View: 36506|Reply: 311
|
CaHaYa CiNtA ~TaMat~
[Copy link]
|
|
Damia masih setia menunggu. Menyandarkan tubuh di kerusi rehat sambil memandang tasik dihadapannya itu. Sesekali dia memandang jam di tangan. Sean masih belum muncul! Sudah 15 minit masa berlalu. Janji melayu!
"Damia..”
Damia kenal suara itu. Dia terus menoleh kearah kanannya. Senyuman mula terukir. Sean membalas senyuman itu. Kemudian dia berjalan lalu duduk di sisi Damia. Damia masih kusyuk memandang wajah Sean, lelaki pujaan hatinya itu.
“Aku tahu kau panggil aku datang ke sini sebab nak melamar aku…”bisik hati Damia lalu tersenyum sendirian.
Sean masih diam sambil memandang tasik dihadapannya itu.
“Cepatlah sayang..lamarlah diri aku yang menagih cinta darimu ini..”Damia masih berbisik lagi.
“Damia..”panggil Sean lembut lalu memandang wajah Damia yang sesekali wajahnya mirip Nora Danish.
“Ya.”
Sean memegang erat tangan Damia. Mereka berdua bertentangan mata. Airmuka Sean berubah. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk meluahkan isi hatinya,
“Damia, saya rasa sampai disini sahaja hubungan kita..”
Damia bagaikan disambar petir! Dia terus berdiri. Tangan yang digenggam Sean tadi terlerai. Airmata mula berlinangan.
“Awak mungkir janji..” terketar-ketar Damia mengeluarkan suaranya.
“Saya minta maaf. Saya yakin awak boleh dapat lelaki yang lebih baik dari saya..”
“Awak kejam! 5 tahun saya tunggu awak. Awak janji akan jadikan saya sebagai isteri awak..Tapi sekarang?”
“Anggaplah kita tak ada jodoh..”
“Senangnya awak cakap kan? Mentang-mentang lah ada perempuan lain! Mesti lebih cantik, lebih kaya..terus awak tinggalkan saya kan?!!”
“Bukan macam tu, Damia..”
“Sudahlah!!!” Damia mencapai handbegnya di kerusi rehat itu.
Sebelum dia berlalu pergi, dia sempat menoleh ke arah Sean.
“Saya doakan awak bahagia. Saya tahu saya bukan menantu yang terpilih untuk keluarga awak. Saya gagal!
Semoga bakal isteri awak dapat bahagiakan awak..” Damia mengesat airmatanya lalu berjalan kearah tempat parking kereta.
“Damia!” jerit Sean. Sean mengeluh. Dia terpaksa!
********************
Last edited by momey on 15-8-2013 02:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Damia menghidupkan enjin kereta. Menangis. Dihentak-hentak tangannya di stereng kereta. Lalu menjerit sekuat hati.
“Kenapa baru sekarang?? 5 tahun aku tunggu kau, Sean.. 5 tahun!! Akhirnya macam ni kau buat kat aku.. benci kau! Benciiiiiii!!!!!!”
Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Aaron di skrin. Damia mengesat airmatanya.
“Hello..” Suara Damia masih serak basah.
“Hello. Damia.. are u ok?”
Damia diam. Dia cuba mengawal perasaannya.
“Kita jumpa nak? I tunggu U kat tempat biasa ok?” pujuk Aaron.
“Yelah..” Damia mematikan talian.
********************
Aaron, seorang lelaki kacak dan pegawai kanan atasan sebuah syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Pujaan ramai wanita! Namun, Damia juga pilihan hatinya. Dia mengenali Damia sewaktu mereka sama-sama berkursus di Johor anjuran jabatan masing-masing,
Aaron, lelaki berusia 5 tahun lebih tua dari Damia. Dengan sifat Damia yang keanak-anakkan itu membuatkan hati lelakinya tertawan! Namun, hasrat ingin memiliki Damia masih terbantut kerana Damia membuat keputusan untuk setia bersama Sean. Tetapi, Aaron tidak pernah berputus asa. Selagi Damia belum berkahwin, dia masih ada harapan untuk memiliki Damia!
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Damia turun dari kereta. Setelah kereta dikunci, dia berjalan masuk ke dalam sebuah restoran yang menjadi kegemaran dia bersama Aaron ketika ada masa untuk berbual kosong. Aaron bangun lalu menarik kerusi memberi laluan untuk Damia duduk. Mereka duduk bertentangan.
Aaron memandang wajah Damia yang sugul itu. Ditariknya tangan Damia lalu digenggam.
“Kenapa ni? Cuba cerita kat I…”
“Sean..”
“Kenapa dengan Sean? Apa yang dia dah buat kat U? Cakap!” Aaron seperti hilang sabar.
Damia terkejut. Dia pula yang cuba tenangkan Aaron.
“Shhh.. jangan malukan saya. Semua orang pandang kita tau tak..”Damia malu orang sekeliling sedang memandang gelagat mereka berdua.
