CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19200|Reply: 147

Tentang Rasa ~ TaMaT

[Copy link]
Post time 13-11-2015 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by momey at 18-11-2015 02:38 PM

Assalammualaikum..

Salam Jumaat semua

Momey mai lagi ni!! crita biasa2 ja isi ms lapang. Slamat mmbaca!  adios

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2015 07:35 AM | Show all posts
Khaleeda yang baru lepas solat isyak itu terus memandang suaminya, Khairi yang sedang membaca majalah kereta di atas katil. Mereka berdua baru sebulan mengikat tali perkahwinan atas dasar cinta. Bercinta hampir lima tahun!

“Bang..”

“Hmm.” Langsung Khairi tidak memandang isterinya.

Khaleeda bangun lalu duduk bersebelahan suaminya. Dia memegang paha Khairi.

“Nak cakap, cakap je.” Kata Khairi acuh tak acuh.

“Sayang perasan semenjak dua menjak ni abang macam tak bercakap dengan sayang. Sayang ada buat salah apa-apa ke?”

Khairi diam dan masih membelek majalah. Padahal dia tengah memendam rasa.

“Sayang cakap dengan abang ni.” Khaleeda menghinjutkan paha suaminya.

Khairi terus membaling majalah tersebut ke sofa bersebelahan. Khaleeda terkejut lalu terus bangun.

“Dah berapa kali dah aku warning. Jangan kau rapat dengan Hud!”

Khaleeda terus terbayang akan wajah Hud. Dia, Khairi dan Hud rakan setugas di Berjaya Holdings. Oleh kerana dia dan Khairi berkahwin, Khairi ditukarkan ke bahagian lain. Diikutkan Khaleeda lebih rapat dengan Hud tetapi cintanya hanya pada Khairi. Namun Khairi tetap cemburu!

“Kenapa nak cemburu? Cinta sayang hanya pada abang je. Hud tu kan kawan kita.”

“Abang nak sayang berhenti keje.”

“What? No way!”

“Ke kau nak aku lepaskan kau?”

“Abang, apa ni?!”

“Khairi!! Apa yang bising-bising tu?” jerit Hanafi, ayah kepada Khairi dari luar bilik.

Khaleeda dan Khairi bertentangan mata.

“Pikir apa yang abang cakap tadi.” Khairi terus keluar dari bilik tersebut meninggalkan Khaleeda bersendirian.

Khaleeda menahan airmata dari mengalir keluar. Memujuk hati lalu terus mendakap bantal peluk.

Khairi mengambil kunci kereta.

“Nak ke mana tu?” tanya Hanafi sambil mengeluarkan sebatang rokok dari poket baju.

“Nak ambil angin jap.”

Khairi terus keluar rumah meninggalkan isterinya bersama ayahnya di rumah tersebut. Ibunya telah lama meninggal dunia akibat sakit barah. Manakala adik perempuannya telah berkahwin dengan orang luar negara dan menetap di Australia.

Keluarga Khairi keluarga yang sederhana. Ayahnya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat.
Hanafi memandang pintu bilik tidur anaknya. Dia tersenyum.


                                                          **********************


Hari minggu biasalah kan, penuh kereta di jalan raya. Khairi tak tahu ke mana hala tuju. Di dalam kotak fikiran hanya terbayang wajah isterinya bersama sahabat baik, Hud di pejabat duduk berdua-duaan lepas waktu pejabat kelmarin.

Tetapi bila fikir balik, dia sayang sangat akan Khaleeda. Mungkin dia terlalu ikut perasaan cemburu dan marahnya. Mungkin betul kata Khaleeda, mereka berdua hanya sekadar kawan sahaja. Dia tak patut salah sangka terhadap isterinya sendiri. Dia menukar haluan kembali pulang ke rumah dan ingin memohon maaf pada isterinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 07:42 AM | Show all posts
Hud mengemas dapur sambil memandang jam di dinding. Jam hampir menunjukkan pukul 10.00 malam. Adik perempuannya, Fatma belum balik dari kerja. Adiknya itu bekerja di kedai pizza hut di bandaraya.

