View: 10703|Reply: 19
|
FAKTA MENARIK TENTANG GEOGRAFI DUNIA
[Copy link]
|
|
Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Berikut merupakan antara fakta yang menarik mengenai geografi bumi.
1 - Delta Danube merupakan delta Eropah terbesar dan paling terpelihara selepas Delta Volga.
2 - Tasik Tanganyika merupakan tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam di dunia.
3 - Empat mata angin utama ditentukan mengikut kutub dan arah putaran Bumi.
4 - Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, dan juga merupakan laut/tasik termasin di dunia.
5 - Sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat.
6 - Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia, tetapi bukan yang terbesar.
7 - Hemisfera utara mempunyai 90% dari jumlah penduduk bumi.
8 - Masa di Kutub Selatan mengikut zon masa New Zealand.
9 - Air terjun Angel di venezuela adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter.
10 - Walaupun Peta berbentuk statik dua dimensi, boleh menggambarkan dengan tepat secara geometri ruang tiga dimensi.
11 - Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
12 - Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air.
13 - Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada.
14 - Air terjun Niagara sebenarnya terdiri daripada tiga buah air terjun.
15 - Tasik-Tasik Besar membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks tt atas perkongsian yg menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Info menarik. Ramai muda mudi sekarang kalau ditanya sungai apa yang terpanjang di dunia sebut Sungai Amazon yang sebenarnya sungai terbesar di dunia. Keliru dengan Sungai Nil... geografi dan sejarah kurang belajar kot |
|
|
|
|
|
|
|
Last belajar geo time form 3.. Paling best belajar bab latitud dgn longitud. Walaupon tak ingat nama cikgu yg mengajar tu tp sampai skrg igt lagi wajah dia. Dia cikgu cina. Dressup dia selalu pakai skirt paras betis & rambut dia akan ikat pony. Thank you cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
nice info.
TQ TT |
|
|
|
|
|
|
|
nice tt..my favret subject geography sejak kecik lagi..walaupun spm takda geo. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah tt. Info yang bagus untuk dikongsi |
|
|
|
|
|
|
|
Ivysaur replied at 14-6-2019 09:34 AM
Info menarik. Ramai muda mudi sekarang kalau ditanya sungai apa yang terpanjang di dunia sebut Sunga ...
Sy baru Tau, bdk2 skrg belajar geography sampai form 3 je. Ptt la poor knowledge psl dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nice info.. Teruskan share more info |
|
|
|
|
|
|
|
Nice info! Saya suka baca fakta2 macam ni, sgt menarik. Hope you share more in the future! |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta yang sangat menarik! Suka baca.. Tq |
|
|
|
|
|
|
|
good sharing! |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yang tahu dah nile river is the longest river in the world ---
tapi -- amazon river --- contains the most volume of water --
tu yang different
-- Nile lebih panjang dari amazon about 250km -
so walau pun sungainya besar - tapi a bit shortened in length -
amazon has the largest drainage - and habitat for countless species -
and dangerous -
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|