Sememangnya bila hari pernikahan semakin hampir, perasaan gelisah pasti akan menyelubungi diri setiap pasangan. Di sini kami ingin mengkongsikan beberapa tips buat pegantin pada hari pernikahan agar majlis berjalan dengan lancar.
Mendapatkan Tidur Yang Secukupnya Pastinya anda tidak inginkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya pada hari yang bersejarah kan. Anda diingatkan supaya tidur yang cukup selama 6-8 jam supaya pada majlis pernikahan nanti muka anda akan lebih berseri dan kelihatan segar.
Bangun Awal Untuk Menunaikan Solat Subuh Pinjam sedikit masa anda untuk bangun di awal pagi bagi menunaikan solat subuh dan berdoa kepada-Nya agar segala urusan dapat dipermudahkan. Luangkan masa yang ada juga dengan membaca al-quran dan berzikir kepada-Nya agar anda diberi ketenangan pada hari pernikahan.
Mengambil Sarapan Pagi Ramai pasangan pengantin yang tidak melakukan perbuatan ini kerana mereka terlalu gementar sehinggakan tiada selera untuk makan. Para pengantin dinasihatkan agar makan sedikit sekurang-kurangnya sekeping roti dan minum air suam agar perut tidak kosong dan berbunyi-bunyi pada hari pernikahan. Kepada anda yang mempunyai gastrik, anda amatlah disarankan untuk mengambil sarapan pagi supaya anda tidak masuk angin yang boleh menyebabkan anda sakit pada majlis.
Bersiap Sedia Awal Supaya Tidak Kelam Kabut Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dan lain-lain lagi.
Pengantin Lelaki, Pastikan Cincin Nikah Ada Bersama Anda. Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap poket. Jadi lantik seorang rakan untuk membantu anda ingatkan perkara-perkara sebegini.
Jangan Pakai Baju Pegantin Ketika Sedang Makeup Anda dilarang sama sekali untuk memakai baju pengantin ketika makeup untuk mengelakkan baju pengantin anda terkena kotoran makeup. Pakailah tshirt yang sopan kerana dikhuatiri photographer akan datang ketika anda sedang dimakeupkan.
Tulis Nota Pendek dan Sweet Untuk Pasangan Anda bolehlah minta tolong dari rakan atau adik-beradik untuk bagi nota tersebut kepada pasangan pada hari akad nikah. Perkara ini tidaklah wajib,tapi jika anda lakukannya pasti pasangan anda akan tersenyum dan dapat kurangkan rasa gementar.
Mengadakan Perjumpaan Bersama ‘dulang girls’ atau ‘dulang boys’ Perjumpaan ini dijalankan untuk memberitahu kepada dulang girls dan dulang boys mengenai perkara yang mereka kena lakukan dan ingatkan mereka supaya tidak hadir lewat sewaktu hari nikah.
Selesakan Dengan Kasut Baru Seminggu sebelum majlis pernikahan, cuba pakai dan berjalan di sekitar rumah dengan kasut baru untuk memastikan anda selesa memakai kasut tersebut pada majlis yang diadakan. Pastikan anda selesa memakai kasut tersebut kerana majlis yang akan berlangsung agak lama dan ini untuk memastikan kaki anda tidak melecet.
Tegur Semua Tetamu Dengan Senyuman Walaupun anda penat semasa majlis, tegur la tetamu yang hadir yang telah bersusah payah untuk memeriahkan majlis anda. Setiap tetamu yang hadir membawa doa untuk kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|