“Cakaplah apa yang dia dah buat kat U?!”
“Kami dah tak ada apa-apa hubungan dah..”
“Maksud U?”
“Dia ada pilihan lain. I bukan yang terbaik untuk dia..”
Aaron lega! Dia mula tersenyum sendirian. Damia pula hairan.
“Nape U senyum pulak ni?”
“Ada harapan la I nak miliki U..” ujar Aaron yang berbadan sasa itu.
“Ish! ke situ plak..”
Aaron serius dalam percakapannya itu tadi namun Damia masih menganggap Aaron hanya mahu mengubat hatinya yang sedang sedih itu.
********************
Damia pulang ke rumah sewanya di Bukit Antarabangsa. Badannya yang kecil molek itu direbahkan di sofa buatan itali itu. Wajah Sean masih ligat bermain difikirannya.
“Aku mesti lupakan dia!” Damia bercakap sendirian.
Tut! Tut! Mesej masuk! Damia mengambil handphone di dalam handbegnya. Peti mesej dibuka. Mesej dari Aaron!
[ Hai sayang.. Buat apa tu? ]
“Dia panggil aku sayang? Hmmm..” Damia malas hendak membalas mesej dari Aaron itu. Dia bangun lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Di capainya tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron masih menunggu balasan mesej dari Damia. 10 minit telah berlalu. Damia masih mendiamkan diri. Aaron mengambil keputusan untuk menghubungi Damia. Nombor Damia mula di dail. Panggilannya tidak dijawab. Dia cuba menghubunginya sekali lagi.
“Hello..” Damia menjawab.
“Hello. Damia, U buat ape? Kenapa tak balas mesej I?”
“I baru lepas mandi..”
“Kalau ye pun mandi, balas laa..” Aaron bernada marah.
“Aik? Nak marah-marah plak..apehal?!”
Aaron diam. Salah satu kelemahan Aaron adalah cemburu! Dia memang kuat cemburu! Tambahan pula dengan orang yang dia sayang dan cinta!
“Sorry..” Aaron mohon maaf.
Damia diam pula diam.
“Malam ni keluar nak?”
“Aaron, kan tadi kita baru jumpa kan?”
“Itu tadi..”
“Ermm.. Sorry la. Lagipun esok kan keje. Malas la nak keluar malam ni. Baju pun tak iron lagi.”
“Kalau kita kahwin nanti, baju U pun I sanggup ironkan tau!”
“Apa, Aaron?”
“Hahaha.. ok la. Kalau U tak nak keluar, kita mesej-mesej erk..”
“Ok, bye..”
“Bye..”
Panggilan dimatikan. Aaron tersenyum sendirian. Dia akan cuba sehabis baik untuk dapatkan Damia! Damia tetap akan menjadi miliknya.
********************
Damia yang bekerja sebagai pegawai bank di bank tempatan yang terletak di Kuala Lumpur itu menjadi staff pilihan bosnya. Damia memang rajin bekerja. Dia tidak lokek dalam berkongsi ilmu jika ada yang meminta dia membantu menyelesaikan beberapa masalah semasa menyuarat berlangsung. Dia juga pernah balik sehingga lewat malam kerana membantu pegawai baru dalam menyelesaikan tugas harian.
“Awal hari ni sampai, Damia. Belum pukul 8.00 pagi lagi kot..” tegur Fahrin rakan seperjuangannya itu.
“Awal ke? Rasa macam biasa je..”
“Tapi ada yang datang awal dari Cik Damia kot..” kata Fazira pula sambil tersenyum.
“Ha? Tak paham..”
“Tu..cuba Cik Damia tengok apa atas meja tu! Sean yang bagi erk..” kata Fazira sambil memuncungkan mulutnya ke arah meja Damia.
Rakan sekerjanya itu masih menganggap Sean masih lagi teman lelaki Damia. Walhal sudah tamat! Damia terus memandang sejambak bunga di atas mejanya itu. Dia hairan. Sean ke yang bagi? Sean pujuk untuk kembali bersamanya mungkin? Damia tersenyum. Rupanya Sean masih sayangkan dia. Damia berjalan masuk ke dalam biliknya. Sejambak bunga ros itu dicium. Wangi! Kemudian kad yang terselit di jambangan itu dicapainya. Dibuka lalu dibaca.
[ Hai sayang.. Khas untuk U..dari Aaron ]
“What?” Damia tergamam! Tekaannya tadi salah.
Handphone Damia berdering. Nama Aaron di skrin.
“Cantik tak bunga tu?” Tanya Aaron dengan nada penuh ceria sebaik sahaja Damia menjawab panggilan itu.
“Boleh laaa..for what?” Damia ego.
“Simpan baik-baik bunga tu. Eh, tengah hari ni I datang ambil U makan ok?”
“Tengah hari ni?”
“Ya. Tunggu tau!”
“Tapi..”
Talian terus dimatikan Aaron. Damia tergamam. Apa yang Aaron cuba lakukan?
