|
Ilmu Hikmah Jadi Inspirasi- Encik Muhammad Syafiq bin Borhanuddin
- September 24, 2018
[size=1em]
- pautan asal : http://www.ikim.gov.my/index.php/2018/09/24/ilmu-hikmah-jadi-inspirasi/
Sabda Nabi: “Hikmah itu adalah umpama suatu barang yang hilang (kepunyaan) orang yang beriman. Jikalau dia menjumpai barang hilang itu, maka dia lebih berhak mengambil barang itu.” Mutakhir ini, diperhatikan terdapat beberapa negara yang mengorak langkah untuk memanfaatkan tradisi ilmu hikmah dan ahli-ahlinya sebagai sumber inspirasi kepada kesedaran kebudayaan (cultural consciousness) dan halatuju bangsa mereka demi mengisi kehampaan dalaman yang semakin parah. Dalam tradisi ilmu Islam berdasarkan tafsiran Qu’ran dan Hadis, ‘hikmah’ difahami sebagai suatu ilmu yang dikurniakan Tuhan kepada hambaNya yang terpilih, mengikut darajat dan martabat masing-masing—yang tertinggi merupakan Baginda Nabi Muhammad SAW (lihat surah 62:2, 4;113, dan 2:231 dalam al-Qur’an al-Kareem).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-9-2018 02:43 AM
Ia merupakan suatu daya pertimbangan yang saksama; ia juga kefahaman tentang kedudukan setiap sesuatu di alam semesta ini. Oleh itu sebilangan besar sarjana Muslim silam tidak menafikan akan beberapa kebenaran yang muncul oleh individu-individu seperti Arisṭū (Aristotle) dari zaman Yunani purbakala atau Kung Fu Tze (Confucius) dari zaman China purbakala, walaupun ajaran hikmah mereka masih tidak lengkap kerana tidak berpandukan wahyu.
Para hukama’ dalam tradisi ilmu Islam termasuk para awliya’ dan ahli tasawwuf seperti Al-Junayd al-Baghdadi (m. 910), Al-Ghazali (m. 1111), Jalaluddin al-Rumi (m. 1273), dan Mulla Sadra (m. 1640). Mereka menjadi sandaran para ulama’ Kaum Muslimin berkurun lamanya dalam menjawab persoalan hakikat kewujudan (ontology), hakikat alam semesta (cosmology), dan hakikat insan (psychology), yang mendasari persoalan tadbir-urus diri (ethics), tadbir-urus rumah tangga (economics), dan tadbir-urus wilayah (politics).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-9-2018 02:43 AM
Di China pada saat ini, dibawah kepimpinan Presiden Xi Jin Ping, ahli hikmah terulung dalam sejarah China, Kung-Fu Tze telah diangkat kembali sebagai sumber inspirasi bangsa Cina melalui penubuhan 300 institut Kung-Fu Tze di merata China dalam menyemarakkan ajaran hikmah beliau. Ini termasuklah mendapatkan khidmat pakar-pakar Kung-Fu Tze, seperti Profesor Dr. Tu Weiming, untuk kembali dari Universiti Harvard untuk mengajar di Universiti Peking, Beijing.
Presiden Xi Jin Ping menyatakan pada tahun 2015: “Untuk menyelesaikan masalah-masalah di negeri China, kita hanya boleh mencari jalan dan cara yang sesuai dengan bumi China. Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya ajaran hikmah yang hebat yang telah terkumpul oleh bangsa Cina sejak 5,000 tahun dahulu.” Golongan cerdik pandai Cina juga menyeru masyarakat dan kepimpinan China untuk memanfaatkan ajaran Kung-Fu Tze dalam menyelesaikan antara cabaran terbesar negara China pada masakini—kerosakan alam sekitar—dan telah mensasarkan untuk menjadikan negara Cina sebagai ketamadunan mesra alam sekitar (ecological civilization). |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-9-2018 02:44 AM
Di Iran, ahli ilmu hikmah seperti Mulla Sadra diberikan penghormatan tertinggi sewaktu zaman kepimpinan Presiden Muhammad Khatami. Mulla Sadra dan tokoh-tokoh ilmu hikmah lain terus diberi tempat istimewa oleh masyarakat Iran sebagai warisan kebudayaan (cultural heritage) mereka, dan dijadikan sandaran untuk institusi-institusi pendidikan mereka. Menarik juga untuk dikongsi bahawa bekas Presiden Khatami, ketika menziarahi Malaysia pada tahun 2006 dilaporkan bertemu dengan Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dan menyatakan: “Hikmahmu telah membimbing kami di Iran” (“Your wisdom has guided us in Iran”).
