|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:26 PM
Ringkasan Sesi ke-4 Bicara Buku “Islam dan Sekularisme”: Dilema Muslim Bersama PM Dr. Khalif Muammar A. Harris | 12hb November 2020Ringkasan Sesi ke-4 Bicara Buku “Islam dan Sekularisme”: Dilema Muslim Bersama PM Dr. Khalif Muammar A. Harris | 12hb November 2020
Pada abad ke-16 dunia Islam mengalami kemunduran, khususnya dalam aspek ekonomi. Dengan berlakunya penjajahan pada abad ke-17 maka berlakulah titik hitam dalam sejarah tamadun Islam. Serangan tidak lagi dalam bentuk ekonomi dan politik tetapi yang lebih bahaya lagi iaitu serangan intelektual serta menguasai umat Islam dari segi pemikiran yang menyebabkan berlakunya deislamisasi pemikiran orang Islam. Akibatnya, Barat berjaya memancarkan pandangan alamnya terhadap pemikiran orang Islam.
Pertembungan ini akan terus kekal memandangkan kedua-dua Islam dan Barat saling menolak pandangan yang lain; Barat akan pertahankan pandangan alamnya; manakala orang Islam pula akan terus berpegang teguh dan pertahankan pandangan alamnya. Barat akan terus melihat Islam sebagai saingan di pentas dunia yang mempunyai kekuatan untuk melawan serta mencabar kepercayaan dan prinsip asasinya. Prinsip, konsep dan permasalahan dari sudut teologi, etika dan metafizik sebagai contoh bertentangan antara Islam dan barat. Perkara ini merupakan sebab-sebab luaran kepada masalah umat Islam. Persoalan penting seterusnya ialah apakah sebab masalah dalaman umat Islam sehinggakan sebab-sebab luaran ini dapat mudah meresap masuk ke dalam pemikiran orang Islam? Apakah akar masalah dan punca sebenar masalah umat islam?
.....sambungan lanjut rumusan di pautan ini
https://www.utm.my/.../ringkasan-sesi-ke-4-bicara-buku.../
Disediakan oleh: Siti Nur Alaniah Binte Abdul Wahid (Pelajar Doktor Falsafah RZS-CASIS)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:26 PM
PAUTAN ASAL
https://www.utm.my/casis/blog/20 ... 7kwI5KjTmE6FqCjybuM
Ringkasan Sesi ke-4 Bicara Buku “Islam dan Sekularisme”: Dilema Muslim Bersama PM Dr. Khalif Muammar A. Harris | 12hb November 2020
by shajar233 | Nov 12, 2020 | Book Discussion, Events, Islam dan Sekularisme
Disediakan oleh: Siti Nur Alaniah Binte Abdul Wahid (Pelajar Doktor Falsafah RZS-CASIS)
Pada sesi ke-4 ini, Dr. Khalif menjelaskan terlebih dahulu berkenaan buku “Islam dan Sekularisme” yang dituliskan khusus bagi memberikan penjelasan tentang jalan keluar pemecahan masalah yang dihadapi oleh Umat Islam pada masakini. Bab yang dibincangkan adalah bab yang paling penting yang boleh dikatakan kemuncak penulisan karya ini. Dua bab pertama adalah berkenaan latar belakang masalah, kemudian bab yang ke-3 pula membezakan Islam dengan Barat, manakala bab ke-4 ini membincangkan tentang akar masalah umat Islam. Sejajar dengan tajuk buku ini, “Islam dan Sekularisme”, ianya bukan hanya membahaskan tentang pandangan Islam terhadap Sekularime, juga bukan sekadar mendefinisikan Islam dan Sekularisme, tetapi misi sebenar buku ini ialah untuk membincangkan bagaimana umat Islam dapat keluar daripada kemelut, iaitu yang disebut oleh al-Attas sebagai “dilema Muslim”. Bahkan sebahagian besar karya ini memberikan penjelasan tentang masalah sebenar serta jawapan bagi masalah tersebut.