********************
Last edited by momey on 15-8-2013 03:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron cuba membetulkan tali lehernya. Dia tersenyum memandang wajahnya di cermin. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka tanpa sebarang ketukan. Dia menoleh ke belakang. Anzalna, pembantu peribadinya yang cukup cantik itu masuk dengan pakaian yang cukup seksi seperti biasa. Dengan lenggang lenggok dia berjalan ke arah Aaron.
Mereka berdua berdiri bertentangan. Anzalna kemudian membetulkan tali leher bosnya itu.
“Hai handsome.. Dah sarapan ke?” Tanya Anzalna manja.
“Belum. Nape? Ada ‘nasi lemak’ lagi ke hari ini?” Tanya Aaron sesekali memandang ke arah dada Anzalna yang gebu itu.
“Kalau nak, boleh je kasi.. Macam la tak biasa kan?”
Aaron tersenyum nakal. Anzalna bukanlah perempuan pertama yang dinodainya. Ramai yang telah manjadi mangsanya! Mangsa pemuas nafsu. Dia tahu, semua perempuan yang mendampingi dirinya hanyalah mahu duitnya sahaja! Tapi bukan Damia! Dia perempuan lain dari yang lain.
Baru sahaja Aaron hendak mengucup bibir Anzalna yang mungil itu, pintu biliknya diketuk. Terkejut! Aaron dan Anzalna kembali ke tempat duduk berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku. Adi, kawan seperjuangannya merangkap sahabat dari kecil masuk ke dalam bilik itu. Dia juga terkejut Anzalna turut berada di dalam bilik Aaron.
“Aku ganggu ke?” Tanya Adi yang berlesung pipit di pipi kanannya itu.
“Tak la. Marilah masuk! Zana, saya rasa dah tak ada apa-apa lagi yang kita nak bincang. Nanti ada apa-apa saya call..”ujar Aaron sambil tersenyum.
“Ok..” Anzalna bangun lalu beredar keluar dari bilik itu.
Adi mengambil tempat duduknya lalu duduk bertentangan dengan Aaron. Dia ketawa kecil. Aaron hairan!
“Apehal yang kau gelak ni? Aku tak buat lawak ape pun..”
“Sudah-sudah la tu nak berkasanova.. Kita dah tua kot! Tak nak kahwin ke?”
“Hahaha.. Aku muda lagi ok?”
“Kita bukannya tongkat langit! Suatu hari kita akan mati juga. Aku sayangkan kau sebagai sahabat aku. Aku tak
mahu kau terus hanyut dibuai nafsu..”
“Kau lelaki dan aku pun lelaki. Mana tahan tengok perempuan cun-cun macam tu dok berkepit dengan aku. Terangkat kot! Hahahaha..”
“Hahaha.. Itulah ujian namanya! Control iman kau tu. Jangan biar Syaitan kuasai iman kau! Kan dulu kau pernah cakap kat aku kau nak berubah kan?”
“Susah la, Adi. Aku dah terbiasa. ‘Makan’ perempuan ni macam makan ayam kfc bagi aku!”
“Berubahlah!”
Aaron diam. Dia cukup kalah apabila berdebat dengan Adi. Sahabatnya yang cukup kuat dalam bidang agama. Namun Adi tidak mendesak dirinya berubah serta merta. Dia faham akan keadaan dirinya yang masih memerlukan kekuatan dan bimbingan.
“Eh, aku dah lambat ni. Aku ada meeting kat luar dengan Dato Jalaludin. Kau tak terlibat sekali kan?”
“Tak. Tak dapat surat pun..”
“Ok la kalau macam tu. Aku pergi dulu k..”
“Ok.” Aaron dan Adi berjabat tangan sebelum Adi berlalu keluar dari bilik itu.
Sebelum Adi berlalu keluar, dia menoleh memandang Aaron.
“Kita sentiasa diperhatikan oleh Dia..” Adi sempat nasihat Aaron sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah atas.
Aaron hanya mampu mengukir senyuman.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
nice story....teruskn momey...ada gak pengganti cerita baru....hahahahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 15-8-2013 03:44 PM
nice story....teruskn momey...ada gak pengganti cerita baru....hahahahahah
thanks dear
|
|
|
|
|
|
|
|
Damia masih termenung memandang sejambak bunga ros di hadapannya itu. Dia masih keliru dengan Aaron.
“Aaron cuba pikat aku ke? Ke aku yang bodoh tak faham-faham lagi??” bisik hati Damia sambil mengetap bibir.
Fazira masuk ke dalam bilik Damia sambil membawa beberapa keping fail.
“Semua fail ni untuk Cik Damia tandatangan..”
“Letak je lah atas meja tu..”
Fazira meletakkan semua fail itu di atas meja. Kemudian dia memandang Damia.
“Cik Damia ada masalah ke? Nak kongsi dengan saya?”
Damia memandang Fazira. Fazira adalah kerani senior di bank tersebut.
