|
Assalamualaikum semua.. Nama aku Lilith (bukan nama sebenar), berusia lewat 30-an. Daripada tajuk boleh agak cerita apa yang aku akan ceritakan di sini.. Ok tanpa berlengah, mari bermula kisah aku..
Aku sudah berkahwin dengan suamiku selama 6 tahun.. aku berkahwin ketika umur awal 30-an. Alhamdullillah Allah kurniakan aku suami yang sangat baik, memang rezeki aku tidak salah membuat pilihan.
Masalah cuma timbul bila di awal perkahwinan kami cuba melakukan hubungan intim namun gagal melepasi dinding daraku..
Kami cuba berkali-kali sehingga aku dan suami give up, maka berlangsunglah selama 4 tahun kami hidup suami isteri tanpa hubungan kelamin. Suami sangat memahami namun aku tetap rasa bersalah. Sepanjang perkahwinan Aku melunaskan nafkah batin dengan cara lain.
Aku google dan tanya kawan macam mana hendak ‘bersama’ dengan mudah. Semua bagi tips tapi aku tetap rasa sakit yang menyukarkan untuk kami ‘bersama’.
Ketika ini mak aku mula bertanya mengenai anak. Dia suruh pergi jumpa doktor namun aku bersikap ego fikir aku tahulah apa masalah aku.
Memang silap di sini sebab aku tidak bertanya pada yang pakar. Tapi ada sekali aku berjumpa dengan doktor O&G dan dia bagi sleeping pill n ubat pelincir.. siap tegur aku tidak jalankan tanggungjawab. Menangislah aku mengenang suami yang baik.
Setelah 4 tahun rasa hopeless fikir tiada siapa ada masalah macam aku, aku tergerak hati untuk google ‘why i feel pain during s3x’. Ketika itu baru aku tahu term vaginismus.
Rupanya ramai di luar sana mempunyai masalah macam aku. Antara salah satu cara sembuh vaginismus ini paling berkesan adalah melalui penggunaan ‘dilators’ (boleh google) tapi masa itu aku still in denial. Tiada cara lainkah untuk sembuh?
Untuk membeli alat itu pun aku tidak tahu di mana hendak cari di Malaysia ini. Namun aku terjumpa artikel mengenai ‘pregnancy with vaginismus condition’.
Dengan rasa semangat yang membara, aku terus jumpa penulis artikel berkenaan yakni seorang pakar fertiliti.
Dia pun ajar cara untuk mengandung yang paling mudah untuk orang yang ada condition macam aku iaitu dengan memasukkan sperma dalam vagina menggunakan picagari ketika waktu subur. Aku dan suami pun cuba buat di rumah.
Alhamdullillah 2 bulan kemudian aku berjaya hamil, memang rasa ‘surreal’. Maka aku dan suami pun khabarkan kepada ahli keluarga ipar duai semua lah sebab excited terlebih kan. Tapi 3 minggu kemudian aku gugur. Sedihnya hanya Allah yang tahu.
Selepas gugur kami cuba lagi cara yang sama setiap bulan nak dekat 9 bulan tapi tiada rezeki. Memang stress, every month aku menangis bila dapat period. Pada masa yang sama, disebabkan cara ini stress aku fikir aku kena sembuhkn dulu condition aku.
Aku hendak cuba dapatkan anak dengan cara normal. Aku pun membeli online dilators dari oversea dan berlatih dari situ.
Alhamdullillah setelah 6 bulan berusaha akhirnya aku dan suami dapat ‘bersama’. Memang rasa hutang aku dekat suami selesai. Alhamdullillah boleh tutup bab sembuh vaginismus condition ini maka Bermulah lah bab TTC.
Semua yang sedang TTC (Trying to conceive) rasanya memang tahu betapa tertekannya perasaan ketika TTC, lagi-lagi untuk dapatkan anak pertama. Bagi aku lagi stress daripada hendak sembuh vaginismus. At least vaginismus ini kita boleh berlatih and it is within your determination..
TTC on the other hand totally bergantung pada rezeki yang Allah bagi walaupun tinggi mana pun kita berusaha dan berhabisan duit. Aku terus jumpa doktor dan check up tahap fertiliti aku dan suami Alhamdullillah normal. So aku pun berusaha cara neutral dulu.
Setelah sebulan aku berjaya buat hubungan kelamin dengan suami akhirnya aku mengandung lagi.
Alhamdullillah masa ini aku terfikir aku ini bermungkinan mudah mengandung. Tapi Rupanya Allah masih menduga aku. Seminggu kemudian aku gugur (chemical pregnancy).
Masih aku ingat ketika test pregnancy aku dapat positive, silap aku tidak buat blood test terus untuk mengesahkan kehamilan,
Ada pendarahan sikit berlaku dan aku dibekalkan dengan ubat kuat rahim namun bila buat check up doktor seminggu kemudian doktor kata aku tidak hamil kerana bacaan hcg aku sangat rendah.
