CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15598|Reply: 90

Baru Lepas Bercerai.. Berkenaan Hak Penjagaan Anak

[Copy link]
Post time 23-9-2013 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Assalaamualaikum.. Saya ada sedikit kemusykilan.. Saya seorang surirumah baru saje bercerai dgn suami dgn talak 1 pagi tadi kat mahkamah.. Suami beri syarat, dia akan ceraikan saya jika saya bersetuju memberi hak penjagaan anak-anak (masing2 perempuan umur 14 dan 16 tahun) sepenuhnya pada suami.. Tetapi, hakim menolak syarat itu dan perkara itu mesti melalui mahkamah tinggi syariah.. Hakim bertanya pada suami samada masih nak terus jatuhkan talak atau macamana..? suami agak frust dan terdiam, dan akhirnya dia setuju ceraikan saya.. Soalannya, apa status hak penjagaan anak-anak itu sekarang? Hak itu dapat pada saya atau..? Please bagi pandangan ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 12:09 PM | Show all posts
setahu sy kena failkan kes hak penjagaan anak2..nnti kes ni akan dibicarakan di mahkamah tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 12:09 PM | Show all posts
takziah atas perceraian awk..jaga diri dan anak2 baik2 yea..semoga dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 12:51 PM | Show all posts
Thanks @safiya .. i nak kena prepare apa yg patut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:22 PM | Show all posts
biasanya dapat ke ibu.
masa ni peranan ibu penting.
kalau ibu tersilap sikit.. walaupun remeh.. semuanya akan menjd isu...
mcm.. si ibu berborak dgn lelaki lain.. kat kedai ke.. kat depan rumah ke..
huhuhuhu.. semuanya akan dibangkitkan oleh si x husband.
so.. tt kena berhati2 dlm pergaulan.
ini dipanggil perebutan hak penjagaan anak..

sorry tanya... hubungan tt dgn anak2 adakah syg biasa2 @ xhusband yg terlampau syg sgt2 pd anak2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:31 PM | Show all posts
waalaikumussalam wr wb
takziah buat TT atas perceraian tu

sekrg TT masih x bekerja ke sbb TT kata yg TT adalah surirumah tangga
klu dah cerai sila failkn tuntutan mutaah, harta sepencharian dan hadanah
anak2 TT pun dah besar harap diaorg taw diaorg nak ikut sapa
syarat ex asben TT dah x terpakai sbb talak dah jatuh
semoga TT akan tabah menjalani kehidupan yg baru ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2013 03:10 PM | Show all posts
selagi tak diputuskan d mahkamah dan perintah tak dikeluarkan lagi..
puan bole buat bese je jaga anak2 tu..
buat cam tade apa2..

dan ex asben pun bole buat bodo kalau nak jaga depa gak..
so berkompromi adalah cara terbaik...
jangan ada adegan bawak lari anak...
kejap mak bawak lari...kejap bapa bawak lari..
lama2 anak pening...
tapi cuba tanya anak2 tu..depa rela hati dok dengan sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:16 PM | Show all posts
tapi jika secara verbally ex asben dan puan telah berbincang utk letakkan syarat ttg hadhanah tu utk ceraikan puan, maka dengan itu puan kena la pikir sendiri kalau mungkiri.. bukannya apa risau nanti ex asben gunakan perkara tu utk kata puan seorang yg tidak boleh dipercayai dalam tuntutan hak penjagaan nanti.. sakit hati wooo..