“Duduklah..”pelawa Damia.
Fazira duduk. Kemudian mereka bertentangan mata.
“Saya dengan Sean dah berpisah.”
“Ha?”
“Dan bunga itu bukan dari Sean, tetapi dari Aaron..”
“Siapa Aaron?”
“Kawan yang saya kenal semasa kat kursus baru-baru ni. Dia keje kat syarikat swasta di Shah Alam.”
“Dia ok ke? Maksud saya dia ada hati kat Cik Damia ke?”
“Itu yang saya tengah fikir tu. Dulu dia pernah pikat saya tapi saya cakap dekat dia yang saya dah nak jadi tunangan Sean. Dia cakap tak ape lah, mungkin tak ada jodoh. Tapi sekarang, selepas dia tahu saya dan Sean dah berpisah dia terus rapat dengan saya. Tengah hari ni pun siap nak jemput saya keluar lunch!”
“Ok la tu, Cik Damia. Patah tumbuh, hilang berganti..”
“Amboi! Itu bermakna saya masih laku la kan?”
Mereka berdua berbalas ketawa.
“Tapi saya takut pisang berbuah dua kali. Risau kalau Aaron juga seperti Sean last minute sebelum kami kahwin nanti. Cewah! Fikir sampai ke kahwin dah tu! Hahaha”
“Cik Damia jangan fikir yang bukan-bukan. Anggap je Sean bukan jodoh yang terbaik dan Aaron datang menyelamatkan heroinnya. Hihihi”
“Pandai awak erk ambil hati saya..”
“Cik Damia perempuan yang baik. Saya suka dengan perwatakkan Cik Damia. Tak mustahil ramai yang minat dengan Cik Damia termasuklah Encik Fahrin tu!”
“Ha? Fahrin tu sukakan saya ke?”
“A’ah tapi dia tak berani nak terus terang!”
“Biar betul awak ni, Fazira?”
“Hahaha.. Ntah lah, Cik Damia. Dia pernah cakap kat saya yang dia minat dengan Cik Damia. Dalam pada masa yang sama juga, saya tahu yang dia akan kahwin hujung tahun ni dengan anak ketua kampung sebelah ayahnya itu..”
“Fahrin..Fahrin.. Itulah lelaki kan? Tak pernah cukup dengan yang satu!”
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada waktu tengah hari seperti yang dijanjikan, Aaron datang menjemput Damia di tempat kerjanya. Damia yang cantik bertudung moden itu berjalan dengan hati-hati menuju ke kereta Aaron. Aaron keluar dari kereta lalu membuka pintu kereta untuk Damia. Damia terharu.
“Thanks..”
Aaron hanya mengukir senyuman. Aaron ke tempat duduknya semula lalu meluncur pergi ke restoran berdekatan.
Semasa di dalam kereta, Aaron dan Damia masih mendiamkan diri. Sesekali Aaron mencuri memandang Damia.
“Nape diam je ni? Tak selesa ke?” Tanya Aaron yang berkaca mata hitam itu.
“Tak la.. Tak tau nak cakap ape..”
“Malu dengan I ke?”
“Ha?” Damia terus memandang Aaron.
Aaron ketawa kecil. Dia cukup selesa sekali setiap kali berdampingan dengan Damia. Damia memang lain dari perempuan yang pernah ditidurinya.
“I suka tengok U.. Cute!” puji Aaron.
Damia diam. Apakah maksud pujian Aaron itu? Dia masih tidak faham.
********************
Fazira ke pantry untuk bancuh air teh. Kemudian Fahrin menyusul untuk membasuh tangannya.
“Encik Fahrin dah tapau makanan ke?” Tanya Fazira lalu menghirup teh panasnya itu.
“Dah. Awak tak makan? Diet erk.. Kurus pun diet ke??”
“Amboi, Encik Fahrin! Kalau nak pikat hati suami, kenalah pandai jaga badan ok?” jawab Fazira yang sudah mempunyai seorang anak itu.
“Beruntunglah ada suami..”
“Hahaha.. Encik Fahrin kena lah kahwin cepat-cepat. Nanti tiap-tiap hari isteri tolong masakkan. Siap bawakkan bekal lagi.. Haaaaa.. Best tau! Jimat!”
“Siapa lah yang nak kahwin dengan saya ni.. Nak ngorat Cik Damia, dia tak nak plak!”
“Hahaha.. jangan nak ngade la, Encik Fahrin! Bukan kata nak kahwin hujung tahun ni ke dengan anak ketua kampung?”
“Hahaha.. awak ingat lagi erk? Insyaallah, kalau diizinkan hujung tahun ni berlangsung.”
“Waaaa.. tak sabar dah nak makan nasi minyak!”
“Nanti saya bagi kat jemputan! Confirm Damia frust menonggeng punyelah bila tengok kad kahwin saya nanti ”
“Hahaha..kelakar lah, Encik Fahrin ni..”
