CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3798|Reply: 17

Pesanan Rasullullah SAW 9 Zulhijjah - ingat pesanan rasulullah saw

[Copy link]
Post time 19-11-2018 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 30-7-2020 08:21 PM

KHUTBAH TERAKHIR ...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2018 09:00 PM | Show all posts
Menghayati Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Menghayati Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
October 7, 2015 Norhayati Paradi Berita Harian,
BH, Islam Itu Indah, Norhayati Paradi


pautan asal :
https://ikimfm.my/menghayati-khutbah-terakhir-rasulullah-saw/



“Aku berwasiat/berpesan kepada kalian dan kepada diriku agar bertakwa kepada Allah. Maka berjayalah orang-orang yang bertakwa”. Seruan  Ittaqullah (bertaqwalah kamu kepada Allah) di peringat saban minggu kala khutbah Jumaat bergema. Pesanan dan  nasihat kepada para jemaah supaya bertakwa kepada Allah SWT. Berbekalkan pesanan inilah, menggerakkan Ustaz Mohd Meeftah Anuar berkongsi tentang kehebatan khutbah dalam membangunkan umat yang suka berpesan-pesan  menerusi Islam Itu Indah di IKIMfm Rabu jam 10.15 pagi.
Rasulullah SAW bersabda daripada Ibn Umar RA mafhumnya, “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang mengembara.” (HR al-Bukhari). Sebagai hamba Allah, perlu kepada sikap zuhud dan sedar bahawa kehidupan adalah suatu pengembaraan dan perjalanan ke syurgaNya. Maka, jauhi daripada mementingkan dunia atau tamak dengan dunia. Sebaliknya menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang memberi faedah jangka panjang dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain tentang tujuan kehidupan di dunia ini. Salah satu caranya menerusi penyampaian khutbah.
Khutbah dari sudut bahasa membawa maksud ‘perkataan yang disampaikan di atas mimbar’. Berasal dari bahasa Arab ‘mukhathabah’ yang berarti pembicaraan. Selain itu, khutbah juga dikatakan berasal dari perkataan ‘al-khatbu’ yang bererti perkara besar yang dibincangkan, karana orang-orang Arab tidak berkhutbah kecuali pada perkara besar sahaja. Namun begitu, secara istilah, sebahagian ulama mendefinisikan khutbah sebagai perkataan tersusun yang mengandung nasihat dan informasi. Terdapat beberapa jenis khutbah iaitu khutbah Jumaat, khutbah dua hari raya, Khutbah Arafah dan khutbah gerhana, khutbah Istisqa dan khutbah nikah.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:04 PM | Show all posts
Rasululah SAW bersabda; “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.” Awal bicara pesan terakhir Rasulullah SAW kepada ribuan jemaah haji pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah yang juga merupakan Haji Wida’ di Lembah Uranah, BukitArafah. Hebatnya mukjizat Rasulullah SAW menerusi amanat baginda. Ironinya, rasa jemu tidak bertandang walau acapkali khutbah ini dikumandangkan. Khutbah yang di sampaikan saat Rasulullah dapat merasakan bahawa usianya tidak lama lagi di alam fana ini. Khutbah yang bener-benar di beri penekanan oleh Baginda untuk didengar bersungguh-sungguh dan di sampaikan sehingga akhir usia bumi ini.

Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia. Antaranya berkenaan hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu menerusi khutbah baginda yang bermaksud, “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).” Justeru, Ustaz Miftah berpesan untuk sentiasa menjaga kesucian bulan Zulhijjah dan bumi Mekah terutama bagi yang menunaikan ibadah haji untuk menjaga kesuciannya kala menegerjakan ibadah tersebut. Hindari daripada berkata buruk tentang kota suci apatah lagi menunjukkan akhlak-akhlak buruk ketika berada di bumi suci seperti merempuh, bergaduh dan bertolak-tolak ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Mesej kedua yang terkandung dalam khutbah juga menyebut mengenai penjagaan harta. Ia menekankan tentang kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya dengan berkata, “Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.”. Maka, kembalikan hak  kepada pemiliknya yang hak dan Rasulullah memandang berat tentang hutang sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)”. (Hadis Riwayat Muslim). Baginda menambah dalam khutbahnya, “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).” Jelas, Islam menolak sekeras-kerasnya amalan riba kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:05 PM | Show all posts
Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan. Baginda SAW menyambung lagi, “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”

Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana ia tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda mafhumnya, “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabiNya.”

Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting agar  mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran dengan sabda Baginda, “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:08 PM | Show all posts

Binnabil Huda French Version - cool

Edited by mbhcsf at 30-7-2020 08:16 PM




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:10 PM | Show all posts
I love this song

and especially the one with french guy tu....so niceeee



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2018 09:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:25 PM | Show all posts
Rasulullah simpan doa ‘terbaik’ untuk kita

Jika ada sebiji peluru ditembak tepat ke dada Rasulullah SAW, kita wajib segera tampil menahan dada bagi menyelamatkan baginda. Biar kita cedera atau mati, jangan baginda! Inilah yang dilakukan para sahabat pada zaman Rasulullah dahulu.

Contohnya, dalam perang Uhud ketika tentera Musyrikin Quraish datang menerpa, sejumlah besar sahabat Nabi gugur syahid kerana menggadai tubuh mereka mempertahan baginda. Bahkan jari Talhah Ubaidillah r.a. cedera parah kerana mempertahan baginda:


“Qays berkata: Aku lihat tangan Talhah (bin Ubaidillah r.a.) lumpuh tidak bergerak (kerana) menggunakannya untuk mempertahan Nabi SAW dalam perang Uhud,” - Sahih Bukhari dan Sunan al-Nasa’i.

