View: 2175|Reply: 3
|
Wacana Minda - Siri bicara online oleh DBP - Peranan ILmu dalam Pengasasan Tamad
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Kali ini , kita insya ALLAH dapat berpeluang mengikuti bicara ilmiah dengan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud berkenaan peranan ILMU dalam PEMBINAAN TAMADUN.
jadi sama sama kita saksikan acara ilmiah ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bidang keilmuan apa yang paling sukar dikuasai dan diamalkan dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan persekitaran?
Senibina (architecture), kejuruteraan (engineering), perubatan, ekonomi dan kewangan? Memang, bidang2 ini amat sukar, dan mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia.
Tapi tidak yang paling sukar dan rumit. Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Mencipta Segala tidak menurunkan para Nabi dan Rasul sejak dari Adam AS sehingga Muhammad SAW untuk mengajar manusia bidang2 ini yang boleh berubah mengikut zaman.
Para Nabi dan Rasul mengajarkan dengan tepat ilmu2 yang benar tentang Tuhan, Insan dan Segala Makhluk dan memberikan contoh2 terbaik. Bidang agama (meliputi pandangan alam, adab-akhlak, ibadat, syariat) tersangat sukar sehingga Allah menurunkan mereka. Tanpa mereka, manusia boleh terjebak dgn kejahilan, kekeliruan dan extremisme yg dasyat. Impak mereka sangat besar, di dunia dan akhirat.
Malah individu2 lain yang bukan Nabi dan Rasulpun mempunyai impak besar kpd sebahgian penting manusia dalam waktu yang lama seperti Plato, Aristotle, Buddha, Kong Ho Chu (Confucius) dll.
Kita harus bersikap benar dalam menilai darjat kesukaran dan kerumitan setiap bidang ilmu agar kita berlaku adil dan tidak zalim dan biadab kpd Tuhan, Nabi dan Rasul dan semua yang lain, dan tidak tertipu dengan perkara2 zahir semata-mata.
https://www.facebook.com/Wan-Moh ... 497964934/?tn-str=k*F |
|
|
|
|
|
|
| |
|