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Makanan telah pun dipesan oleh Aaron. Damia masih diam. Hanya menunggu Aaron memulakan bicara terlebih dahulu. Aaron memandang Damia. Damia mula kurang selesa.
“Kenapa pandang saya macam tu?” Tanya Damia sambil membetulkan tudungnya. Mungkin tudungnya sedikit senget!
“I sukakan U..” kata Aaron berterus terang.
Mungkin dengan kata-kata yang sebegini membuatkan ramai yang jatuh hati dengan Aaron. Damia gugup. Betul ke apa yang dia dengar sebentar tadi?
“Sukakan I? Suka yang macam mana tu?”
Aaron menggenggam tangan Damia. Damia terkejut. Jantungnya berdegup laju. Dengan pantas dia menarik tangannya kembali.
“I nak jadikan U sebagai ratu dalam hidup I..”
Damia masih diam menunggu kata-kata seterusnya dari Aaron. Rasa seperti dalam drama melayu pula.
“Damia! Damia! Hello…” panggil Aaron sambil memetik jarinya di wajah Damia. Damia terjaga dari lamunan.
“Ya..ya..”
“Hahaha.. Berangan erk?”
Damia malu! Boleh pula dia berangan pada waktu itu. Aaron bangun.
“Damia, kejap erk. I nak ke washroom jap..” kata Aaron lalu berlalu pergi. Damia hanya mengangguk.
Rupanya Aaron ke tempat parking keretanya. Pintu bahagian tempat duduk Damia dibuka. Diletaknya sekuntum bunga ros dan satu kotak kecil berwarna merah di tempat duduk Damia itu. Aaron tersenyum sendirian.
********************
Anzalna bersama rakan baik merangkap teman sosialnya, Nabila turun dari kereta. Mereka berdua menuju ke arah restoran di mana Aaron dan Damia turut berada bersama.
“Wait a minute! Aaron tu kan?? Dengan perempuan mana pulak tu?!” Tanya Nabila sambil memuncungkan mulutnya ke arah Aaron yang sedang bergelak ketawa dengan Damia itu.
Anzalna menanggalkan kacamata hitamnya. Dia memandang ke arah yang ditunjukkan Nabila itu. Memang sah
Aaron bersama perempuan baru!
“Siapa pulak perempuan tu? Pakai tudung pula tu..”
“Kau ingat semua perempuan yang pakai tudung tu baik sangat ke?? Lelaki yang merembes macam si Aaron tu siapalah yang tak nak kan? Dah la handsome, berduit plak tu!”
“Ini tak boleh jadi ni. Aku je yang layak kadi kekasih dia!”
“Hahahaha.. Hei hello! Kau layak ke? Si Aaron tu boleh dapat perempuan lebih cantik dari kau kot?”
“Untuk pengetahuan kau, Aaron dah janji dengan aku nak datang jumpa family aku untuk datang merisik..”
“What?! Hahaha..Luruh bulu ketiak aku dengar apa yang kau cakapkan ni! Kau bole caye ke dengan janji lelaki kasanova macam tu? Please la, Babe.. Lupakan aje laaa..”
“Aku dah serahkan segalanya dekat dia, babe..”
“Eleh.. Aaron tu bukan lelaki pertama yang amik dara kau pun kan??? Sudah lah!”
Anzalna diam. Dia memandang wajah perempuan yang sedang mencuri hati Aaron itu. Memang cantik!
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah selesai makan dan membuat bayaran, Aaron dan Damia berjalan ke tempat parking kereta.
“Terima kasih sebab belanja saya makan tengah hari ni..” ucap Damia lembut dan manja itu.
“Kasihmu diterima..”jawab Aaron dengan penuh tenang.
Jantung Damia sekali lagi berdegup laju. Aaron memang bijak dalam berkata-kata.
“Jom I hantarkan U balik..” kata Aaron lalu masuk ke dalam kereta.
Damia membuka pintu kereta. Dia terkejut! Sekuntum bunga dan sekotak kecil merah di atas kerusi tempat duduknya. Dia memandang Aaron.
“Aa..ape ni?” Tanya Damia sedikit gementar.
Aaron mengambil bunga dan kotak kecil itu.
“Masuklah..”panggil Aaron.
Damia duduk lalu menutup pintu. Kemudian Aaron menghulurkan bunga ros beserta kotak kecil itu. Damia menyambutnya. Kemudian kotak kecil itu dibuka. Cincin bersalut emas!
“Sudikah Damia menjadi ratu seumur hidup Aaron?” Aaron memegang tangan Damia.
“Tapi Aaron, bukankah terlalu cepat..”
“I tak nak kehilangan U lagi. I cintakan U!” Aaron menghulurkan cincin untuk disarungkan ke jari Damia.
Damia diam. Memang terlalu cepat baginya. Damia memandang cincin itu disusuli dengan memandang Aaron.
“U tak akan sia-siakan hidup I kan?” Damia sebak.
“I janji! I akan jadi suami yang terbaik untuk U. Peganglah dengan janji I ni, sayang..”