Dr khalif kemudian menyentuh perihal betapa pentingnya untuk menganalisa dan membuat kajian yang mendalam tentang sesuatu masalah. Walaupun adanya pemikir yang mengkaji masalah, tetapi hanya sedikit sahaja yang benar-benar tahu akan akar masalah, manakala ramai yang lainnya tersilap dalam mengenalpastinya. Akar masalah umat Islam pula perlu difahami dengan melihat latarbelakang sejarah pertembungan Islam dan Barat. Antara beberapa persoalan penting yang berkait dalam hal ini yang perlu kita ketahui serta memahami jawapannya adalah; kenapa Islam dan Barat saling bertembung; mengapa Barat menentang Islam; dan mengapa Islamofobia banyak berlaku pada masakini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:27 PM
Isu Barat menentang Islam ini adalah satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Perlu difahami bahawa Barat di sini merujuk kepada sebuah tamadun atau peradaban yang mana menurut sejarah, mereka ini telah melakukan serang-serangan dan kritikan-kritikan yang hebat terhadap sumber-sumber ajaran Islam serta terdapat banyak kajian tentang Islam yang tidak objektif, antara contohnya, orientalis sejak abad ke-16 mendakwa bahawa al-Qur’ān yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam itu adalah karya yang diinspirasikan iblis. Kebanyakkan kajian Orientalis terhadap Sharī‘ah, al-Qur’ān, Hadīth dan Rasūlullāh ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam memberikan gambaran yang buruk. Islamofobia pula bukan sesuatu yang baru berlaku, bahkan ia boleh dilihat telah berlaku sejak abad ke-16 lagi.
Al-Attas melihat akar pertembungan Kebudayaan Barat dengan Islam ini telah bermula bibitnya daripada perkembangan agama Kristian yang merupakan salah satu unsur yang utama Kebudayaan Barat. Terutama sekali apabila Islam muncul sebagai sebuah peradaban, Barat semakin rasa terancam dengan kehadiran pengaruh Islam. Di sini al-Attas menerangkan apa yang berlaku sehingga pertembungan ini tidak dapat dielakkan dan akan berkekalan. Namun kita perlu sedar bahawa memahami hakikat pertembungan Kebudayaan Barat dengan Islam yang berterusan dan kekal ini tidak harus disamakan dengan makna menanam rasa kebencian. Persoalan yang lebih penting adalah apa yang boleh dilakukan oleh Kaum Muslimin untuk bersedia menghadapi serangan-serangan yang tidak akan sunyi ini dan bagaimana dapat kita menjawab tuduhan-tuduhan yang telah dilontarkan.
Sebelum itu, penting juga untuk kita peka tentang adanya di kalangan umat Islam yang cenderung pendekatannya terhadap Kebudayaan Barat dan ini terbahagi kepada dua golongan. Pertama, pendekatan sekular dan liberal, iaitu mereka yang tunduk terhadap Barat. Bilamana Barat mengutarakan perselisihan mereka terhadap sesuatu dalam agama Islam, maka golongan ini juga sama mempertikaikan ajaran Islam, lalu akan timbul golongan pertikaian terhadap kitab suci al-Qur’ān.
Mereka membenarkan apa yang didakwa oleh Barat dan berpendapat bahawa Islam dan al-Qur’ān yang perlu diubah; kedua, golongan Modernis, iaitu mereka yang cenderung untuk mentafsirkan teks sesuai dengan kemajuan Modernisme. Oleh kerana mereka berasa tidak yakin dengan apa yang ada dalam agama Islam, maka mereka cuba untuk mentafsirkan semula ajaran Islam. Mereka tidak mempertahankan Islam, Sharī‘ah, Nabi Muhammad ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam dan Al-Qur’ān, tetapi sebaliknya bagi mereka ini, Islamlah yang perlu melakukan penyesuaian terhadap perkembangan zaman.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:29 PM
Oleh itu, Al-Attas menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengenal, mengkaji dan mendalami Islam dengan baik supaya mereka tidak menjadi keliru sepertimana yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini, iaitu kepentingan memahami Islam sebagai al-Dīn dan bukan memahami agama dalam ruang lingkup yang sempit. Begitu juga memahami adanya keistimewaan dan keunggulan yang tidak terperi dalam agama Islam yang tiada terdapat dalam agama lain supaya tiada timbul rasa ‘ketidakpercayaan’ dalam diri. Pentingnya bagi Kaum Muslimin untuk kenal ‘ruh’ Islam, bukan sahaja ‘rupa’ Islam.
