View: 12065|Reply: 14
|
Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!
[Copy link]
|
|
Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri. Tanpanya, maka akan hambar dan tidak sempurnalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.
Pun begitu, ia tidak selalunya indah kerana ada sahaja masalah yang boleh timbul ketika projek asmara.
Kadangkala, ada isteri yang akan mengadu sakit tatkala ditusuk suami ketika sedang asyik melakukan proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Kenapa?
Tentu sekali ia adalah disebabkan faraj kurang basah. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara mengatasinya!
Apa punca faraj kurang air ketika berasmara?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa punca sebenar faraj kering terlebih dahulu.
Faraj kurang basah adalah disebabkan oleh kekurangan air yang keluar pada permukaan alat sulit wanita ketika zakar memasukinya.
Cecair ini adalah penting untuk dijadikan sebagai pelincir semula jadi bagi memudahkan proses senggama.
Namun, tidak semua isteri mampu menghasilkan banyak air ketika bersama suami disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:
#1. Perubahan hormon buat faraj kering
Kelembapan miss V wanita adalah sangat bergantung kepada tahap estrogen dalam tubuh badan dan jika ia menurun secara mendadak maka kondisi faraj kering boleh terjadi.
Menopaus bukan satu-satunya perkara yang akan mengurangkan kadar estrogen malah terdapat perkara lain seperti penyusuan susu badan serta pengambilan pil perancang.
#2. Pengambilan ubatan & rawatan tertentu
Ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat fibroid, endometriosis, asma, kanser atau penyakit mental boleh jadi punca isteri kurang air ketika bersama suami.
Bukan itu sahaja, rawatan tertentu seperti pembedahan pembuangan ovari serta ‘douche’ alat sulit wanita juga boleh menjadi punca yang menyebabkan masalah ini.
#3. Durasi foreplay yang tidak cukup
Foreplay atau ringan-ringan adalah adegan asmara sebelum proses penetrasi dijalankan.
Ia merangkumi bersentuhan, berpelukan, berciuman dan menikmati tubuh badan masing-masing bagi merangsang nafsu syahwat.
Proses ini sangat perlu dilakukan sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi memastikan isteri banyak air ketika bersama suami.
#4. Baru mula atau habis haid
Kitaran menstrual wanita akan menentukan peningkatan dan penurunan hormon estrogen.
Sewaktu anda baru mula atau habis datang bulan, inilah ketika kadar hormon estrogen menurun lantas mengakibatkan masalah faraj kering.
Dalam pada itu, penggunaan tampon semasa haid juga akan mendatangkan impak sama kerana ia dicipta khas untuk menyerap kelembapan.
#5. Anda stres buat faraj kering
Buat anda yang belum tahu, rangsangan seksual bukan sahaja bergantung kepada tindak balas fizikal semata-mata malah mental juga.
Stres boleh mengakibatkan kondisi yang dinamakan ‘mental block’ sekali gus menyukarkan rangsangan serta pengeluaran cecair dari faraj.
Oleh itu, cuba elak stres demi seks di kamar tidur yang lebih sihat dan sejahtera.
Apa boleh lakukan supaya isteri banyak air ketika bersama suami?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca faraj kering ketika melakukan hubungan seks.
Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk isteri banyak air ketika bersama suami?
Jawapannya adalah penting untuk kalian teliti semua punca di atas dan lakukan sebaliknya!
Selain itu, para wanita juga mungkin boleh cuba amalkan 8 jenis makanan berikut untuk kesihatan miss V serta kehidupan seks yang lebih baik:
- Buah kranberi – tinggi dengan sebatian asid, antioksidan, vitamin E dan vitamin C yang boleh melawan bakteria daripada menyerang dinding pundi kencing.
- Buah avokado – tinggi dengan lemak yang sihat, potasium dan vitamin B-6 yang berupaya meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi faraj.
- Buah epal – phytoestrogen phloridzin yang terkandung di dalamnya membantu merangsang fungsi seksual, rangsangan, orgasma serta lubrikasi faraj.
- Kacang soya – phtoestrogens yang terdapat di dalamnya hampir menyerupai estrogen dalam tubuh badan yang boleh membantu menyelesaikan masalah kurang estrogen serta faraj kering.
- Ubi kentang – tinggi dengan beta karotena dan vitamin A yang mampu membantu melindungi dan menguatkan dinding rahim serta bagus untuk mereka yang ada polycystic ovary syndrome (PCOS).
- Lemak sayuran – kaya dengan lemak asid Omega-3 yang boleh melancarkan pengaliran darah sekali gus menyemarakkan lagi kemahuan dan kemampuan seksual serta menyelesaikan masalah faraj kering.
- Tumbuhan hijau – kaya dengan vitamin E, magnesium dan kalsium yang sangat bagus untuk semua otot dalam tubuh badan termasuklah otot faraj sekali gus membuat isteri lebih banyak air ketika bersama suami.
Sumber : hellodoktor.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jemput jempat.. membincangkan topik ini dgn munyungguhnyaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh laki ludah sikit kat zakar tu... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Alang alang cerita pasal miss v siape boleh bagi tips nak putihkan and hilangkan kerak di miss v |
|
|
|
|
|
|
|
Faktor utama aku rasa ransangan.. kau kita bernafsu dgn seseorg tu mst cpt berair.. sembang2 biasa pun dah berair.. tp kalau kurang teransang batang dah masuk pun air tak byk... gitewwe.. tp bergantung pd pengalaman masing2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-10-2020 08:40 AM
Jemput jempat.. membincangkan topik ini dgn munyungguhnyaa..
Apa yang hang menyungguh bincang kehkeh..terbaik tt!siap mcm nota ada kaler2 utk main point..err camtu eh link kohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
HYSB: Alang alang cerita pasal miss v siape boleh bagi tips nak putihkan and hilangkan kerak di miss v
Laser kat klinik aesthetic.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah 2-3 kali tu melecet sebab kering sgt, tak pasal2 aku kena infection, so jgn main main bab bab basah kering ni, kalo nak rasa mcm mana peliar korang bengkak dipersila kan |
|
|
|
|
|
|
|
mmber ckp pakai apple cider.. dia basuh guna tu la kt miss v..
dia kta makin cerah la.. brtul ke idak xtau la..sbb aku xpenah la tgk sblm dan slepas 🙊
|
|
|
|
|
|
|
|
nasha82 replied at 25-10-2020 12:42 PM
mmber ckp pakai apple cider.. dia basuh guna tu la kt miss v..
dia kta makin cerah la.. brtul ke ...
Hahahahhaha tulah takkan nak tunjuk resultkan.. terima kasih kaka |
|
|
|
|
|
|
|
Peerrrh tajuk dahsyat. Patutnya dlm forum ni kena ade rate 18+ pembacaan. |
|
|
|
|
|
|
|
reporter cari bukak tred ni sbb terinspirasi dgn benang aku ke |
|
|
|
|
|
|
|
*cough**cough*
|
|
|
|
|
|
|
|
no wonder byk content budak2 kat tiktok minum air cranberry nih.
hawau sungguh budak zaman skang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|