View: 14199|Reply: 97
|
Apps Waze sesuai semak traffic jem kawasan KL
[Copy link]
|
|
PADA setiap waktu puncak, Nor Syazwani Idris, 24, sering tertanya apakah cara untuknya mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang meletihkan.
Keadaan berubah apabila dia diperkenalkan dengan aplikasi Waze di telefon pintarnya melalui seorang rakan sekerja. Kali pertama menggunakan aplikasi tersebut, perjalanannya menjadi lebih lancar dan menjimatkan masa.
Nor Syazwani memberitahu, sejak mengetahui keberkesanan aplikasi itu, dia terus jatuh hati dan menggunakannya di luar waktu bekerja, terutamanya ketika berjalan-jalan di luar Kuala Lumpur.
"Memandangkan saya berasal dari Sarawak dan tugas saya sebagai seorang pegawai perhubungan awam di ibu kota memerlukan saya sentiasa keluar pejabat, aplikasi ini amat membantu. Ia bukan sahaja mudah digunakan tetapi turut memaklumkan arah tuju destinasi yang dikehendaki.
"Fungsi Waze yang membantu pemandu kenderaan sampai ke lokasi dengan tepat membantu menjimatkan masa pemanduan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Dia menambah, sebelum menggunakan aplikasi tersebut dia telah menggunakan aplikasi dan teknologi perkhidmatan pemetaan Google Map. Namun baginya, Waze lebih membantu dari aspek menyalurkan maklumat semasa yang penting berkaitan pemanduan seperti kesesakan, kemalangan dan sekatan jalan raya.
Selain itu, Waze juga memberi jalan alternatif kepada pengguna bagi memudahkan perjalanan.
"Satu lagi kelebihan aplikasi ini ialah setiap pengguna Waze juga berpeluang berkongsi maklumat tentang situasi lalu lintas lokasi yang dilalui. Ini secara tidak langsung membantu pemandu lain untuk mengubah laluan agar tidak terperangkap dalam kesesakan yang mungkin memakan masa berjam-jam lamanya," ujar Nor Syazwani.
Dalam pada itu, lain pula manfaat yang dialami seorang wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah swasta, Azimah Zulkafli yang menggunakan aplikasi tersebut ketika menunggang motosikal menuju ke lokasi tugasan di sekitar Lembah Klang.
Perspektif penunggang
Lazimnya tugas sebagai seorang wartawan memerlukan mereka sampai ke tempat tugasan pada kadar segera agar tidak terlepas tugasan yang diberikan dan ini secara amnya akan mempengaruhi penulisan bahan berita dengan lebih baik.
Bagi Azimah yang baru sahaja berpindah dari Pulau Pinang ke Shah Alam, agak sukar untuknya sampai lebih awal ke lokasi tugasan. Lebih-lebih lagi apabila mendapat beberapa tugasan di lokasi yang berbeza dalam sehari.
"Menggunakan Waze ketika membonceng motosikal kedengaran seperti suatu langkah berbahaya. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan, saya terlebih dulu menetapkan lokasi yang ingin dituju dan hanya mendengar arahan arah jalan melalui alat pendengar yang dipasang di telinga dan memasukkan telefon pintar ke dalam poket seluar.
"Dengan adanya aplikasi ini, saya dapat merancang waktu perjalanan ke tempat tugasan seterusnya. Setakat ini aplikasi ini antara yang terbaik yang pernah digunakan," ujarnya.
APLIKASI ini membantu pengguna jalan raya mendapat panduan laluan ke destinasi yang dituju dengan mudah dan pantas.
|
Jalan keluar
Azimah menambah, pada peringkat awal bekerja, dia sering lewat ke tempat tugasan kerana sering kali tersesat. Ini menyebabkan hasil kerjanya terganggu.
Tetapi sejak menggunakan aplikasi Waze lima bulan lalu, kesemua urusan kerja dan perancangan perjalanan menjadi mudah dan lebih teratur.