Dr Khalif mengingatkan kita agar tidak terpukau dengan keindahan rupa dan luaran sesuatu kerana keindahan luaran itu akan pudar. Islam, contohnya, pada suatu masa dahulu memerintah dunia, namun kini Islam dalam keadaan yang tidak lagi berkuasa maka sebahagian Kaum Muslimin telah lentur ‘aqidahya dan mula meninggalkan ajaran Islam. Mereka yang mengenal ‘ruh’ Islam dan yang teguh pendirian adalah mereka yang memahami bahawa yang ada pada kelebihan Islam itu adalah bukan pada rupa tetapi ruhnya.
Dr Khalif juga menekankan tentang kewibawaan al-Attas sebagai tokoh sejarah, bukan sekadar terhadap satu bangsa tetapi dalam sejarah dunia. Beliau bukan sekadar seorang ahli falsafah, pemikir, dan Ulama, tetapi juga keunggulan dalam bidang sejarah yang dapat kita perhatikan perbincangannya dalam bab ini.
Jadi, apakah akar pertembungan antara Islam dan Barat dan mengapa berlakunya Islamofobia? Inilah antara persoalan yang ingin dijawab pada permulaan bab ke-4 ini. Sebahagian daripada cara pemecahan masalah adalah dengan memiliki Ilmu tentang sebab bagi dilema yang kita hadapi. Dengan mengenal akar sesuatu masalah, kita dapat mengenali masalah yang sebenar. Dan bagi memecahkan dan selesaikan sesuatu masalah, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti apakah yang menyebabkan sesuatu masalah itu berlaku.
Dari situ barulah kita dapat kenal akan akar masalah tersebut. Di sini, penyebab masalah dan kerosakan dalam masyarakat adalah berpunca dari masalah luaran dan dalaman. Hakikat pertembungan Islam dan Barat adalah merupakan masalah luaran umat Islam, oleh itu mereka yang cenderung menafikan wujudnya hakikat ini adalah mereka yang “buta sejarah” kerana telah jelas dalam bab ini bagaimana al-Attas mendedahkannya dengan bukti-bukti yang nyata. Malahan walapun tanpa bukti sekalipun, pertembungan antara pandangan Islam dan Barat serta kebencian Barat terhadap Islam adalah satu hakiki dan nyata. Contohnya peristiwa sejarah yang berlaku di alam melayu adalah antara bukti yang menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh kuasa Barat apabila mereka datang dan menjajah di sini. Mereka menghancurkan pusat-pusat ketamadunan Islam seperti apa yang berlaku ke atas Melaka. Melaka diserang begitu ganas sekali sehingga wanita dan kanak-kanak juga dibunuh. Ternyata agak dahsyat apa yang mereka telah lakukan terhadap kota-kota yang dibina oleh umat Islam sehingga tidak lagi kelihatan peninggalan Tamadun Islam kerana ianya telah dihancurkan.
Pertembungan ini bermula dari Barat yang disebabkan kebencian mereka terhadap Islam dan melihat Islam serta umat Islam sebagai musuh. Bibit-bibitnya telah bermula sejak zaman awal pembentukan Krsitian lagi sebelum kedatangan Islam. Dalam kita membicarakan tentang peradaban Barat, maka agama Kristian merupakan bahagian penting dalam peradaban Barat khususnya dari aspek asal usul serta kemunculannya. Walaupun telah ada beberapa agama pada waktu itu, tetapi belum ada satu agama universal. Oleh itu, Kristian dilihat mampu mencapai status sebagai agama universal. Agama yang telah sedia ada pada ketika itu terikat dan tidak dapat keluar dari batas-batas bangsa, kebudayaan dan dunianya sendiri. Yahudi contohnya, merupakan agama etnik, iaitu agama khusus untuk bangsa Yahudi dan tidak menerima bangsa lain untuk menganut agamanya. Manakala Hindu dan Buddha pula punyai sifat dan batas-batas yang menjadi hambatan daripada menjadi suatu agama yang universal. Tetapi Kristian tidak punya kekangan itu, maka dengan sebab itu ia berhasrat untuk menjadi agama universal. Oleh itu, Kristian mendakwa bahawa agama mereka adalah agama universal dan harapan tersebut telah disematkan ketika awal agama itu dibentuk oleh pemuka-pemuka agama tersebut.
