CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1526|Reply: 5

Owlssss All NIGHTERS ....

[Copy link]
Post time 5-11-2018 07:46 PM | Show all posts |Read mode
AL-KAFI #876 : HUKUM BERJAGA SEHINGGA LEWAT MALAMpautan asal :
http://muftiwp.gov.my/en/artikel ... zyBRPiFz6t6eaf_ZaOc

DetailsUploaded by Muhammad Fahmi Rusli Published: 05 November 2018


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2018 07:47 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 07:50 PM

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Mufti, apakah hukum seseorang yang berjaga sepanjang malam, seperti contoh pada musim-musim peperiksaan dan seumpamanya ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 07:47 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 07:49 PM

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Persoalan berkaitan isu ini hendaklah dilihat kepada faktor yang membawa kepada berjaga malam tersebut. Ini kerana terdapat beberapa riwayat yang menyatakan berkenaan hal ini, dan ia berkait rapat dengan aktiviti atau perbuatan apakah yang dilakukan pada masa itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ

Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.

Riwayat Al-Tirmizi (2730)

Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata: Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam. Lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).

Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat isya’ adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir. Larangan ini secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’.

Riwayat Ibn Majah (703)

Imam Ibn Majah dalam komentar ringkasnya terhadap maksud perkataan جَدَبَ beliau berkata: ‘’Iaitu memberi amaran dan melarang kami’’.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 07:48 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 07:49 PM

Namun larangan di dalam beberapa riwayat di atas ini tidaklah datang dalam bentuk yang mutlak. Ini kerana terdapatnya beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat. Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْمُرُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ فِي الأَمْرِ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنَا مَعَهُمَا

Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua.

Riwayat Al-Tirmizi (169)

Imam Al-Syaukani Rahimahullah menukilkan sebuah pandangan yang amat baik dari Imam Al-Tirmizi dalam mengulas isu ini dengan katanya: Para ahli ilmu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, para tabiin, dan golongan selepas mereka telah berbeza pendapat berkenaan perbuatan al-samar (berjaga malam untuk berbual-bual) selepas dari solat isya’. Sebahagian mereka menghukum makruh akan perbuatan tersebut, manakala sebahagian lainnya memberikan keringanan sekiranya pada perkara membincangkan ilmu, dan perkara-perkara lain yang ada keperluan padanya. Kebanyakan hadis menunjukkan kepada rukhsah (keringanan terhadap perbuatan tersebut). Dan hadis ini menunjukkan kepada tidak makruhnya perbuatan berbual-bual pada waktu malam selepas isya’ sekiranya ia untuk keperluan agama sama ada bersifat umum atau khusus. Manakala hadis daripada Abi Barzakh dan Ibnu Mas’ud menunjukkan kepada kemakruhan.

Cara untuk dihimpunkan antara keduanya (hadis yang menunjukkan kepada makruh dan hadis yang menunjukkan kepada keharusan) adalah dengan mentaujihkan hadis-hadis yang melarang, merujuk kepada ucapan-ucapan yang harus namun tidak ada faedah padanya. Manakala hadis-hadis yang membenarkan merujuk kepada ucapan yang terdapat padanya faedah. Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani (2/19).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 07:48 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 07:49 PM

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa berjaga malam dengan tujuan untuk kebaikan seperti berbincang tentang sesuatu yang boleh mendatangkan maslahah untuk ummah, menuntut ilmu, menunaikan tanggungjawab kerja, dan selainnya adalah diharuskan. Sebaliknya, berjaga malam untuk mencuri, melakukan maksiat, dan pelbagai kejahatan lain adalah haram hukumnya. Manakala berjaga sehingga lewat malam untuk berbual-bual kosong, menonton wayang gambar (movie), melihat perlawanan bola sepak, dan seumpamanya sekiranya ia membawa kepada pengabaian terhadap solat subuh, maka ia membawa hukum makruh.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 07:52 PM | Show all posts
ni ...bijaknya Allah mencipta the flight dynamics




Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.145147 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list