CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17388|Reply: 14

[Pemandangan & Senibina] Prague, Czech Republic

[Copy link]
Post time 26-7-2017 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 08:56 PM

Prague, ibu negara Czech Republic adalah satu2 tourist destination yang berkembang pesat selepas jatuh nya pemerintahaan komunis. Since banyak attractions yang ada di sini, kita summarise beberapa main attractions. Bagi lain2 attractions, boleh tanya pakcik Google. Dari observation, rakyat Czech ni size badan mereka lebih kurang macam orang kita di Malayisa. Jadi, nak beli pakaian terutama untuk wanita, walau pun cekeding, mudah dapat size dan harga tidaklah semahal compared to London atau Paris.


1. Charles Bridge
Charles Bridge adalah sebuah jambatan bersejarah yang melintasi sungai Vltava di Prague. Pembinaan nya telah diarahkan oleh raja Charles IV pada tahun 1357 dan disiapkan 45 tahun kemudian pada 1402.

Panjang jambatan ini adalah 621 meter dan hampir 10 meter luas dengan 16 arches. Pada setiap penghujung jambatan, terdapat menara kawalan. Sepanjang jambatan ini, ia dihiasi dengan 30 buah patung yang mana kesemuanya telah digantikan dengan replika dan yang asal dipamerkan dalam Muzium.

Charles Bridge merupakan tarikan 'top' bagi setiap pengunjung bila berada di Prague. Memang not to be missed. Jambatan itu telah ditukarkan kepada zon pejalan kaki selepas WWII dan sentiasa fully pack dengan pengunjung. Terdapat pelukis, ahli muzik dan vendor2 cenderamata yang membarisi kedua-dua belah jambatan ini. Jika ingin menikmati suasana tenteram di Charles Bridge ni, pergi ke sana pada larut malam atau awal pagi.


Pemandangan Charles Bridge dari jauh.


Charles Bridge dari sudut lain.


Dari sudut tepi pulak.


Pemandangan Prague Castle dari Charles Bridge.


Manusia hendak melintasi Charles Bridge waktu pagi.


Ketenteraman Charles Bridge waktu subuh. Satu daripada 2 bridge tower di background.

2. Old Town Square
Old Town Square terletak di Old Town. Ia wujud dari abad ke-12 dan bermula sebagai tapak pasar di Prague. Di atas Old Town City Hall yang terletak di sini, terdapat sebuah medieval astronomical clock. Jam ini dipasang pada 1410, mejadikan nya jam ketiga tertua di dunia dan yang tertua masih beroperasi. Pelancong bertumpu di sini untuk melihat persembahan muzikal setiap jam dari 8:00 am ke 8:00 pm.  Bagaimanapun, time kami visit menara jam ni, persembahan muzikal tidak berfungsi. Tiga2 hari macam tu ... hampeh. Ketinggian menara ini adalah 69.5m. Medieval astronomical clock ini adalah suatu landmark bagi kota Prague selain other point of interest yang berhampiran adalah Church of Our Lady Tyn dan St. Nicholas Church. Di town square ni, banyak street performers.


Berjalan menghala the Old Town Square.


Pengunjung menunggu persembahan muzikal jam yang tidak beroperasi. Hampeh betul. Penat menunggu.


Close-up view astronomical clock.


Keadaan astronomical clock waktu subuh.


Church of Our Lady Tyn seberang Town Square.


St. Nicholas Church under renovation seberang sana pula.


Cafe di Town Square.


Street performance.


Performance dari group South America.

Mamat ni guna mulut, tangan, kaki, siku, lutut. Respect oo... Tenggok bangunan BATA belakang tu, brepa tingkat?


Berapa tahun baru abis ni?


Town Square pada waktu subuh 6.45am


3. Powder Tower
Powder Tower ialah salah satu daripada 13 pintu pagar ke Old Town, Prague. Pembinaan bermula pada 1475. Menara ini di bina sebagai sebuah pintu gerbang yang menarik ke dalam Old Town dan bukan sebagai benteng pertahankan. Ia di panggil Powder Tower (atau Powder Gate) kerana pada abad ke-17, ia menjadi stor untuk bahan gun powder. Powder Tower terletak di pinggiran Old Town. Sebuah jambatan bertutup menghubungi menara ini kepada Municipal House bersebelahan. Ketinggian Powder Tower adalah 65m dan ia menempatkan pameran "Prague Towers" dan foto2. Pengunjung boleh menaiki 186 anak tangga di dalam menara ini. Pada ketinggian 44m, ada viewing platform untuk pemandangan Old Town, Prague.