Selanjutnya dalam bab ini, al-Attas menerangkan lagi apa yang dimaksudkan dengan agama universal. Gagasan ke’universal’an adalah suatu idea yang hebat yang bukan dari karya manusia. Menurut seorang pemikir dari Perancis, Numa Denis Fustel de Coulange, Yunani yang menyembah patung-patung sebagai kepercayaan mereka juga tidak dikira sebagai universal kerana ia tidak memiliki Tuhan Universal agama Kristian. Agama Kristian sejak dari mulanya cuba menyeru pada seluruh bangsa manusia. Namun pada hakikatnya dan berdasarkan sejarah, agama Kristian tidaklah boleh menampung pelbagai persoalan universal seperti kewujudan, kebenaran, dan kejadian Tuhan bahkan juga tentang seluruh bangsa manusia sendiri.Pemuka-pemuka Kristian ternyata mendapat idea agama universal ini dari wahyu yang diturunkan kepada Nabi Isa tentang bahawasanya akan datang seorang Nabi yang akan membangunkan agama universal- iaitu agama untuk seluruh umat manusia. Ini bermakna bahawa agama dan syariat yang diturunkan kepada Nabi Isa dan juga Nabi Musa bukanlah untuk seluruh umat manusia. Tetapi akan datang pada akhir zaman kelak seorang Nabi yang diutuskan untuk seluruh umat manusia bagi menyempurnakan agama universal yang telah diturunkan oleh Allah pada umat manusia sebelum itu. Dalam pada itu, Nabi Isa ‘alayhi salam telah menyampaikan dan menerangkan kepada para pengikutnya apa yang telah diwahyukan oleh Allah Ta‘ālā, tetapi mereka kemudiannya mengubah isi pokok ajarannya. Mereka mengambil gagasan agama universal dari ucapan-ucapan Nabi Isa dan menerapkannya pada agama ciptaan baru mereka yang dinamakan sebagai Kristian. Di sinilah punca pertembungan antara Islam dan Barat kerana mereka menginginkan agama mereka yang universal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:30 PM
Namun pada hakikatnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam sebenarnya merupakan agama universal yang sejati. Islam, sejak awal kemunculannya, menyeru kepada seluruh umat manusia serta mengikat tali persaudaraan yang erat antara anggota umatnya dari pelbagai bangsa yang tidak pernah dan tidak akan berlaku dalam agama lain. Ukhuwwah yang datang dengan agama Islam ini adalah sesuatu yang istimewa. Kemunculan Islam telah mengubah dunia dan perubahan itu telah memberi kesan kepada Barat kerana ia tersebar luas hingga sampai ke tanah mereka sendiri dan juga tamadun mereka.
Dengan datangnya Islam, tamadun mereka semakin kecil maka bermulalah bibit-bibit permusuhan terhadap Islam. Menurut Henry Pirenne, seorang autoriti besar dalam sejarah Eropah, kedatangan Islam telah menyebabkan kemunduran dalam sejarah Barat, bahkan peradaban mereka juga telah dipengaruhi oleh peradaban Islam. Mereka pada ketika itu berada di zaman kegelapan. Dengan adanya pusat-pusat Pendidikan Islam di Barat, maka Islam telah mendorong semangat Renaissance dalam masyarakat Barat. Pusat-pusat pendidikan ini memancarkan ilmu ke dunia Barat dan dengan ilmu tersebut para pemikir serta cendekiawan Barat memperoleh kembali warisan inteletual dan peradaban kuno mereka yang hilang.
