CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 0

[Lain-Lain] Duit raya: Sedekah atau beban?

[Copy link]
Post time 20-7-2015 11:53 AM | Show all posts |Read mode

                           

KUALA LUMPUR - Tradisi pemberian duit raya yang sepatutnya sebagai sedekah untuk menggembirakan kanak-kanak, kini menjadi beban kepada segelintir masyarakat apabila jumlah duit yang diberi terpaksa mengikut trend semasa, dan bukannya kemampuan.

        Ada tuan rumah yang tidak menghulurkan duit raya atau jumlah yang diberikan kecil, akan berasa bimbang, sunyilah rumahnya kerana tiada kanak-kanak mahu berkunjung.

        Penjawat awam Norazimah Aziz, 32, mengakui dia dan suami merasa terbeban memikirkan peruntukan untuk duit raya, ditambah dengan kos persiapan seperti membeli pakaian, biskut raya dan lain-lain yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

        "Pemberian duit raya suatu amalan bersedekah untuk menambah pahala, namun ia bertukar menjadi tidak ikhlas apatah lagi kini kadar duit raya mengikut trend semasa.

        "Jika 10 tahun dahulu pemberian duit raya RM1 sudah cukup membuatkan kanak-kanak tersenyum lebar, kini jumlah yang sama menyebabkan ada yang mencebik muka," katanya kepada Bernama.

        Menurutnya Aidilfitri tahun ini dia dan suami memperuntukkan sebanyak RM300 untuk duit raya. Norazimah tidak mahu memberi duit raya terlalu sedikit kerana bimbang dikatakan tidak berkemampuan atau kedekut.

        Mengulas perkara itu, penceramah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, hukum memberi duit raya apabila tibanya Aidilfitri dalam Islam adalah harus, namun hukum memberi sesuatu yang halal di sisi syarak kepada seseorang adalah sunnah.

        "Bagaimanapun hukum ini boleh berubah kepada haram sekiranya terdapat niat untuk menunjuk kekayaan sehingga ada yang sanggup berhutang.

        "Untuk itu, apabila kita niat untuk bersedekah maka bagilah duit raya sekadar yang termampu," katanya.

        Beliau berkata, jika tidak berkemampuan memberikan duit raya, tuan rumah boleh menggantikannya dengan menyediakan makanan dan minuman sedap selain memberi buah tangan atau hadiah kepada kanak-kanak seperti gula-gula, coklat dan biskut.

        Sekiranya terlalu ditekankan dengan pemberian duit raya, beliau bimbang ia memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dengan menjadikan mereka bersifat  materialistik.

        Justeru, Wan Akashah berpendapat ibu bapa perlu mendidik anak-anak  mengenai pahala ziarah pada Hari Raya yang lebih besar nilainya berbanding wang ringgit.

        "Bawalah anak-anak melawat saudara-mara tidak kira yang memberi (duit raya)atau tidak.

        "Kita tidak mahu anak-anak memberi fokus kepada mendapat duit raya semata-mata. Lama-kelamaan keikhlasan hubungan sesama insan semakin terhakis dengan nilai kebendaan lebih daripada semangat kekitaan," katanya. - Bernama
               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060707 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list