Damia tersenyum. Dia harap Aaron adalah lelaki yang dicarinya selama ini.
“Berilah I masa untuk mengenali diri U dan keluarga U..”
“Ambil la seberapa banyak masa yang U mahu. Nanti bila U dah bersedia, bagi tahu I. I akan minta keluarga I datang untuk merisik U..”
Damia tersenyum sekali lagi. Mungkinkah ada sinar bahagia untuknya lagi?
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Fahrin ternampak Aaron sedang membuka pintu kereta untuk Damia. Dia kenal lelaki yang bernama Aaron itu. Dia mengikut Damia berjalan dari belakang. Damia sedar!
“Fahrin, U dari mane?” Tanya Damia sambil berjalan ke arah lif.
“Ambil fail ni dalam kereta tadi. Aaron ke yang hantar U balik tadi?”
“A’ah.. U kenal dia ke?”
“Apesal plak tak kenal? Kenal sangat-sangat! Lagipun dia la kan yang sama-sama kursus dengan kita hari tu?”
“Kawan baik U ke?”
Pintu lif terbuka. Damia dan Fahrin masuk bersama ke dalam lif itu. Punat nombor 10 ditekan. Lif bergerak naik.
“Sean mane?”Tanya Fahrin yang agak serius wajahnya tiba-tiba.
“I dah putus dah dengan dia.”
“Owh..sebab tulah sekarang U keluar dengan Aaron erk?”
“Pintu lif dibuka. Damia dan Fahrin keluar dan berjalan masuk ke dalam pejabat.
“Kalau U tak tahu hal yang sebenar, baik U diam.” Damia memberi amaran.
“Aaron bukan lelaki yang baik.”
Damia terus memandang Fahrin. Fahrin mungkin sedang bohongi dirinya!
“Ape U cakap ni?”
“U pun tahu kan I ni lelaki yang suka lepak-lepak kat pub kan?”
“Terus terang jekan senang!”
“Ok. Kalau U nak tahu, Aaron tu kaki perempuan. Memang hangat la nama dia kat pub tu. Sape tak kenal Aaron memang kampung la!”
“U tipu I..”
“Tipu U kalau dapat 1 Juta ok jugak! Lebih baik U berhati-hati dengan Aaron tu.” Kata Fahrinl alu beredar masuk ke dalam biliknya.
Damia mengeluh.
********************
Hati Aaron berbunga-bunga sekarang. Damia sudah hampir menjadi miliknya. Dipadamnya kesemua nombor telefon perempuan-perempuan yang telah menjadi mangsanya. Dia mahu memulakan hidup.
Tiba-tiba pintubiliknya diketuk. Wajah Adi muncul dimuka pintu.
“Masuklah!”
“Amboi..cerianya.”
“Aku ada sesuatu nak bagi tahu kau ni.”
“Sabar. Dengar dulu apa aku nak cakap ni. Kau ada lagi 10 minit untuk masuk meeting.”
“Ha? Yeke? Tapi dengar dulu apa aku nak cakapkan ni..”
“Ape? Dapat mangsa baru ke?”
“Ni bukan mangsa dah. Tapi bakal isteri!”
“Ha? Really?”
“Yes! Aku dah insaf. Aku dah tak nak main-main perempuan lagi dah. Aku dah sampai seru untuk berubah. Berubah untuk menjadi lelaki yang setia!”
“Kau ni betol-betol ke ni?” Adi mengerutkan dahinya.
“Aku serius ni,Adi. Aku betol-betol nak berubah. Dia perempuan yang baik.”
“Syukur Alhamdulillah. Boleh la join aku solat Jemaah Zohor kat opis lepas ni..”
“Ha? Err.. “
“Jangan nakerr..err sangat la! Dah! Jom gi meeting. Nanti lambat pulak!”
Aaron melihat jam ditangannya. Terus dia berdiri mengambil buku nota dan fail yang berkaitan.Kemudian dia bergerak ke mesyuarat bersama Adi.
********************
Last edited by momey on 16-8-2013 08:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Damia masih lagi di tempat kerjanya. Kerja yang perlu diselesaikan segera sebelum pukul 9.00 pagi esok. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya bekerja sendirian pada waktu sebegitu.
“Damia, aku nak balik dulu. Kau jaga diri baik-baik..”kata Fahrin yang sudah letih itu.
“Ok.”
Fahrin masih lagi memandang Damia yang kusyuk membuat kertas kerja itu.
“Damia..”panggil Fahrin kembali.
Damia memandang Fahrin. Matanya agak layu.
“Aku minta maaf kalau aku berkasar dengan kau tadi.”
“Tak pe. Aku faham..”
“Buat keputusan yang terbaik.”
Damia mengangguk lemah. Kemudian Fahrin berlalu pergi dari situ. Damia menyandarkan tubuhnya. Penat! Dia kemudian mencapai handphone di atas mejanya.
“Perlu ke aku jumpa dengan dia minta dia berterus terang?” Damia berkata sendirian.
