CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 0

[Lain-Lain] Kawal Pemakanan Dikala Raya

[Copy link]
Post time 29-6-2015 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Ketupat, lemang, rendang, masak lodeh, nasi impit dan banyak lagi! Semuanya akan nampak sangat menyelerakan lagi-lagi bila makan bersama keluarga. Tak salah kalau nak nikmati semua hidangan ini, dan EH! nak kongsikan sedikit tip untuk kamu sebelum menjamah hidangan raya.


Mengawal nafsu
Sebelum menikmati semuanya, apa kata kamu perhatikan semua hidangan sebelum membuat keputusan untuk makan yang mana satu. Dengan cara ini dapat membantu kamu untuk mengambil jumlah makanan yang kamu inginkan secara terkawal. Usah membazir, cukup setakat menjamah hidangan yang berat.

Banyak minum air dan makanan yang kaya dengan fiber
Untuk mengelakkan dari masalah sembelit, minum air dengan kuantiti yang sepatutnya dan jangan lupa makan makanan yang kaya dengan fiber. Jangan nanti, kamu beraya seharian di tandas.

Kurangkan makanan yang manis
Air bikarbonat adalah hidangan popular tatkala raya. Kandungan gula yang sangat tinggi dalam air bikarbonat adalah penyumbang kepada kegemukan. Jika kamu teringin, cukup sekadar separuh gelas air bikarbonat dan sulamkan dengan air masak. Jangan lupa, sesetengah kuih raya juga mengandungi gula yang tinggi, jadi hati-hati.

Kurma sebelum sembahyang raya
Ambil beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya dan makan roti gandum penuh, susu rendah lemak dan sepotong buah sebelum menjamah ketupat, rendang dan sebagainya. Cara ini dapat membuatkan kamu kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan lain.

Sayuran dan buahan disebelah malam
Untuk penghadaman setelah seharian makan pelbagai jenis hidangan, pengambilan sayuran dan buah-buahan adalah sangat-sangat membantu.

majalah eh!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    30-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.316755 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list