Mereka berdua anak yatim piatu, menyewa rumah di Kuala Lumpur. Berbekalkan sedikit duit peninggalan kedua orang tua mereka itu, digunakan untuk memulakan hidup baru.

“Ni yang malas nak bagi dia keje.”

Fatma adalah amanah untuknya.

Hud mengelap tangannya yang basah itu. Kemudian dia mengambil handphone lalu mula mendail nombor Fatma. Panggilannya tidak berjawab. Ini bukan kali pertama Fatma balik lewat malam.


                                                     **********************


Hanafi bangun lalu berdiri di muka pintu bilik anaknya. Dia tersenyum sendirian sambil meraba-raba pintu tersebut. Dia dapat bau perfume yang dipakai menantunya itu. Tiba-tiba Khaleeda membuka pintu tersebut menyebabkan Hanafi tergamam dan terundur sedikit ke belakang.

“Eh, ayah buat apa ni?” Khaleeda perasan sangat semenjak dia berpindah masuk ke rumah suaminya itu, bapa mertuanya lain macam sangat apabila setiap kali mereka berdua duduk berdua-duaan.

Hanafi menumpang di rumah anaknya sendiri. Itu atas permintaan Khairi kerana ayahnya itu sudah berumur dan perlu di jaga. Khaleeda hanya mengikut sahaja kemahuan suaminya itu.

Hanafi tersengih. Gigi yang rosak akibat terlalu kuat merokok itu agak memualkan. Khaleeda rasa kurang selesa. Dia hendak ke dapur tetapi di halang.

“Eh, ayah ni nape?”

“Cantik kamu, Khaleeda.”

Khaleeda mula rimas.

“Tepi sikit, ayah. Saya nak ke dapur.”

Hanafi memberi ruang pada Khaleeda. Khaleeda tanpa banyak cakap terus berjalan laju ke dapur. Kemudian Hanafi mengekori dari belakang.

Khaleeda mengambil mug di dalam laci dan terus berpaling mengadap bapa mertuanya. Hanafi menghentikan langkahnya serta merta. Dia hampir terpeluk menantunya itu!

“Ayah apa-apakan saya, saya baling mug ni kat muka ayah.” Punya lah takut sampai macam tu sekali Khaleeda mengugut.

“Hiihi.. ayah cuma nak minta kamu bancuhkan ayah air kopi je. Jangan la berkasar dengan ayah macam tu.” Hanafi cuba berlembut dengan Khaleeda.

Khaleeda memandang bapa mertuanya atas bawah.

“Kau buat aku, jangan harap aku nak biar macam tu je.” Bisik hati Khaleeda.

Khaleeda mengambil serbuk kopi lalu mula bancuh. Hanafi mengambil peluang memegang tangan Khaleeda.

“Ish, apa ni ayah?!” Khaleeda terus menepis tangan bapa mertuanya dengan kasar sekali.

“Geram ayah tengok kamu.”

“Ayah jangan nak kurang ajar dengan saya!”

Khaleeda hendak berlalu dari dapur, tetapi Hanafi sempat memeluknya.

“Apa ni, ayah!”

Khaleeda bergelut dengan bapa mertuanya sendiri. Dia melawan kudrat lelaki tua tersebut. Sehinggalah terdengar bunyi pintu rumah di buka. Hanafi syak itu mesti anaknya, Khairi. Terus pelukkan dilepaskan.

“Kau jangan bagi tahu dia. Kalau tak, siap kau!” Hanafi pula yang mengugut Khaleeda dengan pandangan mata yang cukup tajam.

Hanafi terus beredar dari situ. Nafas Khaleeda turun naik.

“Sayang!” panggil Khairi sambil masuk ke dalam rumah setingkat kos sederhana itu.

Kelihatan Hanafi tengah mengambil kunci lori lalu terus keluar dari rumah. Khairi pelik sebab nampak ayahnya seperti ketakutan apabila memandang dirinya.

