Sinopsis:
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai danmencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintaibahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku,dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.” Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Diamemang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepadaZaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya bolehdiselamatkan. Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dandia tiada emosi!” Kata papa, “A successful marriage will make asuccessful business. So, in order to get both, make sure your marriage issuccessful.” Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain,syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.” Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untukmain-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk.Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenciAllah SWT.” Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau...cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap taditu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.” Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai ZaidanIman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidaksempurna cinta, tanpa dia... “Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapikalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”
|