Subhanallah! Hebat sekali pengorbanan para sahabat.

Pun begitu, semua pengorbanan itu masih kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah yang ‘satu ini’ iaitu pengorbanan menyimpan doa mustajab untuk umatnya.

Sabda baginda: “Setiap nabi memiliki doa (khusus) yang akan dikabulkan. Setiap nabi tergesa-gesa menggunakan doanya. (Manakala) aku menyimpan doaku untuk memberi syafaat kepada umatku (kelak) pada hari kiamat. Ia (habuan syafaat) itu akan diperoleh oleh orang yang mati antara umatku yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun,” - Sahih Muslim.

Jika diperhati, para nabi lain sudah menggunakan doa istimewa yang diperuntuk Allah pada mereka:






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2018 09:26 PM | Show all posts
Nabi Nuh a.s.

“Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang kafir itu hidup di atas muka bumi! “Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-Mu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar,” (Nuh [71:26-27]).





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/ag ... 70413#ixzz5XJ5CxfuX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:26 PM | Show all posts
Nabi Soleh a.s:

“Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina daripada Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku.

Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya. Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan. Maka ketika datang azab Kami, Kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat daripada Kami, dan Kami selamatkan mereka daripada azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Dan orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing,” (Hud [11:64-67]).



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/ag ... 70413#ixzz5XJ5HSdZB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:27 PM | Show all posts
Nabi Musa a.s. terhadap Firaun:

“Dan Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua kaumnya barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka daripada jalan-Mu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,” (Yunus [10:88]).



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/ag ... 70413#ixzz5XJ5X0nfs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 09:27 PM | Show all posts
Setelah tahu betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada kita sehingga sanggup menyimpan doa istimewa yang diperuntuk khusus kepada baginda untuk memberikan syafaat di akhirat kelak, maka sudah sewajibnya kita semua membalas penghargaan dan menyambut cinta baginda dengan benar-benar menjadi Muslim sejati sebagaimana manual yang baginda tinggalkan.

Mungkin ada menganggap remeh simpanan doa syafaat di akhirat kelak. Ketahuilah! Usahkan kita, para nabi pun gentar dan resah mengenangkan kegemparan kiamat sehingga mereka mengucapkan:

“(Pada hari ini iaitu hari kiamat, urusan kalian) adalah sendiri-sendiri. Pergilah kamu meminta bantuan (syafaat) kepada nabi lain selain aku …. [ini adalah petikan pendek daripada sebuah hadith yang panjang],” - Sahih Bukhari dan Muslim.

Ayuh! Marilah kita berdoa agar dikurniakan cinta kepada Rasulullah SAW dan berpeluang mendapat siraman doa yang baginda simpan untuk kita semua di akhirat kelak. Allahumma Solli Wa Sallim Wa Barik ‘Ala Muhammad!

Sayang 
Rasulullah SAW kepada umatnya, sewajibnya kita menghargai dengan menjadi Muslim sejati.

Ada menganggap remeh simpanan doa syafaat itu. Ketahuilah usahkan kita, para nabi pun gentar mengenangkan kedahsyatan 
kiamat.

Para nabi lain 
sudah menggunakan doa istimewa diperuntukkan Allah kepada mereka seperti Nuh, Soleh, Musa.

Antara pengorbanan terbesar Rasulullah SAW ialah menyimpan doa mustajab (syafaat) pada hari kiamat untuk umat baginda.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/ag ... 70413#ixzz5XJ5cyimH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 08:55 AM | Show all posts
12 Rabiulawal 1440

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

All praises to Allah for blessing us with this moment in welcoming this special day, a day of remembrance, a day where our hearts are full of gratitude and deep love for the Prophet Muhammad (upon whom be Peace!). May love in our hearts grow deeply for the Beloved and that all of us be united with the Beloved in Heaven!

Now hath come unto you a Messenger from amongst yourselves: it grieves him that ye should perish: ardently anxious is he over you: to the Believers is he most kind and merciful.

(9:128)

"They must see that to believers God, Glorious and Most Exalted, tells them that the Holy Prophet, upon whom be Peace, is the Seal of the Prophets; the Universal and Final Messenger of God to mankind; the Lamp spreading Light; God's Mercy to all creatures' exalted in character and nature as the standard for mankind; the Examplar par excellence - and many more. God has established in our hearts recognition and acknowledgement of his superiority and excellence over all other men; and it is these supreme qualities of the Holy Prophet, upon whom be Peace, that must be stressed to the Muslim audience of all ages".

Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas
Islam and Secularism





SOURCE

https://www.facebook.com/hikmafellowship/photos/a.963463897147569/1107884399372184/?type=3&theater






SUMBER ASAL :




https://www.facebook.com/hikmafellowship/photos/a.963463897147569/1107884399372184/?type=3&theater














Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 10:30 AM | Show all posts
tu atas tu bait puisi nuruddin ar raniri
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak berapa layan ikim le ni. Byk yg saya tak suka. Huhuhu.

Bila orang tak berapa suka, maknanya apa?

Pasal apa saya tak suka? Lebih byk saya dgr, lebih byk lupa kpd Allah. Sebab itu saya tak berapa suka.

Sekian. Terima kasih lah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 06:11 PM | Show all posts
manusia setan je tak suka ikim
jenis perasan alim, diri sendiiri menjadi kera sombong tapi xreti nak suluh
kasihan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2020 08:12 PM | Show all posts
khutbah arafah........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2020 08:13 PM | Show all posts
i guess the Hagia Sophia opening ,  is also a gift to all ummah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062556 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list