baru2 ni kat astro citra ada tayang abang 92
aku peminat cite ni...dulu pernah tgk kat wayang
masa tu azhar sulaiman tgh jadi kegilaan
minat sgt kat dia dulu...hero paling hensem kot zaman tu
deanna yusof pun antara heroin feveret aku
terasa sampai skrg chemistry imran - farah hanum
serius cakap...cite ni rare
susahnya nak kuar kat tv weh...tak tau kenapa
dahlah bertahun aku cari vcd tak jumpa...rasanya mmg tak pernah kuar kot vcd cite ni
tayang kat astro citra pun sekali tu je...motip takde ulangan
ost masih percaya - syaliaty pun rare
lagu ni sedap...kalau tak salah ciptaan m nasir
syaliaty ni kakak nurul wahab
puaslah google lagu ni...yg ada cuma kat youtube..tu pun audionya tak clear
tp sekurang2nya ada la jugak org yg uploadkan...thanks sgt2 kat bro tu...jasamu dikenang
sinopsis (wikipedia)
Imran menanggung tanggujawab sebagai penjaga kepada adik-adiknya , Adibah, Azura, Izam dan Azmah apabila kedua-dua ibu bapa mereka, Zainal Abidin dan Wan Atikah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada awalnya, dia ingin menyerahkan tanggungjawab kerpada Pak Long dan Pak Surya, tettapi menukar fikiran setelah mengetahui bahawa kedua-dua pakciknya selalu menyeleweng wang syarikat dan ingin menguasai syarikat bapanya. Dia meminta nasihat daripada peguam bapanya, Firdaus Wahidin bagi menyelesaikan masalah syarikatnya. Firdaus menugaskan naknya, Farah Hanum, seorang peguam untuk membantu Imran. Terjalin satu hubungan yang erat antara mereka yang menimbulkan marah dan resah pada Pak Long dan Pak Surya. Tercapailah hasrat mereka untuk menguasai syarikat Imran?
ada tak peminat cite ni???
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
cerita ni yang azhar sulaiman sakit kan? tapi tak bagitau penderitaannya sebab nak uruskan syarikat dan adik2nya... saya ingat2 lupa, tgk masa kecik2 dulu...
epis replied at 9-9-2015 12:34 PM
cerita ni yang azhar sulaiman sakit kan? tapi tak bagitau penderitaannya sebab nak uruskan syarikat ...
haah azhar sulaiman sakit leukimia
masa parents dia meninggal tu dia mmg dah sakit
tu yg asek gi disko..tension agaknya
sbb dia tau dia takkan hidup lama
ending sedih hero mati
dulu2 antara citer hantu yg serem bg aku..yg raja ema berlakon tu..joint venture ngan indon..siap ada adegan xx lagi..tajuk pernikahan berdarah kalu x silap
rtm dulu2 tahun 90an slalu gak tyg wayang2 indon yg serem2 tu..lakonan suzana..pergh dia punya seram mmg tahap berdarah hidung..siap termimpi2 lagik2