Ini adalah hakikat bahawa Islam memainkan peranan penting dan berpengaruh besar dalam membentuk sejarah dunia sejak dari kemunculannya sehingga selama sekitar seribu tahun sebelum terjadinya serang balas Eropah yang bermula dengan revolusi Sains secara beransur-ansur pada abad ke-13. Dengan berbekalkan ilmu yang mereka ambil daripada Islam melalui penterjemahan buku-buku dan karya seperti Ibn Khaldun, Imam Ghazali dan lain-lain ke dalam Bahasa latin, justeru telah menciptakan zaman Renaissance. Kekuatan intelektual ini terhasil setelah mereka belajar dan perolehi ilmu daripada para ilmuwan Islam lalu kemudiannya mereka melakukan serang balas ke atas umat Islam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Namun pada hakikatnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam sebenarnya merupakan agama universal yang sejati. Islam, sejak awal kemunculannya, menyeru kepada seluruh umat manusia serta mengikat tali persaudaraan yang erat antara anggota umatnya dari pelbagai bangsa yang tidak pernah dan tidak akan berlaku dalam agama lain. Ukhuwwah yang datang dengan agama Islam ini adalah sesuatu yang istimewa. Kemunculan Islam telah mengubah dunia dan perubahan itu telah memberi kesan kepada Barat kerana ia tersebar luas hingga sampai ke tanah mereka sendiri dan juga tamadun mereka. Dengan datangnya Islam, tamadun mereka semakin kecil maka bermulalah bibit-bibit permusuhan terhadap Islam. Menurut Henry Pirenne, seorang autoriti besar dalam sejarah Eropah, kedatangan Islam telah menyebabkan kemunduran dalam sejarah Barat, bahkan peradaban mereka juga telah dipengaruhi oleh peradaban Islam. Mereka pada ketika itu berada di zaman kegelapan. Dengan adanya pusat-pusat Pendidikan Islam di Barat, maka Islam telah mendorong semangat Renaissance dalam masyarakat Barat. Pusat-pusat pendidikan ini memancarkan ilmu ke dunia Barat dan dengan ilmu tersebut para pemikir serta cendekiawan Barat memperoleh kembali warisan inteletual dan peradaban kuno mereka yang hilang.
Ini adalah hakikat bahawa Islam memainkan peranan penting dan berpengaruh besar dalam membentuk sejarah dunia sejak dari kemunculannya sehingga selama sekitar seribu tahun sebelum terjadinya serang balas Eropah yang bermula dengan revolusi Sains secara beransur-ansur pada abad ke-13. Dengan berbekalkan ilmu yang mereka ambil daripada Islam melalui penterjemahan buku-buku dan karya seperti Ibn Khaldun, Imam Ghazali dan lain-lain ke dalam Bahasa latin, justeru telah menciptakan zaman Renaissance. Kekuatan intelektual ini terhasil setelah mereka belajar dan perolehi ilmu daripada para ilmuwan Islam lalu kemudiannya mereka melakukan serang balas ke atas umat Islam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:32 PM
Pada abad ke-16 dunia Islam mengalami kemunduran, khususnya dalam aspek ekonomi. Dengan berlakunya penjajahan pada abad ke-17 maka berlakulah titik hitam dalam sejarah tamadun Islam. Serangan tidak lagi dalam bentuk ekonomi dan politik tetapi yang lebih bahaya lagi iaitu serangan intelektual serta menguasai umat Islam dari segi pemikiran yang menyebabkan berlakunya deislamisasi pemikiran orang Islam. Akibatnya, Barat berjaya memancarkan pandangan alamnya terhadap pemikiran orang Islam.
Pertembungan ini akan terus kekal memandangkan kedua-dua Islam dan Barat saling menolak pandangan yang lain; Barat akan pertahankan pandangan alamnya; manakala orang Islam pula akan terus berpegang teguh dan pertahankan pandangan alamnya. Barat akan terus melihat Islam sebagai saingan di pentas dunia yang mempunyai kekuatan untuk melawan serta mencabar kepercayaan dan prinsip asasinya. Prinsip, konsep dan permasalahan dari sudut teologi, etika dan metafizik sebagai contoh bertentangan antara Islam dan barat.
Perkara ini merupakan sebab-sebab luaran kepada masalah umat Islam.
Persoalan penting seterusnya ialah apakah sebab masalah dalaman umat Islam sehinggakan sebab-sebab luaran ini dapat mudah meresap masuk ke dalam pemikiran orang Islam? Apakah akar masalah dan punca sebenar masalah umat islam?
Menurut al-Attas masalah utama adalah keruntuhan adab (loss of adab).
Ia merujuk kepada hilangnya tiga disiplin, iaitu raga, fikiran dan jiwa (i.e. ‘Aqli, jasadi dan rohani) dalam diri umat Islam. Disiplin ini menuntut akan pengenalan dan pengakuan:
atas tempat yang tepat bagi seseorang yang dalam hubungannya dengan diri, masyarakat dan umatnya,
atas tempat yang tepat bagi seseorang yang dalam hubungannya dengan kemampuan dan kekuatan jasmani; intelektual dan rohaniah seseorang itu;
atas hakikat bahawa ilmu dan wujud itu tersusun secara hierarki.