Di Turki, ahli sufi dan penyair termasyhur Mevlana Jalaluddin al-Rumi (m. 1273) terus dijadikan sumber inspirasi oleh masyarakatnya termasuklah Presiden Recep Tayyip Erdogan yang mengatakan: “Jiwa kita yang telah menjadi tandus selama ini, menjadi hidup semula melalui ajaran hikmah Mevlana.” (“Our hearts, which had become barren, sprouted again thanks to the Mesnevi and the wisdom of Mevlana’s teachings.”) Kerajaan Turki juga telah mengaitkan sejarah silam Turki dengan ahli hikmah terkemuka dunia Islam seperti Muhyuddin Ibn al-‘Arabi melalui penerbitan rancangan TV bertajuk ‘Ertuğrul’. Penasihat President Erdogan sendiri, Dr. Ibrahim Kalin, merupakan lulusan ijazah kedoktoran falsafah Islam (dengan disertasi berkenaan ilmu hikmah Mulla Sadra) yang pernah mengikuti pengajian peringkat sarjana di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-9-2018 02:44 AM
Di Pakistan, perdana menteri terbaharu, Imran Khan, telah mengangkat pujangga yang mengungkapkan hikmah-hikmah ahli tasawwuf silam, Muhammad Iqbal (m. 1938), serta ahli-ahli sufi silam yang menyumbang kepada sejarah Indo-Pakistan sebagai sumber inspirasi halatuju pengislahan negara Pakistan. Walaupun dalam masa yang singkat, beliau telah berusaha untuk memastikan sumber inspirasi ini tidak terbatas kepada slogan siyasah. Sebaliknya, telah mengambil pendekatan berjimat-cermat besar-besaran (austerity drive) dalam perbelanjaan kerajaan demi membela nasib rakyat yang telah dizalimi selama ini – bersesuaian dengan semangat yang dicetus oleh Muhammad Iqbal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 25-9-2018 02:45 AM
Bagaimana pula dengan nasib tradisi ilmu hikmah di Malaysia?
Pada pengamatan penulis, Malaysia, pada satu ketika dahulu sudah hampir mempersiapkan pentas seorang tokoh silam sebagai sumber inspirasi kepada kesedaran kebudayaan orang Islam di Alam Melayu apabila Kementerian Kebudayaan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika itu telah menerbitkan sebuah karya pada tahun 1986 bertajuk A Commentary on the Hujjatul al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Melalui karya ini Profesor al-Attas telah memartabatkan kembali kedudukan Shaykh Nur al-Din al-Raniri (m. 1658) sebagai ahli hikmah (tasawwuf), mutakallim, sejarawan dan ahli adabiyāt terulung di Alam Melayu. Al-Raniri, yang pernah mendiami negeri Pahang, menyumbang besar kepada keluhuran aqali dan ruhani orang Melayu melalui karya-karyanya yang ditulis didalam skrip Jawi serta menjadi contoh serta rujukan alim ulama’ selepas beliau di Alam Melayu.
Melalui karya Hujjatul Siddiq ini, Professor Al-Attas telah menujukan perhatian kita kepada sejumlah persoalan dan buah fikiran bernas yang berupaya untuk menjawab dan menyelesaikan pelbagai persoalan mendasar mengenai halatuju bahasa melayu, falsafah sains, dan pendidikan di abad ke-21. Contohnya, Hikmah Melayu yang diunggapkan oleh al-Raniri boleh menyumbang kepada keluhuran akal-budi bangsa serta mencetuskan perkembangan sains kepada taraf yang lebih tinggi melalu penggunaan bahasa yang bersifat mantiqi (language of reason) dalam karya-karya beliau, sesuai dengan hasrat sistem pendidikan negara untuk melahirkan anak bangsa yang lebih berdaya-saing.
Oleh itu, kepentingan untuk memberi tumpuan kepada ilmu-ilmu hikmah dan ahlinya sebagai sumber inspirasi kepada halatuju kebudayaan masyarakat Muslim semasa boleh disimpulkan kepada tiga sudut utama: i) untuk mendapat manfaat dari keberkatan (barakah) para hukama’ tersebut; ii) untuk memberi suatu suntikan dan cetusan ruhaniah supaya akal fikiran umat tidak terus terbelenggu digenggam oleh semangat tragedi (shaqawah) serta cara berfikir asing yang bercanggah dengan pandangan hidup Islam; dan iii) memperkukuhan perwatakan (character) serta cara berfikir anak bangsa dengan sifat yang lebih mantiqi.
Sumber inspirasi yang dimaksudkan disini sungguhpun boleh diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu demi memenuhi tuntutan politik atau ekonomi yang sempit atau berdasarkan kerangka berfikir yang sekular, namun sekiranya ia dipimpin oleh ahlinya dan diberikan kebebasan dan sokongan yang sewajarnya ia mampu memberi pulangan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat, serta meninggalkan sumbangan dan ‘amal jariah yang berkekalan, insha’Allah.
Sesungguhnya, tradisi ilmu hikmah meskipun bersifat maknawi dan kebudayaan, namun, ibarat akar bagi pohon yang teguh, dan sekiranya disiram dengan ikhlas dan istiqamah, dengan izinNya, akan menjelmakan buah-buahan yang segar, harum dan berkhasiat untuk sekalian alam! |
|
|
|
|
|
|
| |
|