CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3435|Reply: 0

DIY Hiasan Menggunakan Sudu Plastik 1

[Copy link]
Post time 20-10-2016 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Bagi pasangan pengantin yang ingin menghias sendiri pelamin untuk majlis perkahwinan mereka, mereka boleh mencuba untuk membuat DIY hiasan menggunakan sudu plastik ini. Hiasan ini boleh digantung sebagai hiasan tambahan di pelamin anda. Bahan untuk membuat hiasan ini juga senang untuk didapati di samping harga bahan yang digunakan lebih murah.

Bahan-bahan yang perlu ada :
  • Sudu plastik
  • Kotak
  • Gunting
  • Hot glue gun
  • Spray warna
  • Pisau
  • Pensel

Cara-caranya :
  • Potong kotak mengikut bentuk yang anda mahukan sama ada bentuk bulat atau segi empat.
  • Lukiskan bentuk bulat di tengah-tengah kotak yang telah dipotong tadi.
  • Kemudian, gunting batang sudu plastik mengikut jumlah yang anda perlukan
  • Seterusnya, lekatkan sudu plastik di atas kotak dengan menggunakan hot glue gun. Susun sudu plastik mengikut kreativiti sendiri. Pastikan anda tidak menutup bulatan yang telah dilukis tadi. Anda boleh merujuk Rajah dibawah.
  • Selepas itu, warnakan sudu plastik tadi dengan menggunakan spray warna. Pastikan gam telah kering sebelum anda mewarnakan sudu tersebut.
  • Akhir sekali, keringkan sudu yang telah diwarna dan hiasan anda telah siap untuk digantung. Anda boleh meletakkan cermin atau jam di dalam bulatan yang dilukis tadi untuk menjadikannya lebih cantik.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.045411 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list