Menghala ke Powder Tower dari Old Town Square waktu subuh.









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2017 10:28 PM | Show all posts


ramainya umat yang menunggu. musim panas ke ni? atau dari Cesky Krumlov tu terus datang ke sini (Prague)?

naik Powder Tower?

menunggu gambar seterusnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2017 10:54 PM | Show all posts
bianglala replied at 27-7-2017 10:28 PM
ramainya umat yang menunggu. musim panas ke ni? atau dari Cesky Krumlov tu terus datang ke sini  ...

Ya, dari Cesky terus ke Prague dalam 2.5 jam perjalanan kereta. Pergi bulan September 2014, astronomical clock punya persembahan muzical tidak berfungsi dan tiada notis pun . Powder tower pasal kena naik tangga, cancell niat.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 11:00 PM | Show all posts
transporter replied at 27-7-2017 10:54 PM
Ya, dari Cesky terus ke Prague dalam 2.5 jam perjalanan kereta. Pergi bulan September 2014, astron ...

selain Prague Castle.. ada lagi castle lain berdekatan situ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2017 03:12 PM | Show all posts
4. Dancing House.
Dancing House terletak sebelah sungai Vltava di bandar Prague dan dikelilingi oleh bangunan2 seni bina abad ke-18 dan ke-19. Reka bentuk nya yang unik serta seni binaan yang moden telah mewujudkan tentangan dari masyarakat tempatan pada mula nya. Pembinaan bangunan 7 tingkat ini menggambarkan dua orang sedang menari. Pembinaan bermula pada tahun 1992 dan mengambil 4 tahun untuk disiapkan. Ia telah dianugerahkan 'Design of the year global award' dari Time magazine. Bangunan ini juga menempatkan Dancing House Hotel.












5. John Lennon Wall.
'Lennon Wall' atau 'John Lennon Wall' adalah satu dinding mural yang mendedikasikan penghormatan kepada penyanyi John Lennon. Pada mulanya dinding ini mempromosikan kata2 hak kebebasan rakyat, tapi sejak tahun 1980-an selepas jatuhnya pemerintahan komunis, ia telah diisi dengan grafiti John Lennon seorang penyanyi yang di anggap mempromosi hak kebebasan. Kini, dinding ini mewakili satu simbol global cinta dan keamanan. Dinding grafiti ini hanya 5 minit berjalanan kaki dari Charles Bridge dan terletak di Mala Strana, berhampiran French Embassy. Satu tempat yang best untuk bergambar atau selfie.












6. Petrin Hill & Petrin Observation Tower.
Dibina sebagai satu mini version Eiffel Tower, Petrin Observation Tower telah dibina pada 1891. Tinggi menara ini hanya 60m, dan nampaknya tidak begitu tinggi, tetapi perlu diambil kira ia terletak di kemuncak Petrin Hill pada ketinggian 318m. Tidak perlu memanjat 299 anak tangga ke atas menara, cukup sekadar menaiki lift ke atas untuk menikmati pandangan kota Prague yang hebat. Petrin Observation Tower terletak dalam satu taman yang berlandskap termasuk sebuah taman ros yang luas. Untuk sampai ke Observation Tower di puncak Petrin Hill, bolehlah naiki funicular yang di sediakan. Di bawah kaki bukit sebelum menaiki funicular terdapat 'The Memorial to the Victims of Communism'.


'The Memorial to the Victims of Communism' di kaki bukit Petrin Hill. Banyak sungguh statue begini di Prague.


Kita naik funicular untuk ke Petrin Hill.


Taman bunga rose yang terdapat di atas Petrin Hill.








Tower ala2 Eiffel yang tidak seberapa tinggi.


Petrin Observation Tower yang terasa macam berbuai bila di tiup angin kuat. Ada lift service untuk naik ke atas.


Pemandangan Prague Castle complex dari Petrin Observation Tower.


