CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2388|Reply: 14

Persediaan Sebelum Kahwin

[Copy link]
Post time 14-10-2016 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, anda pasti sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Anda perlu memastikan segala persiapan sebelum kahwin sempurna dan berjalan lancar. Antara persediaan yang anda perlu lakukan ialah:

Pilih tarikh
Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakkan pasangan akan memilih tarikh yang senang untuk diingati tetapi mereka sering melupakan tentang perayaan yang hampir dengan tarikh perkahwinan mereka contohnya hari raya aidilfitri dan musim cuti sekolah. Pemilihan tarikh semasa musim perayaan akan menyebabkan berlaku peningkatan bajet kahwin kerana para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

Kursus kahwin
Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana pasangan akan diajar dan fahami tanggungjawab sebagai suami isteri. Bagi pasangan yang hendak berkahwin tetapi belum mengambil kursus kahwin, mereka perlu mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum majlis berlangsung.

Menempah dewan, hotel, catering dan lain-lain
Dewan merupakan perkara utama yang perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Anda perlu menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu disambut di kawasan bandar untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal. Anda juga perlu mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan dapat menguruskan majlis dengan lebih lancar.

Tempah juru nikah dan andaman
Bagi pasangan yang memerlukan khidmat juru nikah dan andaman, mereka perlu memberitahu juru nikah dan pihak andaman lebih awal supaya jadual mereka tidak bertindih dengan pasangan lain.

Tempah kad jemputan kahwin
Setelah tarikh dan tempat persandingan telah ditetapkan, anda perlu mencetak kad kahwin untuk diedarkan kepada tetamu. Pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Pastikan juga kad yang dibuat tidak terlalu mahal dan segala maklumat dapat dibaca.

Jalani ujian HIV
Ujian saringan HIV perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya pasangan itu pembawa HIV. Sekiranya pasangan tidak membuat ujian dan salah seorang pembawa HIV, dikhuatiri anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Pasangan boleh mendapatkan ujian ini di klinik kerajaan berdekatan.

Dokumen dan borang perkahwinan
Pasangan pengantin perlu mengisi borang-borang penting  dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi dan beberapa lagi borang lain bergantung kepada status diri pasangan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 09:39 AM | Show all posts
ok noted... tq
akan ikut tips ni kalau ada can nk kawin lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kursus kahwin dh ambl 4 thn lps tp kahwinnya tak juga
oh kena pergi pejabat agama br tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:32 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 14-10-2016 10:16 AM
kursus kahwin dh ambl 4 thn lps tp kahwinnya tak juga
oh kena pergi pejabat agama br tau

uih..dah expired dahtu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik amik kursus kawin je..expired renew expired renew..kawin tak jugak huhuhuhu dimanakah my future husben
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 14-10-2016 02:32 AM
uih..dah expired dahtu

mana ada expired
dh tnya kakak counter dia kata seumur hidup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2016 10:51 AM | Show all posts
mirandanicky1 replied at 14-10-2016 10:34 AM
Asyik amik kursus kawin je..expired renew expired renew..kawin tak jugak huhuhuhu dimanakah my futur ...


am here my dear..


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:51 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 14-10-2016 10:49 AM
mana ada expired
dh tnya kakak counter dia kata seumur hidup

ye ke..
kena renew kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 14-10-2016 10:51 AM
am here my dear..

Auwwwww adakah anda klon fattah amin ...sama tang renungan mata dan senyuman je pun i okay je
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 14-10-2016 02:51 AM
ye ke..
kena renew kan..

renew mcm licence ke
first time dgr..tgk kwn yg ambl sekali aman2 je kahwin..
mati la 10 kali kawan nk kena 10 kali pi kursus bknnya free
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 11:01 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 14-10-2016 10:57 AM
renew mcm licence ke
first time dgr..tgk kwn yg ambl sekali aman2 je kahwin..
mati la 10 kali ka ...

haa..mcm renew lesen,tak perlu la pegi kursus jenuh la gitu.. hehe


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 14-10-2016 03:01 AM
haa..mcm renew lesen,tak perlu la pegi kursus jenuh la gitu.. hehe

oh ok thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 11:08 AM | Show all posts
mirandanicky1 replied at 14-10-2016 10:56 AM
Auwwwww adakah anda klon fattah amin ...sama tang renungan mata dan senyuman je pun i okay je


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 11:21 AM | Show all posts

bagus tips ni.rasa nak kahwin pula
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 14-10-2016 11:08 AM

Owhhhh my johnny depp pun boleh jerrr...you're so hot!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062584 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list