Khairi menoleh ke depan kembali dan nampak Khaleeda sedang berjalan masuk ke dalam bilik. Khairi mengekori isterinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 07:47 AM | Show all posts
Fatma perlahan-lahan  masuk ke dalam rumah yang sudah gelap gelita itu. Dia pasti abangnya sudah tidur! Pintu kembali ditutup dan langkah demi langkah menuju ke bilik. Tiba-tiba lampu ruang tamu menyala dan Fatma terus diam berdiri.

“Pukul berapa sekarang?”

“11”

“Habis keje pukul berape?”

“10.”

“Sepatutnya sampai rumah pukul berapa?”

“10.30”

“So sekarang dah pukul berapa?”

“Bas lambat tadi, abang.” Fatma tipu.

“Kenapa abang call tadi tak jawab?”

Fatma terkedu. Padahal semasa Hud hubunginya tadi, dia berada di atas motor bersama Husin teman lelakinya. Fatma balik naik motor, bukannya dengan bas.

Fatma takut hendak bertentang mata dengan abangnya. Buat salah katakan! Hud berjalan lalu berdiri berhadapan dengan adiknya.

“Pandang abang.”

Fatma masih tertunduk ke bawah. Badannya sedikit menggeletar.

“Pandang abang!”

Fatma terkejut. Terus dia memandang Hud.

“Ini bukan kali pertama Fatma balik lewat macam ni.”

“Setengah jam je pun.”

“Setengah jam boleh jadi macam-macam tau tak?! Fatma tahu tak abang sayangkan Fatma? Fatma ni amanah untuk abang jaga. Berat tanggungjawab abang.”

Fatma diam. Air mata mula bertakung.

“Kita dah tak ada mak..tak ada abah.”

Terus airmata deras mengalir. Tanpa berkata apa-apa Fatma terus memeluk abangnya.

“Fatma minta maaf..”

Hud diam. Perlahan-lahan tangannya membalas pelukkan tersebut.



                                                       **********************


“Sayang.” Khairi memegang tangan isterinya.

Khaleeda duduk diam di atas katil.

“Abang minta maaf, sayang. Abang terlampau ikut perasaan abang.”

Khaleeda memandang suaminya. Kemudian wajah bapa mertuanya terlintas di fikiran. Perlu ke dia bagi tahu apa yang terjadi sebentar tadi kepada suaminya?

“Abang sayang sangat dekat sayang. Abang cemburu setiap kali abang nampak sayang dengan Hud.”

“Abang kena percaya dekat sayang. Kalau sayang pilih Hud, kenapa mesti sayang kahwin dengan abang kan? Cinta sayang hanya untuk abang.”

Tangan yang dipegang semakin erat. Tangan Khaleeda dikucupnya.

“Maafkan abang ya?”

Mereka saling membalas senyuman. Kemudian Khaleeda melentokkan kepalanya ke bahu Khairi.

“Abang..”

“Ya.”

“Kalau sayang tanya satu benda ni, abang marah tak?”

“Belom tanya, takkan nak marah.”

“Alaaa..macam nak marah je.”

Khairi membelai wajah isterinya yang manja itu. Sesekali mereka berkucupan.

“Ok. Tanyalah.”

“Erm.. Esok je lah.”

“Ngadenyeee..” Khairi memeluk isterinya sambil mencium leher isterinya berkali-kali sehingga Khaleeda merengek keseronokkan.

Akhirnya persoalan Khaleeda disimpan begitu sahaja. Tunaikan dahulu tanggungjawab yang wajib pada malam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 07:49 AM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Hud mengambil jaket kulitnya yang digantung di dalam almari lalu terus keluar dari bilik. Sunyi! Dia berjalan menuju ke bilik Fatma.

Tok! Tok!       

“Fatma.”

Diam.

“Fatma, dah solat subuh belum ni?”

Diam. Hud cuba membuka pintu bilik Fatma. Berkunci!

“Abang dah nak gi ofis ni. Jangan lupa solat!”

Hud terus turun ke bawah lalu mengambil helmetnya. Stoking di sarung dan kasut bertutup di pakainya. Dengan pantas kunci diambil dan terus keluar ke halaman.