tp yg pasti, hak penjagaan mmg kena failkan d mahkamah tinggi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 03:48 PM | Show all posts
masa nk cerai tu ada x hakim noted atau rekod pape pasal anak?atau dia tolak terus?klu dia tolak terus, so statusnya belum ada sesiapa lg yg dpt anak tu..so boleh difailkan di mahkamah tinggi..tp klu hakim mahkamah rendah dh rekod, walaupun x diperintahkan, agak sukar lh nk dpt, biasa last2 keputusan akan ikut rekod hakim tu,.sbb dh bnyk kes mcm tu..walaupun hanya direkodkan atau dicatit oleh hakim mahkamah rendah, bila naik mahkamah tinggi, bila suami bawa naik skali dgn rekods hakim tu, maka hakim mahkamah tinggi beranggapan bnda tyu dh dipersetujui dan akan ikut persetujuan tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua @proteas , @hafiz_1312 , @ana_una dan @fatehana .. akak ni dah 38 umurnye.. tuo dah.. menurut hakim tu, kalau nak claim hak penjagaan anak, kena pergi mahkamah tinggi syariah tu.. dia tak luluskan permintaan x suami akak tu.. so, kiranya hak bersama lah sekarang ni ye? kalau boleh tak mau turun naik court tu, tak mau anak2 tau, buat stress depa je.. X akak dia memang takmau cerai sebenarnye tapi sebab akak nak sangat, tu yg dia bg syarat tu.. Malah dia siap cakap takde apa2 harta sepencarian yg akak boleh tuntut sepanjang 16 tahun kawin ni... mm.. reason dia, semua benda dia beli, akak hanya surirumah sajok.. Last edited by MARKONAH on 23-9-2013 05:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 05:04 PM | Show all posts
oh ye.. x akak tu doktor pakar dan kaya raya, jadi kalau akak fight, memang takde harapan jawabnye.. akak dalam perancangan membuka nurseri dan landskap dgn sorang partner, sudah tentu takde income lagi.. umur 38 susah dah nak carik kerja walau akak ada degree.. pengalaman kerja hanya 1 tahun saje masa abis study zaman batu dulu, pastu suami suruh dok rumah je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 06:30 PM | Show all posts
all the best to u markonah.

Jaga anak2 tu, sebab itulah harta sebenar......
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 06:40 PM | Show all posts
MARKONAH posted on 23-9-2013 04:58 PM
Assalamualaikum semua @proteas , @hafiz_1312 , @ana_una dan @fatehana .. akak ni dah 38 umurnye.. tu ...

Bole je nak tuntut harta spencarian wlupun suri rumah..

sebab dgn adanya si isteri dok umah jaga anak, jaga rumahtangga dan hidup aman damai maka ia faktor yg mendorong si suami mencari reZeki kekayaan dgn rakusnya.. Haha..

bole tuntut.. Sungguh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 06:41 PM | Show all posts
Betul tu dear @genUmi  .. anak2 lah harta sebenar.. tu yg takut kalau my x bukak file.. Last edited by MARKONAH on 23-9-2013 06:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 06:43 PM | Show all posts
terus akak semangat baca post kau @ana_una .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 06:49 PM | Show all posts
MARKONAH posted on 23-9-2013 04:58 PM
Assalamualaikum semua @proteas , @hafiz_1312 , @ana_una dan @fatehana .. akak ni dah 38 umurnye.. tu ...

banyak benda yg Markonah tidak arif ...

1) hak penjagaan anak2
bagi pasangan bercerai hak penjagaan terserah pada persetujuan bersama. jika tiada persetujuan, maka perlu buat tuntutan hadhanah di mahkamah tinggi syariah. Memandangkan anak2 Markonah dah cukup umur, maka hakim akan membuat keputusan berdasarkan pilihan anak2 tersebut.

2) harta sepencarian
harta sepencarian boleh dituntut walaupun isteri cuma surirumah. Tugas Markonah jaga rumah dan jaga anak dianggap membantu suami supaya boleh mencari rezeki di luar. Ini bukan soal harta ni ko cari, harta tu aku cari. Ini soal perkongsian hidup dan rezeki bersama sebagai satu keluarga. Hujah dan perkiraan harta sepencarian ni agak rumit dan perlu lantik peguam. yang paling afdal Markonah bagitau bekas suami jumlah nak dituntut. Kalau dia setuju beri kira setel tkyah masuk mahkamah. Kalau dia nak kemut, see you in court.

kalau ada apa2 lagi nak tanya boleh hubungi saya ... caj yg saya kenakan ialah nasi beriani sepinggan dan teh ais segelas ...         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2013 07:13 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 23-9-2013 06:49 PM
banyak benda yg Markonah tidak arif ...