Pemandangan Charles Bridge dari Petrin Observation Tower.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 07:26 AM | Show all posts
cantiknya pemandangan bandar Prague dari atas Petrin Hill.. rasa macam speechless tengok.

tak pernah tahu pun sebelum ni tentang Petrin Observation Tower dan John Lennon Wall.. colourful sangat wall tu, menarik.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2017 09:53 AM | Show all posts
6. Prague Castle.
Rekod menunjukkan bahawa Prague Castle mempunyai kawasan yang terluas di dunia. Sebuah istana telah dibina di kawasan ini seawal abad ke-9. Kawasan istana ini menyerupai sebuah pekan dalam bandar. Ia mempunyai tiga courtyard, beberapa jalan dan bangunan2 dalam kawasan lebih 7 hektar. Komuniti2 kecil mula berkembang sekitar kawasan istana ini pada awal penubuhan nya. Entrance ke dalam kawasan Prague Castle adalah percuma. Entrance fees hanya untuk masuk exhibition, gallery & tower.


Credit : prague-stay.com
Prague Castle main entrance. Selepas pagar besar tu, ialah 1st courtyard. (nothing much). Depan pagar besar ini akan berlaku 'Changing of guards'.


Dataran hadapan Prague Castle.


Pemandangan perumahan diluar kawasan Prague Castle.


Bawah bukit, hujung sana, kota Prague.

Kini, sebuah pintu masuk berkerawang membawa kita ke courtyard pertama, di mana pada waktu pagi setiap jam, anda boleh menyaksikan 'Changing of Guards'. Courtyard ketiga adalah yang terbesar di dominasi oleh St. Vitus Cathedral, satu daripada mercu tanda  paling di kenali di Prague. Courtyard ke-3 ini bersambung sehingga St. George Square, di mana tarikan lain seperti Basilika St. George dan Royal Palace berada. Seterus nya satu jalan menghala ke hujung kawasan istana ini akan membawa kita ke 'Golden Lane' satu lorong indah dan popular dengan rumah2 kayu kecil berwarna-warni dalam kawasan Prague Castle.



Fountain dalam 2nd courtyard.


Bangunan mengelilingi 2nd courtyard.


Menuju ke 3rd courtyard.


St. Vitus Cathedral, bangunan yang sunggah besar.


St. George's Basilica.




Selepas Perang Dunia Pertama, kawasan istana ini menjadi tapak kerusi kerajaan Czechoslovakia dan hari ini presiden Republik Czech masih tinggal di sini. Selepas 1989, banyak kawasan Castle ini telah dibuka kepada orang awam, termasuk Royal Garden, Ballgame Hall, Imperial Stables dan yang lainnya. Walaupun kawasan ini di panggil 'Prague Castle', anihnya tidak kelihatan bangunan2 atau istana rekaan purba kala. Bangunan2 yang ada, kelihatan seperti bangunan di buat pada zaman perang pertama. Malah, Power Tower dan Bridge Tower lebih bercirikan bangunan lama. Tiada castle lain yang terdapat di bandar Prague.


Jalan di dalam Prague Castle. 'Black Tower' di belakang.


Golden Lane dalam kawasan Prague Castle.


Perhatikan rumah kayu ni size kecil2 & rendah aje.


Royal garden di luar pekarangan Prague Castle.


Suasana yang bersih & aman.

7. Prague underground.
Walaupun ini bukan satu antara attractions di Prague, tapi underground train meraka agak menarik. Yang paling ketara adalah betapa dalamnya stesen2 ni. Escalator dari paras jalanraya ke stesen di bawah agak curam dan panjang. Jika rosak escalator tu, confirm mengcungap nak naik. Stesen2 train ni sangat bersih dan setiap stesen design nya berlainan dan menarik. Selain dari underground train, Prague juga ada tram di atas jalan raya. Tiket train/tram/funicular adalah common dan harga mengikut tempoh masa ia boleh di gunakan. Beli ticket terdahulu di stesen atau kedai runcit sebelum naik train. Di syorkan beli di stesen kerana sedikit aje kedai runcit yang jual. Di tram stop, tiada mesin jual ticket. Jangan lupa validate ticket di mesin dalam train/tram.


Entrance stesen underground Andel.


Escalator yurun ke stesen.


Kalau tak curam, bukan Prague.


Stesen underground Andel.


Staromestska.



Namesti Republiky.


Moden & bersih stesen underground Prague.


Train underground. Tiada siapa gantung buaian dalam train ni ya!