Sambil menghidupkan enjin motor, dia membuka handphone risau ada mesej penting dari bos. Tiada! Handphone di simpan di dalam beg semula lalu dia terus membonceng motosikal berkuasa tinggi itu.
Dengan penuh bergaya dia membonceng motor hasil titik peluhnya sendiri itu menuju ke pejabat.



                                                           **********************


Khaleeda sempat menarik tubuh badan suaminya itu sebelum mereka sama-sama keluar dari bilik.

“Nape ni?” Khairi hanya membiarkan sahaja Khaleeda mencium bibirnya.

“Rindu.”

“Dah nak gi keje ni. Kang lambat plak kang..”

“Hahaha.. Ok, ok.”

Khaleeda dan Khairi sama-sama keluar dari bilik itu. Kelihatan Hanafi sedang menonton televisyen.

“Ayah, kita orang gerak dulu.”

“Hmm.”

Khaleeda memegang tangan suaminya. Sesekali dia menjerling pandang bapa mertuanya yang gatal itu. Sempat Hanafi mengenyit matanya pada khaleeda.

“Eeee…”

Dengan cepat Khaleeda menarik suaminya keluar dari rumah itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 07:55 AM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan ke pejabat..

Khaleeda memandang Khairi.

“Abang.”

“Ye..” Khairi terus memegang tangan isterinya.

“Sayang nak bagi tahu abang pasal ayah.”

“Nape dengan ayah?”

“Sayang tak selesa la.” Dalam tengah bercakap tu, laju je jantung berdegup.

“Tak selesa? Sebab?”

Khaleeda diam. Perlu ke dia cerita pada suaminya itu? Kalau suaminya tidak percaya akan kata-katanya macam mana?

“Sayang.” Khairi mengejutkan isterinya dari lamunan.

“Tak de ape la.”

“Pulak.”

Khaleeda tersengih lalu melentokkan kepalanya ke bahu Khairi.



                                                    **********************


Hud membetulkan rambutnya sambil memandang side mirror. Walaupun kulit hitam manis, tetapi lesung pipit di kedua belah pipinya menaikkan seri wajah yang ada. Dia tersenyum sendirian sambil memandang cermin.

Kemudian dia berjalan menuju ke lif. Kebetulan dalam pada masa yang sama, Khairi dan Khaleeda tengah masuk ke dalam lif tersebut.

“Jap!!! Tunggu aku.” Jerit Hud sambil berlari laju ke lif.

Khairi sempat menahan pintu lif dari tertutup.

“Tq, bro!” ucap Hud sambil menepuk bahu Khairi.

Khairi hanya tersenyum lalu terus memeluk pinggang Khaleeda. Khaleeda perasan suaminya tengah mengawal perasaan cemburu. Dia membalas pelukkan suaminya itu. Hud tersenyum.

“Untungla dapat kahwin muda kan? Aku ni bila la nak merasa semua tu.”

“Kalau nak aku carikan, no hal.” Laju Khairi jawab.

“Hahaha..takut ada yang tak tahan dengan perangai aku je.”

“Perangai ape? Kau bukan panas baran macam aku pun.”

“Ade la. Rahsia!”

“Ceh!”

Hud ketawa manakala Khaleeda hanya diam tidak masuk campur. Tak nak suaminya terasa hati lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2015 08:28 AM | Show all posts
Nice one!

Pak mentua yang gatal ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 08:35 AM | Show all posts
Fatma bersiap-siap sebelum Husin sampai menjemputnya. Bertalu-talu handphonenya berdering.

“Tak menyempat betul la papa ni.” Gelaran untuk si Husin.

Fatma membuka pintu. Husin tersenyum sambil menggigit kunci motor.

“Cepatla, mama..dah pukul berapa dah ni?”

“Jap la. Nak pakai tudung.” Fatma kenakan pin tudung di bawah dagu.

“Nak masuk boleh?”

“Alaaa, papa tunggu la kat luar tu jap.”

“Boleh la, mamaaaa..please..”

Fatma seperti termakan hasutan. Dia membuka pintu lalu membiarkan Husin masuk.

