View: 1899|Reply: 1
|
Asya'irah Dan Maturidiyah Bersama Dengan Muktazilah Dalam Masalah Hadis Ahad Tid
[Copy link]
|
|
Dalam Kitab at-Tauhid (hlm. 8, lihat juga: al-Maturidiyah oleh Ahmad al-Harbi, hlm. 128, Kitab at-Tauhid, hlm. 223, dinukil dari al-Firaq al-Islamiyyah wa Ushuliha, oleh Abdul Fattah Fuad, hlm. 244):
al-Maturidi secara gamblang mengatakan bahawa khabar yang tidak mencapai darjat mutawatir wajib diamalkan. Akan tetapi, ia tidak mencapai tingkatan yakin dalam menghasilkan ilmu.
Dalam menyikapi khabar ahad, para pengikut al-Maturidi juga mengikuti manhaj itu. An-Nashiri berkata, "Khabar ahad itu mewajibkan amal, tetapi tidak mewajibkan ilmu. Selain itu, akidah tidak dapat dibangun di atas pondasi khabar ahad. Sebab ia tidak menghasilkan ilmu yakin." At-Tiftazani berkata, "Di bidang akidah, dengan memerhatikan keterpenuhan syarat, khabar ahad hanya menghasilkan zhann (sangkaan)."
(Lihat: Kitab at-Tauhid, hlm. 9-10)
[Ruj: Ensiklopedi Aliran Dan Madzhab Di Dunia Islam, hlm. 812. Terbitan: Pustaka al-Kautsar]
Adapun Ahli Sunnah Wal Jamaah menerima khabar ahad sebagai hujah dalam akidah jika syarat-syarat diterimanya terpenuhi, maka hadis tersebut menjadi hujah dan wajib diamalkan sesuai dengan pendapat jumhur ulama. Baik hadis ahad itu statusnya sahih lidzatihi atau sahih lighairihi, hasan lidzatihi atau lighairihi. Bahkan sebahagian ulama menyatakan bahawa hadis ahad harus diketahui dan diamalkan (Jawami' al-Ulum wa Fadhlihi, 2/42)
[Ruj: Pemikiran Hadis Mu'tazilah, hlm. 77. Terbitan: Pustaka Firdaus]
Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengemukakan dalil-dalil mengenai kehujahan hadis ahad. Berkaitan dengan hal ini, Imam asy-Syafie menulis satu bab khusus membahas masalah ini dalam kitab ar-Risalah (ar-Risalah, hlm. 159). Begitu juga Imam al-Bukhari, beliau menulis satu bab khusus dalam Sahihnya untuk menolak pemikiran kaum Muktazilah yang mengingkari hadis ahad.
[Ibid, hlm. 79]
Imam al-Bukhari berpandangan bahawa khabar ahad ialah hujah dalam hukum. Hal ini telah disebut oleh Imam al-Bukhari dengan panjang lebar, sehinggakan beliau menjadikannya salah satu topik besar dalam karya Sahihnya dengan katanya: "Kitab Akhbar al-Ahad". Di bawah topik ini diletakkan beberapa subtopik bagi membincangkan kehujahan khabar ahad.
[Ruj: Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari, hlm. 47. Terbitan: DBP]
Boleh dikatakan hampir kesemua kitab-kitab Musthalah al-Hadis terdapat pembahasan mengenai kehujahan hadis ahad dan bantahan terhadap orang-orang yang menolaknya. Bahkan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (yang mereka dakwa sebagai Asya'irah) juga berusaha mementahkan bukti-bukti kaum Muktazilah mengenai hadis ahad.
[Ruj: Pemikiran Hadis Mu'tazilah, hlm. 79. Terbitan: Pustaka Firdaus]
Mereka menolak hadis ahad hanyalah disebabkan kebanyakan hadis-hadis al-Sifat Allah Swt adalah dari hadis ahad. Mereka berusaha mencari jalan keluar untuk diri mereka, maka muncullah bid'ah hadis ahad tidak menjadi hujah dalam akidah. Walaupun ayat al-Quran sekalipun mereka akan berusaha mentakwilkannya supaya tidak bertentangan dengan akidah mereka, apatah lagi hadis mutawatir.
Bid'ah hadis ahad tidak menjadi hujah dalam akidah ini tidak lain hanyalah alasan mereka untuk menolak hadis-hadis sifat Allah Swt yang bertentangan dengan akidah mereka.
link asal artikel: https://www.facebook.com/penuntut.ilmu.5686/posts/208860146794640
|
|
|
|
|
|
|
|
copy pasta ni leh faham ka
apapon talaki depan mursid dulu
barulah tak keliru...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|