Semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini , Hakim Hayatul berkata mahkamah tidak yakin bahawa permohonan Maips itu akan memelihara kebajikan tiga beradik tersebut.[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Katanya, pertimbangan mahkamah adalah bahawa kepentingan kanak-kanak tersebut mengatasi kepentingan lain dan pihak-pihak harus menerima situasi tersebut sambil meminta masa depan mereka tidak dinafikan atau diganggu.
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Dia berkata, pendedahan tiga beradik tersebut bahawa mereka tidak berminat untuk mendalami ajaran Islam diperolehi hasil temu bual terhadap mereka yang dijalankan secara berasingan dalam kamar untuk tempoh kira-kira sejam 30 minit pada prosiding 27 September lalu.
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Temu bual itu bagi membolehkan mahkamah mendapat maklum balas daripada kanak-kanak itu sendiri berhubung permohonan Maips untuk melaksanakan tanggungjawab memberi didikan agama kepada mereka
[color=rgba(55, 65, 81, 0.95)]Menurut Hakim Hayatul Akmal ketiga-tiga anak itu kini lebih selesa menetap dengan Loh selepas hidup dalam keadaan trauma akibat terpisah selama tiga tahun. Ini juga selepas mendapati bapa mereka terlibat dalam dadah dan sering mendera ibu mereka.
“Mereka sangat gembira pergi ke sekolah sekarang dan menjalani aktiviti kokurikulum.
"Mereka beritahu saya mereka tidak mahu menjadi Islam," kata Hayatul.
Hakim itu berkata, mengambil maklum berhubung laporan media lepas yang menyebut kanak-kanak itu didakwa menunaikan solat, dia berkata mereka memberitahunya bahawa ini adalah kerana mereka tiada pilihan.