“Duduk lah dulu. Mama nak betulkan lagi sikit tudung ni.”

“Ok.”

Fatma masuk ke dalam biliknya. Tengah dia memakai tudung, tiba-tiba Husin masuk ke dalam biliknya.

“Papa, apa ni? Keluar la..” lembut Fatma menolak Husin ke belakang.

“Alaa..bukan buat ape pun.”

“Nanti orang nampak apa orang cakap kang, papa..”

Fatma sekali lagi menolak Husin keluar dari biliknya.

“Mama, jom!”

“Jom?”

Sebenarnya Fatma baru sangat kenal si Husin ni. Kira-kira dalam tiga minggu macam tu. Husin ni seorang mekanik sebuah bengkel kereta.

“Kejap je.”

Husin menarik Fatma masuk ke dalam bilik semula.

“Apa ni, papa?”

“Kejap je.”

Husin terus menarik Fatma masuk ke dalam bilik dan terus kunci. Apabila nafsu menguasai diri!



                                                      **********************


Hud dan Khaleeda bekerja di tingkat yang sama iaitu tingkat 9 manakala Khairi yang baru bertukar itu telah berpindah ke tingkat 12.

Hud ke pantry. Diambilnya mug dan seuncang teh di dalam bekas kedap udara. Air panas dituang ke dalam mug.

“Hai..” tegur Khaleeda sambil mengambil dua paket biskut berperisa butter itu.

“Hai.”

“Dah makan belum?”

“Belum. Tak rasa lapar plak pagi ni.”

“Kalau kahwin kan senang. Ada orang jaga makan dan minum kita.” Kata Khaleeda sambil berdiri bertentangan dengan Hud.

“Kahwin memang senang. Tapi tanggungjawab tu, bukan semua boleh pikul dengan baik.”

“Kita berusaha buat yang terbaik. Yang lain serah pada Allah.”

Hud terdiam lalu senyum.

“Untung Khairi dapat memiliki awak, Khaleeda.”

“Jodoh kami. Saya doakan moga awak pun dapat jodoh yang terbaik.”

“Amin.”

Khaleeda dan Hud saling berbalas ketawa. Di sebalik dinding tersebut, kelihatan Yazid mencuri dengar apa yang sedang dibualkan oleh Hud dan Khaleeda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2015 08:38 AM | Show all posts
Ipo replied at 13-11-2015 08:28 AM
Nice one!

Pak mentua yang gatal ni..

jgn la nice lg ipo.. br permulaan ni. silap2 kang dh bosan hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:00 AM | Show all posts
wah bestnya cite ni.realiti..mmng de pak mertua gatal dgn menantu..aww.berbeda. I think hud de sifat perfect kot.lolol.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:01 AM | Show all posts
Novel ke cerpen ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 09:12 AM | Show all posts

cerpen yg pendek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 09:13 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 09:00 AM
wah bestnya cite ni.realiti..mmng de pak mertua gatal dgn menantu..aww.berbeda. I think hud de sifat ...

kan? geli rasa bila pak mertua gatai2 ni. tambah2 yg duk hadap hari2.. haihhh jenuh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 09:39 AM | Show all posts
Khairi menyiapkan kertas kerja sebelum masuk ke dalam mesyuarat pada pukul 10 pagi ini. Dia perlu buat yang terbaik. Jika berjaya, dia berkemungkinan dapat naik pangkat!

Kring! Kring!

Dia menjawab panggilan melalui telefon pejabat.

“Hello.”

“Encik Khairi. Saya ni, Yazid.”

“Ha. Ada pe?”

“Puan Khaleeda dengan Encik Hud dalam pantry berdua-duaan.”

Yazid memang batu api! Hobinya suka laga-lagakan orang.

“Serius?”

“Yee..betul, Encik Khairi.”

Khairi terus meletak telefon. Kertas kerja ditinggalkan terus dan dengan pantas dia berjalan keluar dari bilik.



                                                         **********************


Fatma menangis. Husin yang baru mengenakan pakaian terus duduk di sebelah Fatma.

“Apa kita dah buat ni,papa..”