Ticket tram/train/funicular (common) mengikut tempoh waktu boleh guna. Validate ticket dalam train di mesin warna kuning tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2017 01:15 PM | Show all posts
8. Havel's Market.
Havel's Market ialah pasar tetap di bandar Prague. Ia terletak berhampiran Melantrichova Street, iaitu laluan utama pejalan kaki yang menghubungkan Old Town Square dengan Wenceslas Square. Dibuka sepanjang tahun, pasar ini popular dengan penduduk tempatan dan pelancong. Ia adalah tempat yang menarik untuk membeli cenderamata seperti barangan seni dan kraf, mainan, boneka, bunga, barangan kulit, seramik, buah-buahan dan sayur-sayuran. Manakala kedai-kedai tradisional di kiri dan kanan jalan ini juga menjual cenderamata, harga di gerai2 di Havel's Market agak murah sedikit.


Permulaan Havel's Market.


Kiri-kanan Havel's Market, terdapat kedai2 tradisional, juga kebanyakan menjual cenderamata.


Barisan kedai2 di Havel's Market.


Guarantee tulips2 ni tak akan layu dan tak perlu air.

9. Wenceslas Square.
Wenceslas Square ialah salah satu square selain Old Town Square, jarak antaranya 5 minit berjalan kaki. Ia pusat perniagaan dan kebudayaan dalam New Town, Prague. Walaupun di panggilan New Town, kawasan ini di bangunkan pada 1348. Wenceslas Square adalah pusat sejarah Prague dan adalah World Heritage Site. Kini, Wenceslas Square adalah satu kawasan commercial dengan hotel, pangsapuri, restoran, bank, kedai2 local dan antarabangsa. Ia juga menjadi pusat hiburan dan membeli-belah utama di Prague. Wenceslas Square ialah sebatang jalan 750m panjang dan 60m lebar. Di sebelah hujung jalan ini, terletaknya bangunan National Museum.


Wenceslas Square - barisan kedai2 perniagaan commercial.


Shopping tertumpu di Wenceslas Square.


Wenceslas Square yang kurang kenderaan.


Hujung seberang square ini, bangunan National Museum.

10. Novy Svet.
Novy Svet, bila diterjemahkan bermaksud "The New World" ... ialah satu kawasan indah & damai tidak jauh dari Prague Castle. Kawasan ini kurang dikenali, maka ia diabaikan oleh pelancong, tetapi tetap digamari penduduk tempatan. Bermula pada abad ke-14, ia adalah sebuah kawasan kecil yang mengandungi hanya beberapa jalan dan sehingga kini, masih mengekalkan suasana perkampung kecil. Ia dahulunya adalah satu perkampongan penduduk miskin dalam daerah Prague Castle. Walaupun kini, kawasan sekitar Prague Castle agak sesak dengan pelancong, tetapi di Novy Svet maintain sebagai suatu kawasan kediaman yang tenteram & damai. Agaknya, tiada orang miskin lagi tinggal sini. Pandangan yang picturesque di sini membuat ia best untuk photography.


















This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2017 09:37 AM | Show all posts
Edited by transporter at 6-8-2017 09:40 AM

Antara beberapa lagi landmark di Prague.


Czech Philharmonic.


Loreta church.


Lover's bridge.


Walkway ke Lover's Bridge & John Lennon Wall di Kampa Island. Pulau yang di kelilingi sungai aje pun.


'Pissing' statue depan Kafka Museum.


Kafka Museum dari Charles Bridge.


Narrowest street in Pargue. Behampiran Kafka Museum. Terlalu sempit, ada traffic light ya!


Hard Rock behampiran Astronomical Clock di Old Town Square.


Tebing sungai menghadap Charles Bridge.


Tram di Prague.


Friday morning market depan Andel train station.


Boleh pusing2 naik kereta kuda.


Atau limo pun ada.


Prague waktu subuh.


Prague at night.


Kedai makan halal 'Bodrum' sebelah Richie's hostel tempat kami menginap. Ada juga twin room di Richie's.


Palladium shopping complex. Nothing compared to Mid Valley. Ada satu shopping complex baru sebelah Andel train station.


Lagi satu kedai Turki halal sebelah Palladium.


Boleh try Nordsee seafood dalam Palladium.


Prague airport.


Prague airport.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:37 PM | Show all posts
bila la nak blh sampai sini ...duit tak cukup2 lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:52 PM | Show all posts
cantik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:53 PM | Show all posts
maisakurada replied at 16-8-2017 04:37 PM
bila la nak blh sampai sini ...duit tak cukup2 lg ni

jom kumpul duit sama2 uolsssss

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 01:23 PM | Show all posts
cantik nya.. bila la leh  pegi nih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 04:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 04:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.275964 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list