena jugak. Dia kata bapak dia yang guna telefon biasa pun kena...Apahal ini, adakah ada sindiket telco beri no. kita untuk prank sms ini?
Lagi satu, salah satu cara sms ini dilanggan tanpa pengetahuan kita ialah bila kita dowlnload games dari internet / google play ... ada 'pop up' advertisement yang boleh buat sms ON sedia ditaip dengan sendiri...hanya tunggu send jer ... banyak dah terkena dan pas tu aku delete semua apps games ...
Aku rasa ramai yang terkena dengan prank sms ini....syarikat ambil untung tanpa pengetahuan kita dan kita pula terpaksa bayar untuk service ini ... kalau tak bayar nanti kena "blacklist"... Boleh ker kita fight dan dapatkan hak kita tentang ini, siapa yang dah kena boleh cerita pengalaman dan bagaimana nak elakkan benda ini berlaku...Kalau complaint di SKMM, macam tak berkesan jer sebab SKMM banyak kerja siasat kes macam hina agong, hina orang islam berpuasa dalam facebook, hina TNB bla-bla-bla ...
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu keje call centr byk aduan mcm ni.. Telco mmg advice soh anta STOP ke nombor tu.. utk billing tu xleh nak wat pe sbb dah cas.. *ini antara sebab TH x mo guna bil , lepas keje call centr jap dah tau byk problem ngan postpaid ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-7-2013 01:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kalau prepaid pun kena cas jugak
..lepas top up terus dia potong kredit... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg cilakak drg ni..tu kalau org perasan..kalau x perasan caner lak..haru nak membayor bill cenggitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 16-7-2013 01:59 PM
Kalau prepaid pun kena cas jugak
..lepas top up terus dia potong kredit...
lau prepaid senang nak tau if something wrong atau tetiba kredit abis... kadar kecepatan nak detect tu adalah dgn check baki setiap hari
|
|
|
|
|
|
|
| |
|