Damia meletakkan handphonenya kembali di atas meja.
“Aku nak balik la..penat sangat!” Damia mengemas mejanya. Kemudian dia mengambil handbeg lalu keluar dari biliknya.
Sebaik pintu lif terbuka, dia terus berjalan pantas menuju ke tempat parking kereta yang berhadapan dengan bangunan bank tersebut. Belum sempat Damia membuka pintu kereta, lengannya dipaut. Terus Damia memandang ke arah kirinya.
“Sean?”
“Kenapa awak tak cari saya?”
“Motif nak cari awak? Awak kan dah bahagia dengan pilihan hati awak tu! Buat ape cari saya lagi?!”
“Nampaknya awak tak sayangkan saya..”
“Sudah lah! Tak payah nak berdrama lagi. Awak yang masih tergilakan saya kan?”
Damia mahu membuka pintu kereta dan sekali lagi lengannya dipaut.
“Ape ni, Sean? Saya dah tak nak tahu apa-apa lagi pasal diri awak! Tolonglah jangan ganggu hidup saya.”
“Apehal ni?” Tanya Aaron yang tiba-tiba muncul di belakang Damia. Damia dan Sean terkejut.
Sean diam memandang Damia. Kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja.
“Dia ada buat apa-apa kat U tak?” Tanya Aaron lembut.
“I ok. Tapi U buat ape kat sini?”
“Rindukan U..”
Damia ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Pintu kereta dibuka. Kemudian dia memandang Aaron yang masih setia menunggu memandang Damia.
“U tak nak balik ke?”
“Ok, macam ni. I follow U dari belakang ok?”
“Follow?”
“Nak pastikan U selamat! Nanti Sean ganggu U lagi.”
“Ya Allah.. tak payah susah-susah la, Aaron. I’m ok.. Lagipun Sean tu tak merbahaya bagi I..”
“Cepat-cepat mesej I kalau ada apa-apa yang berlaku.”
“Yelah.. I balik dulu”
Damia berlalu pergi.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
wah cinta bersegi2...mesti hebat si damia nih...3 lelaki minat kat dia...heheeheh tp mesti lg mencabar lps nih, ada yg tak puas hati, dendam dsb...
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 16-8-2013 09:48 AM
wah cinta bersegi2...mesti hebat si damia nih...3 lelaki minat kat dia...heheeheh tp mesti lg mencab ...
siapakah lelaki yg bertuah itu? hikhik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aaron tetap berdegil! Dia mengikut Damia dari belakang sehingga sampai di rumah Damia. Damia mula naik rimas. Dia keluar dari kereta lalu pergi ke arah Aaron.
“Boleh tak U jangan ikut I macam ni lagi? Rimas la!”
Aaron diam. Dia memandang wajah Damia.
“Ok lah. I balik dulu..”Aaron seperti merajuk. Dia terus masuk ke dalam kereta. Lalu pergi dari situ.
Damia menggelengkan kepalanya.
********************
Sudah hampir seminggu Aaron tidak mencari Damia. Handphone Damia sunyi sepi daripada panggilan Aaron. Betul-betul merajuk nampaknya!
“Fazira!” panggil Damia dari dalam biliknya.
Fazira yang baru sahaja lalu di hadapan bilik Damia terus menghentikan langkahnya dan masuk ke dalam bilik Damia.
“Cik Damia panggil saya ke?”
“Boleh bancuhkan air milo ‘o’ untuk saya?”
“Boleh! Sekejap ya..”
“Ok, thanks..”
Fazira berlalu pergi ke pantry. Fahrin dengan tangan kosong masuk ke dalam bilik Damia.
“Busy?” Tanya Fahrin yang sebelah tangannya masuk ke dalam kocek seluar.
“Boleh tahan laa..”
“Tak keluar dating ke?”
“Dating?”
“Aaron?”
“Ntah la. Dah seminggu tak cari I..”
“Hahaha.. kan I dah cakap. Kalau dia tak ada U pun, ramai lagi awek-awek kat luar sana yang boleh temankan dia..”
“Yelah tu..”
“Pandang I, Damia!” arah Fahrin yang dari tadi Damia langsung tidak memandang wajahnya. Sibuk dengan kerja!
Damia memanggung kepalanya memandang Fahrin.
“U rindukan dia erk?”
“Apa yang U merepek ni, Fahrin?” Damia sambung kembali menyemak kertas kerja di hadapannya itu.
“Jangan tipu I la. I tahu U tengah tunggu panggilan dari Aaron kan?”
“U tak ada keje erk nak buat?”
“Bodohlah kalau ada perempuan yang sanggup tolak lamaran lelaki sehandsome Aaron tu..”
Damia mengambil teddy bear sebesar penumbuk di atas mejanya lalu dibaling ke arah Fahrin. Fahrin sempat menyambutnya. Dia ketawa kecil kerana dapat menyakat Damia.
“I banyak keje ni. Please leave me alone..”
