Pada masa ini tak dinafikan semua orang ingin tampak dan kelihatan sentiasa awet muda dan juga menawan. Namun, nampaknya ada cara yang lebih 'sihat' dan juga semula jadi untuk diamalkan bagi membuatkan wajah dan badan tidak cepat tua. Kosmetik, krim dan laser itu hanyalah salah satu cara luaran sahaja.
Nak tahu apakah ia? Satu kajian yang dilakukan di England mendapati kehidupan seks sihat mampu membuatkan seseorang itu awet muda. Benarkah?
"Rutin hubungan intim membuatkan kedua pasangan nampak lebih muda 7 tahun," kata peneliti yang juga merupakan ahli psikologi, David Weeks menerusi Huffington Post.
1. Menurut Weeks, ketika kedua individu menjalani hubungan intim, mereka akan melepaskan hormon pertumbuhan (growth hormone). Antara kelebihan dengan adanya hormon ini, kulit menjadi lebih elastik atau pun anjal berbanding individu lain. Ini sekaligus mengelakkan kedutan menempel pada wajah dalam masa terdekat.
2. Nah, bukan itu sahaja ya, hubungan intim kerap ini juga membuatkan tubuh melepaskan hormon endorfin. Kehadiran hormon ini membuatkan anda berasa lebih bahagia dan gembira dan membantu tidur lena.
3. Bukan itu sahaja, rutin hubungan seks membantu perjalanan darah yang lancar. Selain menjadi semakin sihat, jantung kuat, kulit pun lebih bercahaya.
Oleh itu, jangan pandang enteng tentang hubungan seks antara suami isteri. Yang mana berasa sudah makin pudar, segera cara jalan penyelesaian jika tak mahu badan cepat menjadi tua dan kerepot. - CARI
Rutin Lakukan Hubungan Asmara, Bantu Wajah Lebih Muda, Bercahaya - Pakar
|