View: 8914|Reply: 57
|
Dahaga Seorang Lelaki-Page 3
[Copy link]
|
|
Edited by Esmiria at 28-11-2015 11:42 PM
#1 Kalau Dah Merenyam..
"Teruk betul laki aku tu! Balik kerja,campak stoking. Tak reti simpan kasut dalam almari! Kita ni dahlah banyak kerja,pergi kerja lagi, kemas rumah ,masak! Tak tahanlah aku macam ni!" rungut Haliza dengan air muka tegang .Kawan baiknya, Siti menjadi pendengar setia.Ini bukan kali pertama Haliza merungut. Sudah masuk ke dua puluh kali. Tak jemu Siti menadah telinga demi sahabat dunia akhirat. Persahabatan mereka terjalin sejak kecil lagi. Satu sekolah rendah dan menengah.Bagaikan belangkas.Tidak pernah terpisah.
"Sabarlah." respon cliche dari Siti.Siti masih bujang. Bukan bergelar isteri orang.Apa mahu perlu dikatakan lagi? Sudah lama mereka berdua mengenali Samad. Sejak mereka di tingkatan tiga lagi.Samad yang kacak dan kacukan inggeris telah menarik hati para pelajar perempuan Sekolah Menengah Hitam. Salah seorangnya ialah Haliza. Awal perkenalan, mereka tidak rapat berkawan.Sengaja Haliza menjual mahal agar Samad sentiasa mengejarnya. Sepatah ditanya.Sepantah dijawab. Lagipula, Samad yang mula menghulur tangan salam perkenalan dulu. Haram bersalam dengan bukan muhrim! Itu yang dikatakan pada Samad tika Samad bertanya sebab tangannya tak bersambut. Lantas, satu surat cinta diberi pada Haliza beberapa hari kemudian. Dengan perasaan yang berdebar-debar, Haliza membaca luahan perasaan Samad yang diterjemah melalui tulisan di atas kertas.
"Wah..untunglah dapat surat cinta!" kata Siti,cemburu. Dia sendiri pun tidak pernah menerima surat cinta dari mana-mana pelajar lelaki.Rupa pun tiada. Muka macam pecah rumah saja. Namun tak menghalang Haliza berkawan dengannya.
"Mestilah..Nak balas ke tak ?"
"Balasla..Luahkan perasaanmu."
Setelah surat berbalas,Samad melamarnya sebagai kekasih hati.Maka,bermulalah hari-hari bahagia mereka. Foto mesra mereka selalu dimuatkan ke laman instagram.Tujuh tahun menyulam cinta, mereka bergelar suami isteri di Hotel Pavilion. Sebagai sahabat, Siti menumpang gembira untuk Haliza. Walhal dia masih belum menemui jodoh sesuai buatnya. Cinta mereka berdua makin mekar setiap hari pada awal perkahwinan. Masuk 2 bulan berkahwin, Haliza berjumpa Siti untuk mengadu mengenai perkahwinannya.Siti ingat lagi aduan pertama Haliza.
"Samad tu teruklah.Kata aku masak tak sedaplah. Penat orang masak tahu.Kata, terima aku seadanya.Aku merajuk, dia tak pujuk. Terpaksa pujuk diri sendiri.Dulu dia tak macam ni."
Apa .yang Siti mampu buat ialah mendengar dan berkata sabar.Cliche. Esoknya, Haliza merungut lagi pada esok harinya melalui talian telefon.Ia berterusan sehingga hujung tahun.Haliza dan Samad akhirnya bercerai kerana tidak sesuai.
"Tahu macam ni, takyah aku kahwin!" kata Haliza di meja cafe pagi itu. Mukanya muram.Kesal dengan keputusan berkahwin dengan Samad dahulu.
Siti buka mulut.Bukan ayat cliche yang dituturkan pada saat ini..
"Aikk? Cakap camtulah? Dulu kemain kelar tangan sebab mak kau tak bagi kau kahwin dengan dia? Kau tengok sekarang? Apa jadi? Inilah manusia.Tak dapat cinta,nak bunuh diri. Dapat cinta, rungut macam-macam pasal pasangan.Habis,mana cinta tu? Ingat pasangan sempurna ke?"
Haliza tersentak.Malu sendiri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanjingga at 2-9-2015 02:37 PM
aikk..dh mcm kisah kwan aku jer...
tapi idak ler bercerai berai..
gduh pung pang..dah 9tahun berlalu...
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dan thnks.awok ialah pengomen pertama thread ni.Ye. Ini thread khas untuk cerkot. Cerita kontot. Berbeda dengan thread cerpen sy yang bergenre gelap.Memandangkn ada respon,bolehlah saya update lagi.Byk.idea ni.huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ooo ye ke...?
tapi klu di olah panjang sikit lagi ok jugak kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
manusia memang kadang tak bersyukur dengan apa yg mereka ada... bila dh hilang sr pandangan mata baru nak hargai... dunia...dunia... good job TT... realiti kehidupan yg kadang2 terlepas pandang
|
|
|
|
|
|
|
|
biasalah tu... @Esmiria terlepas pandang je tu... @awanjingga
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la boleh xnmpak plak..
gigih masuk komen thread baru dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
oo tu je ke.. alahai. kalau panjang2 skit bes gak kot. |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah sbb kadang2 kita boleh jd invincible... that's why orang tak nampak kita...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye la bertabah je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Okakak.maaf.sy bukak thread ni kt kete.x persan komen akak. eii.. xingin x reply. |
|
|
|
|
|
|
|
Hishh! Certot seterusnya ada kaitan dengan siti! |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah realitinya. Jadi,kena pk byk2 b4kawen.
#fefeling dewasa |
|
|
|
|
|
|
|
Hasil terpengaruh dri lambakan certot di wattpad. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah.certot kedua de kaitan yg pertama ni |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu @Esmiria ... kena fikir masak2 baru buat keputusan yg terbaik...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|