“Baiklah, Cik Damia. Kalau rindu sangat, tak payahlah sampai menunggu lelaki yang memulakan dahulu. Sesekali apa salah kalau perempuan yang mengalah. Alamak! AKu ni silap cakap ke? Alaaa U pun dah besar kan? Fikir la mana yang baik mana yang buruk..”
“Ape kene dengan U ni, Fahrin? Sekejap cakap Aaron lelaki kasanova la. Sekejap suruh I pujuk dia la!”
“I mereng sikit hari ni. Kena marah dengan bos! Hahaha.. Dah lah! I pergi dulu..” kata Fahrin lalu pergi meninggalkan Damia sendirian.
Fazira datang dengan membawa secawan air milo ‘o’. Diletaknya cawan itu di atas meja Damia.
“Thanks, Fazira..”
“Ok. Cik Damia, kenapa dengan Encik Fahrin tu? Dengar kecoh je tadi..”
“Sakit jiwa!”
“Ha? Hahaha..sah kena marah dengan bos la tu!”
“Fazira, patut ke saya call Aaron?”
Fazira mengeluh.
“Cik Damia, ini kali yang ke 6 Cik Damia tanya saya soalan yang sama. Cik Damia dah angaukan dia erk..”
“Ntah la. Saya tak tahu apa perasaan yang saya rasakan sekarang ni. Bila fikirkan apa yang Fahrin bagi tahu saya pasal Aaron, membuatkan saya terbantut nak kenali Aaron dengan lebih dekat.”
“Manusia semuanya tidak sempurna, Cik Damia. Mungkin Aaron dah berubah! Mana kita tahu kan?”
“Hmmm..mungkin juga kan?”
Tiba-tiba handphone Damia berdering. Muncul nama Aaron di skrin. Jantung Damia dengan serta merta berdegup laju. Hatinya menjerit kegembiraan.
“Aaron call saya..”kata Damia pada Fazira dengan wajah yang cukup gembira.
“Yeke? Apalagi, jawab la Cik Damia..”
Damia mengangguk. Fazira kemudian berlalu keluar dari bilik Damia. Damia menjawab panggilan itu.
“Hello..”
Aaron masih mendiamkan diri.
“Hello.. Aaron..”
“Keras kepala betul U ni kan?”
“What? U cakap I keras kepala? I ke U?” Damia mula tidak berpuas hati dengan tuduhan Aaron itu.
“Rindunya I kat U, Damia.. Seminggu I tunggu U call I. Langsung U tak cari I pun. I macam nak gila dah! U manderem I erk???”
Damia cuba mengawal dari ketawa besar dengan rengekkan Aaron yang seperti keanakkan itu.
“Damia..Hello..”
“Yeeeee..”
“Owh..ade lagi! Ingatkan dah terpaku dengar suara I yang macho ini.”
Damia menjelirkan lidahnya.
“Aiippp!! Jelir lidah erk..” Aaron seperti tahu apa yang Damia sedang buat.
Damia mengetap bibirnya.
“Damia, I nak jumpa U..” Aaron mula memujuk Damia. Egonya runtuh kerana seorang perempuan yang bernama Damia.
“Kalau I cakap I tak nak jumpa U?”
“Jangan la macam ni, Damia.. Seminggu tak jumpa pun dah macam orang gila. Tambah sehari lagi ni tak jumpa rasanya terus masuk wad kot..”
“Hahaha..kelakarlah U ni..”
“I jemput U lunch nanti erk.”
“Yelah!”
“Yeay!! Bye, sayang..”
“Bye..”
Talian dimatikan. Damia tersenyum sendirian.
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa, Damia dijemput Aaron untuk keluar makan tengah hari. Sebaik sahaja Damia duduk dan menutup pintu, dia terus memandang Aaron yang kacak itu! Senyuman mula terukir. Aaron membalas senyuman itu.
“Nampak I kurus sikit tak?” Tanya Aaron lalu membuka kaca mata hitamnya.
“Kurus? Rasa macam biasa je..”
“Seminggu tak jumpa U, kurus pipi I ni tau!”
“Aduhai..hahaha..”
Aaron tersenyum memandang Damia ketawa seperti anak kecil itu. Terhibur hatinya melihat Damia gembira apabila bersama dengannya. Damia mula kurang selesa apabila Aaron masih lagi menatap wajahnya.
“Nak makan mane ni?” Tanya Damia ubah perbualan.
Aaron masih lagi terpaku memandangnya. Damia menepuk manja pipi Aaron.
“Aaron..” panggilan itu mengejutkan Aaron dari lamunan.
“U masih di Malaysia lagi tau! Hihihi” Damia menyakat Aaron.
Aaron ketawa kecil. Sempat dia mengenyitkan matanya pada Damia. Mak aiiii!!! Cair kot Damia..hihi
********************
|
|
|
|
|
|
|
|
ouchhh...nak lg entry
|
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 16-8-2013 02:30 PM
ouchhh...nak lg entry
jap |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|