“Shhh.. mama tak yah la sedih-sedih. Papa akan bertanggungjawab atas apa papa dah buat dekat mama ni.”

“Papa tak tinggalkan mama?”

“Papa janji papa jaga mama.”

Husin memeluk Fatma sambil tersenyum. Ternyata dia lelaki pertama yang menodai gadis yang bernama Fatma itu.

“Papa sayangkan mama tau. Papa takkan abaikan mama.”

Fatma, yang baru lepas dari SPM itu terhangguk-hangguk dan merasakan dirinya begitu dihargai Husin.

“Nah, pakai baju cepat. Nanti lambat nak gi keje.”

Fatma mengambil pakaiannya semula lalu memakainya di hadapan Husin. Apa nak jadi dengan manusia sekarang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2015 09:47 AM | Show all posts
Khairi dengan kelam kabut turun ke tingkat 9 dan terus pergi ke pantry. Kosong!

“Yazid tipu aku ke?”

Khairi keluar dari pantry. Daud perasan Khairi ada di situ.

“Khairi, kau cari sape? Wife kau ada dalam bilik bos.” Kata Hud dari jauh yang sedang tengah fotostat minit mesyuarat.

Khairi diam. Nampaknya dia kena tipu. Baru sahaja dia hendak berlalu pergi, Yazid sempat menahannya. Khairi di tarik ke pintu bilik air.

“Kau tipu aku erk?” Khairi marah.

“Saya tak tipu. Sumpah betul. Encik Khairi lambat sikit je. Memang tak ada rezki nak tangkap mereka berdua.”

Khairi diam.

"Bukan main mesra betul mereka berdua tadi, Encik Khairi. Bergelak ketawa, usik mengusik.”

Khairi terus menolak Yazid dan dia terus keluar dari situ. Yazid tersengih sambil diperhatikan Hud dari jauh.



                                                     **********************


Husin menghantar Fatma ke tempat kerja. Fatma agak keletihan. Sambil Husin tolong buka helmet Fatma, sambil tu dia cuba cubit manja pipi gadis itu.

“Papa.. mama takut la.”

“Takut pe?”

“Kalau abang Hud tahu?”

“Papa bertanggungjawab. Mama jangan risau erk. Tak yah pikir dah, ok?”

Fatma menangis. Dia memang manja!



                                                         **********************


Hud membetulkan surat yang telah dirujuk dengan pegawai atasan. Kemudian Setiausaha Dato Mokhzani datang lalu memberi Hud sekeping surat.

“Surat apa ni,Puan?”

“Kene gi kursus.” Puan Salma berjalan ke arah Khaleeda pula.

“Kurus?”

“Kursus la. Bukan kurus.”tegur Khaleeda sambil menyambut surat dari Puan Salma.

“Eh, saya pun kene gak ke kak Salma?” Khaleeda terus membelek surat kursus tersebut.

“Ye.” Puan Salma terus berjalan mengedar surat kursus tersebut.

“Nampaknya minggu ni bercamping la kita di Cameron Highland.” Kata Hud sambil dicuri dengar oleh Yazid.

“Abang bagi ke aku pergi ni? Dah la Hud pun ada sekali.” Bisik hati Khaleeda sambil termenung memandang gambar kahwinnya di atas meja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:39 AM | Show all posts
I really like this postlah lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 10:40 AM | Show all posts
Ewwwww..cakap papa mama..sawitnya.. Sedap2 je ang ye husin. Nanti fatma bunting..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:21 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 10:39 AM
I really like this postlah lagi.

faham!



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:30 AM | Show all posts

Cerpen ni mmg lari dri cliche.huhu.ada misteri,cinta sikit. I think nk wat cerpen skandal after read this.


faham taste sy ke?

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:35 AM | Show all posts
Esmiria replied at 13-11-2015 11:30 AM
Cerpen ni mmg lari dri cliche.huhu.ada misteri,cinta sikit. I think nk wat cerpen skandal after re ...

berdasarkan genre citer2 es, rasa mcm faham ler

btw, kaka pun suka citer ni.... taboo skit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.253498 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list