Mulai 1 Julai ini siri baru Akasia berjudul Syurga Nur akan bersiaran menggantikan Dia Isteri Luar Biasa.
Lakonan Amar Asyraf, Janna Nick, Azrel Ismail, Raja Ilya, Sheila Rusly. Terbitan JS Pictures arahan Jinggo.
Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3
Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3. Sebuah drama terbaru bertajuk Syurga Nur karya pengarah, Azman Yahya (Jinggo) akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 1 Julai 2015 (Isnin-Khamis, 6.55 malam) menggantikan drama Dia...Isteri Luar Biasa. Syurga Nur adalah bukan adaptasi dari novel.
Drama Syurga Nur bersiri 28 episod ini akan di bintangi oleh pelakon-pelakon seperti Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson, Ammar Alfian, Elin Sharliza, Khairil Anwar Aman, Anne Abdullah, Shajiry, Aidil Alias, Yaya Zahir, Mysarra Syahfiedzrien, Allif Ikqmal, Kay Maria, Hashim dan Arriz Azim.
Berikut adalah serba sedikit sinopsis drama Syurga Nur di Slot Akasia TV3.
SINOPSIS SYURGA NUR
Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.
Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
|