Setiap yang wujud, baik manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan ada tingkatannya, ada hierarki yang tersusun.
Pengenalan dan pengakuan tentang tempat sesuatu ini semakin menjadi kabur dalam diri umat islam. Disiplin diri memainkan peranan yang sesuai dengan pengenalan dan pengakuan itu lalu terjadilah adab pada diri seseorang dan masyarakat yang mencerminkan keadaan keadilan. Dengan adanya adab (yang memerlukan pengenalan dan pengakuan), maka natijahnya adalah keadilan. Tanpa adab, maka sesuatu itu ditempatkan bukan pada tempatnya maka berlakulah ketidak adilan dan seterusnya menzahirkan kekeliruan dalam ilmu tentang Islam dan pandangan alam Islam. Dek kekeliruan itu, muncul pula pemimpin-pemimpin yang menzahirkan ketidak adilan. Cara bagi menangani masalah kekeliruan dan kesalahan dalam ilmu adalah dengan menyelesaikan terlebih dahulu masalah keruntuhan adab kerana tidak akan ada ilmu yang benar yang boleh diperolehi tanpa pra syarat adab pada diri penuntutnya. Ilmu yang benar itu hanya datang dan diperolehi oleh manusia yang beradab. Manakala manusia yang tidak beradab itu tidak akan mendapatkan ilmu yang benar.
Selanjutnya, berkenaan dengan ilmu tentang Islam dan pandangan alam (worldview) Islam adalah berdasarkan dan merujuk kepada kewibawaan iaitu para ulama dan juga rujukan yang berwibawa. Oleh kerana yang memiliki kewibawaan itu puncaknya adalah Rasūlullāh ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam, maka sesiapa yang mendapatkan warisan ilmu daripada Rasūlullāh ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam dianggap sebagai yang berwibawa. Kewajiban kita ialah memilki sikap yang selayaknya terhadap kewibawaan yang sah iaitu dengan menghormati, cinta, kerendahan hati, dan kepercayaan yang cerdas atas ketepatan ilmu yang dijelaskan oleh kewibawaan tersebut.
Umat Islam harus menerima hakikat adanya tata-tertib berperingkat (hierarchy) yang sah dalam susunan makhluk dan ia merupakan Aturan Tuhan yang meliputi semua yang diciptakan dan ia menzahirkan berlakunya keadilan. Walaupun dari aspek rupa, manusia tampak sama, namun dari aspek ruh, jiwa, dan kekuatan, ianya berbeza dan tidak sedarjat. Allah Ta‘ālā menciptakan manusia dalam pelbagai darjat dan di sebalik perbezaan kemampuan intelektual dan kerohanian itu ada hikmahnya. Hatta Nabi Muhammad ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam kini telah dihilangkan unsur kerohaniannya.
Baginda lebih dianggap sebagai manusia yang berjaya seperti seorang pemimpin atau pengurus dan bukan sebagai seorang Nabi yang dipilih Allah Ta‘ālā untuk menerima wahyuNya. Sifat keunggulan kerohanian Baginda yang seharusnya ditekankan dan bukan semata-mata sifat manusiawi sahaja. Dengan tidak mengenali dan mencintai Baginda maka akan timbul masalah dalam agama dan keimanan kita. Dengan tidak menghormati sususan tata-tertib peringkat kewujudan bahkan menganjurkan serta mengajarkan kekeliruan dan kesalahan dalam ilmu sehingga menyebabkan masyarakat keliru antara farḍ ‘ayn dan farḍ kifāyah yang juga merupakan kehilangan adab.
