CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 5

kekuatan Memberi ...

[Copy link]
Post time 4-10-2018 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 4-10-2018 12:17 AM

Dermawan dan Kekuatan Memberi
pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/dermawan-dan-kekuatan-memberi/

KEDERMAWAN merupakan sebahagian daripada sikap cinta Nabi s.a.w terhadap sesama manusia. Baginda berusaha untuk selalu menderma, baik dalam keadaan sempit mahupun saat lapang atau berada.

Diceritakan, ada seorang yang menemui Nabi s.a.w dan meminta sesuatu kepada beliau. Dengan santun Nabi s.a.w menjelaskan kepadanya, “Aku sekarang tidak memiliki apa-apa. Tetapi belilah keperluanmu atas tanggunganku, nanti apabila aku mempunyai wang, akan aku bayar.”

“Wahai Rasulullah, bukankah sebelumnya engkau telah memberi sesuatu kepadanya? Sesungguhnya Allah tidak membebanimu dengan sesuatu yang tidak mampu engkau pikul,” kata Umar al-Khattab. Tetapi seorang sahabat Ansar mencelah, “Wahai Rasulullah, berilah, jangan khuatir, Allah akan memberi sedikit untukmu.” Mendengar hal itu, merekahlah senyuman indah daripada bibir Rasulullah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2018 12:15 AM | Show all posts
Kisah tersebut mengungkap betapa kayanya hati Nabi s.a.w dan melimpah-ruahnya kasih sayang baginda kepada orang-orang miskin, walaupun keadaan baginda sendiri sedemikian rupa.

Disebutkan pula, datanglah tiga orang meminta sedekah kepada Nabi s.a.w. Baginda menyambut dan memperlakukan mereka dengan rasa hormat dan cinta. Nabi s.a.w menyapa, “Duduklah, Allah akan memberi rezeki kepadamu.”

Subhanallah, tidak lama kemudian seseorang menemui Rasulullah dan memberikan wang empat uqiyah. Katanya, “Wahai Rasulullah, ini empat uqiyah sebagai sedekah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2018 12:15 AM | Show all posts
Nabi s.a.w memanggil ketiga-tiga orang tadi dan memberikan wang tersebut; setiap seorang menerima satu uqiyah. Baki satu uqiyah, ditawarkan oleh baginda kepada salah seorang daripada mereka, tetapi tidak seorang pun mahu menerimanya.

Malamnya, menjelang tidur, Nabi s.a.w meletakan baki satu uqiyah tersebut di bawah bantal. Tetapi baginda tidak dapat tidur, gelisah memikirkan baki wang tersebut. Nabi s.a.w bangun, kemudian bersolat.

Selesai solat, Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau menanggung penderitaan?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2018 12:17 AM | Show all posts
“Tidak,” jawab Nabi s.a.w lalu diambillah wang satu uqiyah itu.

“Inilah yang menjadikan aku seperti yang engkau lihat. Aku khuatir akan terjadi sesuatu yang ditimpakan Allah sebelum aku memberikan ini kepada yang berhak,” jelas Nabi s.a.w. Besarnya kasih sayang kepada fakir miskin membuat baginda gelisah dan sukar untuk tidur. Apalagi Rasul memang tidak mahu menggunakan harta daripada sedekah untuk kepentingan sendiri mahupun keluarga baginda.

Sesungguhnya, sifat ikhlas sebagaimana yang diteladankan Rasulullah s.a.w itu akan membuat diri menjadi lebih bahagia. Tiada yang hilang apabila dikeluarkan. Ia akan kembali dalam bentuk lain. Ia tidak akan hilang walau kita telah memberikannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)                                                                                   

Allah s.w.t mengungkapkan kekuatan daripada sedekah, iaitu:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Maha Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah: 261)

Puncak dari kejayaan memberi atau bersedekah adalah sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya), serta ia mengakui dengan yaqin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya, orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.” (al-Lail: 5-10)
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:25 PM | Show all posts
Nice sharing...terima kasih mod!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:34 PM | Show all posts
Saya nak share 1 ceramah yang saya dengar pasal menderma ni..ada orang bertanya boleh tak kita memberi derma kepada orang yang bukan Islam...jawapannya ya boleh tetapi derma itu bukan untuk kepentingan agama mereka..contohnya untuk baik pulih gereja atau kuil mereka..seperti mana yang berlaku kepada rasulullah ketika perang (saya lupa perang apa tt sorry) ada orang bukan islam datang kepada rasulullah nak meminta harta rampasan perang (kalau tak silap sy dia minta kambing) dan rasulullah memberikan semua harta rampasan perang kepada orang tersebut..dan seterusnya lelaki tu pulang dan menyusuh seluruh kaumnya percaya kepada Allah dan rasul..

Lebih kurang macam ni la cerita dia..so tak salah nak menderma kepada orang bukan islam..mana tahu dengan derma kita tu terbuka hati mereka untuk memeluk islam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.386883 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list