CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 0

Pandang Pertama: Honor 6 Plus – Dua Lensa 8 MP, 1.8GHz Lapan-Teras, RM1399

[Copy link]
Post time 29-4-2015 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 29-4-2015 09:35 AM

Pada hari ini Huawei dibawah jenama khususnya iaitu Honor yang hanya dijual melalui VMall, telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Honor 6 Plus. Seperti namanya, ia merupakan Honor 6 dengan kemaskini terhadap spesifikasi dan rekaan, dan merupakan peranti flagship terkini dari Honor untuk tahun ini.

Honor 6 Plus
PemprosesKirin 925 1.8GHz
RAM3GB
Kamera BelakangDua Lensa 8MP
Kamera Hadapan8 MP
Skrin5.5-inci
Bateri3600 mAh
Rangkaian4G LTE


Sebagai sebuah peranti flagship, Honor 6 Plus dilengkapi dengan pelbagai komponen dengan spesifikasi tertinggi. Bermula dari cip pemprosesan, telefon ini menggunakan cip Kirin 925 lapan teras 1.8GHz dengan memori 3GB RAM. Akan tetapi perkara yang paling menarik adalah dari segi kekuasaan kameranya, yang menyertakan dua lensa 8-MP dengan beberapa kebolehan menarik.
Kameranya meskipun mempunyai dua lensa 8-MP, ia berupaya merakam gambar sehingga menyamai resolusi 13-MP. Dengan fungsi SmartImage 2.5, ia juga berkebolehan untuk memfokus dengan pantas. Sekiranya anda penggemar fotografi, kameranya mempunyai nilai f/0.95- f/2.6 wide aperture, sekaligus memudahkan anda untuk merakam gambar-gambar dengan efek ‘bokeh’. Terdapat pelbagai juga efek lain seperti selfie panorama dan efek Beauty.






Dari segi rekabentuk dan paparan, ia tidaklah mempunyai bentuk yang terlalu besar, dan mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci HD penuh 1920×1080 pixel dan dilindungi Corning Gorilla Glass 3. Ia mempunyai rekabentuk yang sedikit tebal, mungkin ingin membezakannya dengan keluarga utama Huawei seperti Ascend. Sekiranya jenama-jenama lain hadir dengan fungsi pengecasan pantas sahaja, Honor 6 Plus selain hadir dengan fungsi pengecasan pantas, peranti ini turut menekankan pengoptimasian penggunaan tenaga, sekaligus menjimatkan tenaga sehingga 30%. Telefon ini mempunyai kapasiti bateri yang sebesar 3600 mAh dan didatangkan dengan fungsi penjimatan tenaga SmartPower 2.5.


Meskipun telefon ini didatangkan dengan Android 4.4 KitKat, dengan paparan antaramuka yang dibangunkan oleh Honor sendiri iaitu EmotionUI 3.0, ia turut membawa kelainan dan kekemasan padanya. Dari segi storan, telefon ini hadir dengan kapasiti tersedia yang agak besar, iaitu sebesar 32GB dan boleh ditambah melalui slot kad Mikro-SD sehingga 128GB. Namun sekiranya anda menambah kapasiti storan menggunakan kad Mikro-SD, anda tidak akan dapat menggunakan kad SIM kedua pada dulang tersebut yang menggunakan Nano-SIM. Telefon ini juga turut menyokong 4G LTE.




Dari percubaan singkat, tiada lengah masa pada peranti ini dan ia beroperasi dengan agak lancar. Efek-efek semasa mengambil gambar juga agak baik. Dari segi kemasan dan badan, ia mungkin sedikit berat tetapi tidak memberikan perasaan pipih atau ‘filmsy’ seperti peranti lain yang mengetengahkan rekaan ternipis sebagai keunikan peranti mereka.
Dari segi harga, boleh dikatakan telefon pintar Honor 6 Plus ini mempunyai harga yang menarik jika dibandingkan menerusi spesifikasinya dan fungsi-fungsi yang dibawakan olehnya. Telefon ini akan dijual di Malaysia bermula esok – 29 April 2015 pada harga RM1399 melalui laman rasmi mereka, VMall.MY.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.226956 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list