Masalah yang mendasar adalah masalah pendidikan (ta’dib) di mana telah hilangnya pertimbangan yang betul antara ilmu farḍ ‘ayn dan farḍ kifāyah justeru menyamaratakan ilmu kededua ni. Oleh itu dalam bab seterusnya Al-Attas ada menerangkan bagaimana pendidikan Islam yang telah dirosakkan akibat daripada faham-faham modernisma serta golongan sekular dan modernis ini dapat dipulihkan kembali sepertimana yang diwariskan dan disepakati oleh ulama besar berdasarkan ajaran Rasūlullāh ṣallalāhu ‘alayhi wa sallam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:32 PM
Ringkasan Sesi ke-2 Bicara Buku “Islam dan Sekularisme”: Sekular – Sekularisasi – Sekularisme bersama PM Dr Khalif Muammar A. Harris | 29hb Oktober 2020
by shajar233 | Nov 4, 2020 | Book Discussion, Islam dan Sekularisme
Oleh Muhammad bin Mohamad Idris (Pelajar Sarjana di RZS-CASIS)PAUTAN ASAL
https://www.utm.my/casis/blog/20 ... -29hb-oktober-2020/
Bab ini menghuraikan takrif dan hakikat sekularisme sebagai program falsafah; masalah dan kesannya terhadap Kristian; tentangannya terhadap Islam; dan Islamisasi sebagai respon proaktif terhadapnya. Pengarang juga memuatkan takrif sekularisme dengan merujuk karya Harvey Cox dan faham-faham yang berkaitan yang dikembangkan oleh sarjana Barat sendiri, seperti Max Weber. Terdapat tiga dimensi sekularisasi iaitu penghilangan pesona daripada alam tabi‘ī; peniadaan kesucian dan kewibawaan agama daripada politik; dan penghapusan kesucian dan kemutlakan nilai-nilai daripada kehidupan.
Secara hakikat, ancaman program falsafah sekularisme tidak mampu menggugat kemuliaan agama Islam namun begitu sebahagian Muslim telah terkeliru akan fahaman ini. Ini berlaku akibat beberapa pemimpin yang telah terjajah akalnya kerana pengaruh pendidikan di Barat. Kekeliruan juga timbul perbuatan sesetengah pihak yang menayangkan sekularsime bukan pada hakikat yang sebenar. Mithalnya, sekularisme (sīkular) yang diistilahkan sebagai ‘ilmāniyyah dan ‘almāniyyah. Kekeliruan berlaku kerana kedua dua istilah ini berakarkatakan ‘’ilmu’ yang membawa kepada pemesongan pandangan kepada pihak yang menolak sekularisme juga bermaksud menolak ilmu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-11-2020 04:33 PM
Sementara itu, masalah yang dihadapi oleh Kristian dalam berdepan dengan sekularisme menunjukkan agama berkenaan seolah-olah bersedia mengalami proses sekularisasi.
Kesan modenisme telah membawa kepada hala tuju baru daripada ‘theocentricism’ kepada ‘anthropocentricm’ iaitu pemusatan kepada manusia semata-mata tanpa kaitannya dengan Yang Pencipta.
Perubahan pusat agama dari Jerusalem ke Rom ini menandakan berlakunya proses pembaratan yang membawa kepada bibit penolakan kewibawaan yang terdapat dalam proses sekularisasi, kerana Rom merupakan pusat Empayar Romawi. Kesan sekularisasi juga bertambah apabila penerapan yang salah falsafah Yunani dalam teologi dan metafizik Barat pada abad ke-17 melalui René Descartes yang membuka kepada metod pencarian ilmu melalui keraguan dan skeptisisme. Kesan pembaratan Kristian inilah menatijahkan kepada pengaruh ateisme, agnostisisme, utilitarianisme, materialisme dialektik, evolutionisme dan historisisme secara berturut pada abad ke-18 hingga kini.
Sedangkan pada peringkat awal, pihak gereja menolak sekularisme kerana terdapatnya perbezaan yang mendasar terhadap tiga dimensi sekularisme. Misalnya amalan asli metafizik Kristian bersifat tertutup sedangkan sekularisme yang bersifat terbuka. Kegagalan Kristian melawan sekularisasi apabila menerima falsafah Yunani di mana falsafah ini sendiri mempunyai elemen sekularisasi misalnya pemisahan antara Tuhan dan sains. Maka secara tidak langsung, ahli modenis Kristian menyuarakan kepentingan Kristian untuk menerima sekularisme.
Tindakan mereka dengan mengambil caragaya dan meyakini evolusi sebagai mengatasi yang dihadapi hanya sia sia kerana tidak juga menemui jawapan yang muktamad.
Islam juga menolak faham evolusi kerana faham berkenaan bercanggah dengan faham dan amalan falsafah sejarah Islam dan hakikat penciptaan dan kemuliaan insan yang bermula daripada Nabi Adam. (lihat karya A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri, h. 460; dan On Justice and The Nature of Man oleh Syed Muhmmad Naquib al-Attas).