Sementara itu, bagi selebriti, Nadia Haswani Hasnan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Nadia Hasnan, Waze dijadikan aplikasi wajib untuknya ketika melancong ataupun ke lokasi penggambaran di luar kawasan Kuala Lumpur.
"Ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang baru-baru ini, saya tersalah jalan kerana keliru ketika membaca papan tanda. Namun kami bernasib baik setelah ibu mencadangkan untuk menggunakan aplikasi ini.
"Waze telah memaparkan peta dan panduan ke destinasi yang ingin dituju. Selain itu, ia juga sebuah aplikasi yang sangat membantu pengguna dan mampu menunjuk jalan keluar jika tersesat," jelasnya.
Menurutnya, Waze bukan sekadar sebuah aplikasi berdasarkan sistem penentu kedudukan global (GPS), bahkan juga sebagai tempat berhubung dengan pengguna lain yang melalui jalan sama.
"Satu lagi tarikan ialah ia bukan sahaja memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya, malah aplikasi ini boleh didapati secara percuma dan boleh dimuat turun aplikasi App Store dan Google Play pada peranti pintar pengguna," katanya.
Last edited by R2D2 on 5-12-2013 03:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
1st post!!
Waze terbayekk! Dulu sblm guna smartphone, aku guna Garmin. Memandangkan Garmin tak support Android, aku menggunakan Waze untuk GPS. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti byk pahala pencipta waze ni.... aku bersyukur ade makhluk allah yg cipta mende ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul...setuju sangat-sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka pakai waze sebab ada org akan report bila dan kat mana polis buat road block atau speedtrap |
|
|
|
|
|
|
|
TQ, akan didonload sebentar lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
tp nape waze aku xde suara ye lps upgred version |
|
|
|
|
|
|
|
aku pn suka.. roadblock pn ada dia bgtau. |
|
|
|
|
|
|
|
waze apps free tapi bagus gila dia punya cara penggunaan
memang berbaloi la
interface pon cantik
berbaloi
kalau kena bayar pon takpe |
|
|
|
|
|
|
|
aplikasi yg boleh:
1) Bgtaw kat mana ada kemalangan; share with all users
2) User juga boleh share keadaan cuaca di satu2 tempat
3) User boleh share makulumat traffic; accident,jam,kereta brenti tepi jalan,
4) User boleh update lokasi kat FB/Twtre
5) Memaklumkan speed trap real time (user boleh share)
6) user chat/interactive/ Hi!
7)banyak lagi ler .. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawanya syazwani ni
Tp tak nampak muka sarawak sgt
Mebi mix |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku heran
Camno apps free cam waze ni buat duit?
Iklan pon x de
Ker pengguna ios kena bayar? |
|
|
|
|
|
|
|
Nadia hasnan tu selebriti jadah mana pulak
x pernah dengar pon |
|
|
|
|
|
|
|
setuju, waze mmg best.. org kuno mcm aku yg pakai nokia yg ada nokia maps pun gigih download waze, sbb dah biasa pakai kat henset android yg dah jual tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 aku terus download waze.. Motip aku baru tau pasal app ni? |
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 5-12-2013 09:05 AM
aku suka pakai waze sebab ada org akan report bila dan kat mana polis buat road block atau speedtrap
ya betul...and ni yg paling penting.....
|
|
|
|
|
|
|
|
waze mmg terbaek!!!!
berbaloi donlod...weekend hr tu jem giler kat plus dari bangi...cek2 rupanya ada accident dan polis kat seremban...kuar bandar sri putra cari jln ke seremban....lega rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 5-12-2013 09:14 AM
Lawanya syazwani ni
Tp tak nampak muka sarawak sgt
Mebi mix
erkkk,SYazwani mano plak dah nih???
|
|
|
|
|
|
|
|
tak silap aku waze ni di cipta yahudi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|