CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 5

Tanda Tanda Kebahagian

[Copy link]
Post time 5-11-2018 07:57 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-297 : TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN
ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Shahrulnizam Muhadi Diterbitkan: 05 November 2018
pautan asal :http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2728-irsyad-al-hadith-siri-ke-297-tanda-tanda-kebahagiaan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2018 07:58 PM | Show all posts
Soalan :

Saya ada mendengar satu hadis yang disampaikan oleh ustaz penceramah. Dalam ceramah itu beliau mengatakan bahawa Rasulullah sebut tanda kebahagiaan ada tiga iaitu rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang baik. Betul ke ada hadis ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 07:59 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 08:00 PM

Jawapan :

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ya, hadis yang disebutkan oleh ustaz penceramah tersebut memang ada. Antaranya yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Adab al-Mufrad. Sanad dan lafaz hadis itu adalah seperti berikut :

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ وَقَبِيصَةُ قَالاَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ ، عَنْ خَمِيلٍ ، عَنْ نَافِعِ بْنِ عَبْدِ الْحَارِثِ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ

Maksudnya :” Abu Nuaim dan Qabisah menceritakan kepada kami. Kedua-duanya berkata : Sufiyan telah menceritakan kepada kami daripada Habib Bin Abi Thabit daripada Khamil daripada Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi saw.Baginda bersabda : Antara (tanda) kebahagiaan seseorang adalah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunganggan yang elok.”

Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

Lafaz hadis ini juga direkodkan oleh Imam ahmad di dalam Musnadnya hadis yang ke 15372 dan juga disebutkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman hadis ke 9558.al-Hakim juga merekodkan hadis ini dan menghukum hadis ini sebagai hadis yang sahih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 07:59 PM | Show all posts
Di dalam riwayat yang lain selain dari menyebutkan tanda kebahagiaan, Nabi juga menyebutkan tentang tanda-tanda kedukaan bagi seseorang. Antaranya riwayat yang direkodkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya. Kata beliau :

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ مَوْلَى ثَقِيفٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رِزْمَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

Maksudnya :”Muhammad Bin Ishak Bin Ibrahim Maula kepada Thaqif mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Muhammad Bin Abdul Aziz Bin Abu Rimzah menceritakan kepada kami.Beliau berkata : al-Fadhl Bin Musa menceritakan kepada kami. Daripada Abdullah Bin Sa’id Bin Abu Hind daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abui Waqqas) berkata : Rasulullah saw bersabda : 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas,jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.”

Riwayat Ibnu Hibban (4032) di dalam Sahihnya

Sheikh Syu’aib al-Arnaut ketika mentahqiq hadis ini beliau menyatakan bahawa sanad hadis ini adalah sanad yang sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari.

Kesimpulannya, hadis ini adalah hadis yang thabit lagi sahih. Semoga Allah memberi kita kefahaman. Wallahu’alam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 10:50 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur di atas segala rezeki..
tak mewah tapi cukup semuanya..
Aaminn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2018 09:22 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-11-2018 10:50 PM
Alhamdulillah syukur di atas segala rezeki..
tak mewah tapi cukup semuanya..
Aaminn..

yups, asalkan memenuhi kriteria  yg seeloknya disediakan untuk kehidupan berkeluarga , yeah agreed , tak mewah tu tak pe asalkan mampu mencukupi the basic needs, good points.
sebenarnya i rasa lebih kepada warga Adam untuk mempunyai tujuan hiduo dan berfokus sebab ye lah masa sekarang penuh cabaran dan kalau anak lelaki tu diddik untuk menjadi a good Muslim atau a good man actually as prof SMN Al Attas said, alahmdulillah yg dapat menyumbang kepada ummah dan ini bermula dari keluarga.

yg kalau kejiranan yg baik tu , sangat penting sebab pemerhatian di deprived areas atau kawasan golongan yg sosioiekonmi yg perlu bantuan, anak anak kelaki dan perempuan bebas bonceng motor tetengah malam, hisap rokok dan nothing matters . tertanya kita inikah generasi umat Muhammada saw akan datang?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064663 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list