Al-Qur’an yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad telah sedia lengkap sepenuhnya dan Para Sahabat menyedari akan hakikat ini untuk menghimpunkannya. Tanzil ini juga memuatkan hakikat sebenar Nabi ‘īsā, bahasa yang lengkap sempurna dan mengesahkan hakikat Islām sebagai sebuah agama baru yang namanya diberi oleh Tuhan. Malah, keunggulan hati, fikiran dan akhlakiah Rasulullah diimani, diteladan dan diamalkan oleh Para Sahabat yang kemudiannya menjadi epistemologi kepada umat Islam. Hatta Islām tiada memerlukan caragaya evolusi untuk umatnya tiba pada kebenaran kerana hakikat kemuliaan agama ini merentas zaman.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahas betul2 la .Hukuman zina rotan 100 ditukar denda 2 K penjara 6 bln bukan sekular ke ??? Jgn copypaste je .Dah perangai cam Meja copypaste kayaraya . |
|
|
|
|
|
|
|
“Significance of Defining Key Terms in Islam”
___________________________________________
Continuing from previous lecture, Prof. Wan began the 4th Instalment of the Saturday Night Lecture 10th Series by referring to an introduction of the sub-chapter entitled Definitions of Knowledge from Chapter Two of his book; The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas, as follows:
“To define (taḥdid) something or an object of knowledge is to be involved in a precise intellectual effort which is greatly appreciated in Islam by all schools of thought with very rare exceptions among individual scholars. Even in these exceptional cases, the opposition has been not on the importance of defining terms and concepts as such, but more on the over-emphasis of logic as the only discipline for such purpose. Al-Attas has pointed out that one of the key indications of the bankrupt state of modernist Muslim intellectualism, due to their blatant undermining of the great intellectual and spiritual works of the past, is the lost of science of proper definition, which was a major characteristic and achievement of the Islamic intellectual tradition.”
In overview, refering to the above introduction, there are several important key-terms according to worldview of Islām and its’ definitions, as per expounded by Prof al-Attas, were discussed in the this particular lecture by Prof. Wan, namely human (insān), development (islāh), happiness (sa’adah), religion (Dīn al-Islām), God (Allah) and knowledge (‘ilm).
...to read further, go to
https://www.utm.my/.../significance-of-defining-key.../ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hargai lah usaha beliau... jika nak berbahas ... boleh utara kan pendapat sendiri... bukan menutur bait2 ayat seperti tu...
Rasa nya ramai akan berminat nak berbahas dengan abcdotcom
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 21-11-2020 05:23 PM
Hargai lah usaha beliau... jika nak berbahas ... boleh utara kan pendapat sendiri... bukan menutur ...
Masalahnya abg X suka copypaste .Mcm meja copypaste viral 1 Dunia ...Copypaste budk Tadika pun tahu .Abg penat tulis pnjg2 mod ttp thread abg .Dah la dia kaki copypaste .Semua thread dia copypaste.Hipokrit . |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan gtu ...
Kurang kurang dia usaha juga tarik porumer masuk Board ni.
FC hargai usaha beliau.
Abg penat tulis pnjg2 mod ttp thread abg Alaaa abang ni... abang pun tau Peraturan camne kan ...
Fc pun dah ajar abang kalo takmo Thread d tutup. Jangan tepek artikel yang bergambar sahaja.
Tak kesian ka dengan Mod yang bertugas bang..?
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 21-11-2020 05:33 PM
Jangan gtu ...
Kurang kurang dia usaha juga tarik porumer masuk Board ni.
Bukan ISU Tu FC.Jadual Disember ke Sarawak mcm 2 keje tp kena postpone SBB Covid19.Mod perlu bljr kehendak pelayar yg bukan berdaftar atau berdaftar .Free world . |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf la kurang memahami bang ...
Banyak masalah timbul kerana Covid ... abang tu jager diri bebaik tau
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 21-11-2020 05:43 PM
Maaf la kurang memahami bang ...
Banyak masalah timbul kerana Covid ... abang tu jager diri beba ...
TQ FC ..Sama 2 Kita doa Covid19 berakhir ...duit Tabung Haji ,ASB dah jarah byk ni sejak Mac MCO ..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|