1) hak penjagaan anak2

assalaamualaikum dear @kudajantan77 .. hehe nama kau sangat jantan hokey.. lega membaca serba sedikit penerangan itu.. hak penjagaan anak kalau boleh tak mau rebut2, means sama2 tolak ansur.. tapi harta sepencarian tu, .. dulu dia pernah beli kondo mewah kat bukit gasing tanpa pengetahuan akak, alasannya duit dia suka hati dia la nak beli apa pun.. malah 2 rumah lagi tu (termasuk yg akak duduk sekarang ni), dia siap2 cakap utk anak2 sorang 1.. benda paling mahal dia pernah beli utk akak ialah kereta alza, itu pun nama dia jugak.. dia kata bersederhana.. tapi kereta dia TOUAREG you.. fenin
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:23 PM | Show all posts
MARKONAH posted on 23-9-2013 07:13 PM
assalaamualaikum dear @kudajantan77 .. hehe nama kau sangat jantan hokey.. lega membaca serba sedi ...

semua kereta, rumah2, wang simpanan termasuk kwsp dan saham yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan akan dinilai dan dibenarkan untuk Markonah tuntut secara adil ... bila berkahwin tiada istilah ini harta ko, ini harta aku ... semuanya jadi harta kita bersama ...

namun ... kalau harta tu diperoleh sebelum berkahwin maka yg itu tak boleh tuntut sebagai harta sepencarian ...

satu-satunya cara menghalang Markonah membuat tuntutan ialah jika bekas suami ada bukti kukuh menunjukkan Markonah curang atau nusyuz ...

jika curang atau nusyuz ... gugur semua hak termasuk hak penjagaan anak2 di bawah umur dan hak menuntut harta sepencarian ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:40 PM | Show all posts
bukan harta sepencarian sahaja, mutaah pun boleh tuntut sbb lama tu kahwin...
sedikit pembetulan, curang atau nusyuz x gugurkan semua hak..sabit nusyuz boleh gugurkan hak nafkah sahaja..berkenaan harta sepencarian still boleh dpt..mutaah pula 50-50 jika ada bukti curang..sbb mutaah ni hanya xkn dpt bila perceraian tu berpunca dari isteri..so dlm hal ni masing2 kena pembuktian yg kukuh..
nusyuz juga x gugurkan hak jagaan anak...nusyuz bnyk kategori, ada yg kuo rumah tanpa izin dh sabit nusyuz..klu curang tu tgk tahap mana...susah nk gugurkan hak jagaan anak atas perempuan ni..
faktor curang boleh mnyebabkan peratus untuk dpt hak jagaan anak tu kurang..tp klu curang tu smpai tahap dh tido dgn lelaki lain mmg 98% x dpt lah..tp tu pun belum boleh jatuh kepada bapa..selepas ibu, ibu kepada ibu yg ada hak..

bapa masih di tempat ketiga dalam susunan hak jagaan anak..

ada 4 sebab boleh gugur hak jagaan anak samada ibu atau bapa

1- murtad
2- berkahwin dng lelaki /perempuan yg tiada pertalian dgn anak tersebut
3-berkelakuan keji menurut hukum syarak
4-menukar permastautinan dgn tujuan untuk mngelakkan bapa/ibu daripada menjalankan pngawasan yg wajar ke atas anak tu/tujuan suapa bapa/ibu x dpt jumpa dgn anak tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik kwn I surirumah.....bila bercerai dapat RM100K++ wlupun suritumah....husband dia bkn kaya sgt pun, tapi semua di nilai.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.596071 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list