CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3285|Reply: 10

Port Dickson? Begini Asal Usul Namanya..

[Copy link]
Post time 8-10-2018 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh calon berentap di Port Dickson, merupakan tajuk dari sebuah akhbar Berita Harian. Bila penulis membaca tajuk  ini, maka penulis terfikir  dari mana asal usul nama Port Dickson?




kredit gambar google










Apa kata penulis coretkan sedikit maklumat berkenaan Port Dickson untuk kita sama-sama  mengetahuinya.

Apa yang menarik?





kredit gambar google






Port Dickson merupakan sebuah daerah yang terkenal di Negeri Sembilan. Port Dickson terkenal dengan pantainya, kilang penapis minyak yang membekalkan minyak bertapis di seluruh negara, Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar yang membekalkan tenaga elektrik kepada setengah dari kawasan semenanjung Malaysia dan Markas tentera Melayu  yang tertua di negara ini.




              

kredit gambar google





Asal Usul

Nama Port Dickson di kenali sebelum tahun 1883, dahulunya kawasan yang berhampiran dengan pantai ini adalah merupakan jajahan takluk negeri Selangor. Sehinggalah pada tahun tersebut ia diserahkan kepada pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan moden. Ia ditukar ganti dengan kawasan Semenyih dan sekitarnya. (sebelum ini  kepunyaan Luak Sungai Ujong).

Dahulu nama Port Dickson mempunyai pelbagai gelaran. Orang Melayu yang menggelar tempat ini sebagai  Tanjong atau Tanjong Tin. Orang Cina dan India pula memanggil tempat ini sebagai  Alang atau Arang. Kenapa Tanjong? Sebabnya tempat ini terletak di sebuah tanjung yang menganjur ke laut. Kenapa Arang? Ini kerana ia sebuah pulau yang berhampiran dengan Tanjung. Dulunya terkenal sebagai tempat membakar kayu bakau untuk dijadikan arang dan dipasarkan di seluruh kawasan berhampiran.


Port Dickson yang kita kenali namanya diperoleh dari nama seorang penjajah Inggeris yang pernah memerintah Negeri Sembilan, yang menamakan tempat ini atas nama beliau sendiri. Nama penuh pegawai tinggi British ini ialah bernama Sir John Frederick Dickson.


   

kredit gambar google




Penulis hanya mencatat sebahagian cerita tentang Port Dickson. Banyak lagi kisah menarik mengenai Port Dickson iaitu tentang pembangunannya sejak sebelum merdeka hingga sekarang.


Sekarang ini Port Dickson telah ditadbir urus oleh Majlis Daerah Port Dickson. Kalau nak cerita panjang lebar juga. Pembaca boleh buat carian sendiri untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Port dickson glamour ler nama ala2 kokesyen dari tanjung tin
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 11:54 AM | Show all posts
so..bila nak tukar nama penjajah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 12:58 PM | Show all posts
sama la cam kerinchi ditukar nama jadi bangsar south..cam bangang..apa buruk sangat ke nama kerinchi tu??even batang berjuntai pun masih disebut2 walaupun da tukar nama jadi bestari jaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah tetap sejarah.kalau tukar pun akan disebut sebut,kecuali yang hidup pada zaman yang nama asal tu semua dah tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2018 09:57 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 9-10-2018 11:54 AM
so..bila nak tukar nama penjajah ni?

Tak payah
Biarlah is kekal dengan nama penjajah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 8-10-2018 09:22 PM
Port dickson glamour ler nama ala2 kokesyen dari tanjung tin

tapikan nama tu kalau ditranslate ke BM, jadi kelucahan melampau pulak i.e jadi Pelabuhan Anak (lelaki) Pu*ai
opsss! terbiru pulak otak aku malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 01:26 AM | Show all posts
sama juga lah dengan butterworth atau mount erskine.cari sendiri naaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyelah...dah negara kita pernah dijajah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 04:08 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oj, Tanjung Arang...menarik. Orang kelahiran N9 tapi tak tau citer ni. Terima kasih kongsi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 1.124216 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list