Terkejut dan Menangis lah lagi aku fikir kenapa nasib begini.
Esoknya keluarlah kantung baby. Aku percaya aku hamil cuma masih tidak menjadi. Aku cuba menjadi positif memikirkan Allah memberi aku petunjuk.
Ramai lagi kawan-kawan aku kahwin lebih dari 5 tahun tapi tiada tanda-tanda pun mengandung. Aku ini Alhamdullillah merasalah 2 kali mengandung walaupun gugur.
Masuk tahun baru aku mula redha sambil berfikir bahawa tidak mengapa tiada anak; Ada anak itu rezeki, tiada anak pun rezeki. Yang penting kita kena bersyukur dengan apa Allah bagi itulah yang terbaik.
Aku sangat bersyukur ada suami yang baik, perkerjaan yang selesa, keluarga dan teman-teman pun baik. Aku rasa lebih tenang dan berserah.
Masuk bulan ke 3 aku dapat tahu aku mengandung lagi. Kali ni aku diamkan dulu, hanya bagitahu pada suami dan emak aku sebab nurse cakap bacaan hcg level aku agak rendah, tidak sesuai dengan usia kandungan.
Maka aku bersedia mentally kalau gugur lagi dan ya aku gugur kali ke tiga. Menangislah juga tapi aku redha kali ini. Allah masih hendak aku berusaha lagi.
Doktor sarankan aku tunggu period baru TTC semula tapi aku ini sejenis yang tidak sabar sebab usia sudah lewat 30-an jadi aku start TTC bila darah gugur kering.
Sebab aku teringat kawan aku bercerita dia pernah gugur, bulan seterusnya dia mengandung balik dan Alhamdullillah dapat anak pertama.
Aku berdoa dalam hati moga aku pun dapat rezeki yang sama. Bagi aku setiap bulan tu ialah peluang yang tidak disia-siakan sebab aku kejar masa.
Selepas waktu subur aku berlalu, aku pun tunggu period yang tidak kunjung tiba. aku fikir mungkin masa lari sikit sebab gugur sebelum ini.
Tapi aku tetap buat pregnancy test juga mana tahu kan. Naik satu line. Namun aku perasan satu line itu bukan di control line namun di result line.
Aku google dan hasil bacaan mengatakan hcg level aku sangat tinggi sampai warna control line pun ditarik ke result line.
Terus aku buat blood test di klinik dan Alhamdullillah positive dan aku dapat merasakan rezeki anak InshaAllah ada kali ini disebabkan bacaan hcg level aku sangat tinggi sampai beribu-ribu. Berkat bulan ramadhan Alhamdullillah.
Sepanjang waktu mengandung memang aku cuak namun suamiku memberi kata semangat : dapat mendengar saat pertama jantung baby pun dia sangat syukur: One step at a time.
Alhamdullillah Awal tahun 2021 baru ini aku berjaya melahirkan seorang puteri yang comel dan sihat: Allah sebaik-baik perancang.
Betapa bersyukurnya aku perjalanan hidup aku walaupun macam agak lewat untuk dapatkan anak pertama tapi aku percaya itulah masa terbaik Allah bagi untuk kami berdua, di ketika aku lebih dewasa, kewangan stabil dan bersikap lebih matang dalam mensyukuri nikmat yang Allah bagi.
Aku harap dengan kisah aku ini dapat memberi pengajaran dan inspirasi kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama.
Amalan aku sepanjang ttc selain berjumpa doktor, aku amalkan sedekah kepada makcik dan pakcik yang menyapu sampah di tepi jalan, bangun tahajud 15 minit sebelum subuh.
Solat Dhuha sebelum pergi kerja, mendoakan kawan-kawan juga yang sedang menanti zuriat, selalu memberi hadiah kepada bayi kawan-kawan dan saudara-mara,
Setiap kali nampak perempuan mengandung aku berdoa semoga Allah memberi rezeki yang sama, makan sihat dan bersenam dan yang paling penting sentiasa bersyukur dan redha.
Semoga semua yang ada vaginismus macam aku akan berjaya mengatasi masalah ini, anda boleh google vaginismus malaysia, banyak info dan support group yang boleh membantu.
Semoga semua yang sedang TTC akan dikurniakan anak. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, dan percaya Allah bagi terbaik untuk kita bila tiba masanya.. InshaAllah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seronok baca part akhir.. yg awal dgn tgh tu huhuu mmg tt tabah sungguh. Untung dpt suami yg menyokong.. tp iols pn mcm tt.. kita tau perubahan bdn kita (preggy) tp cek upt negatif.. end of first trimester baru naik 2 line heheheee sbb hcg low tp yg untungnya alahan mmg xde ler |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah baby! Semoga anak n ibu baby membesar dgn sihat dan cantik. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
So happy for u...
Lengkap hidup sis..
Ramai jgk yg ramai anak tp suami pulak taik dadah..
Tak bg nafkah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah Tahniah sis... Perkongsian yg baik dan nasihat yg baik bg yg ada mengalami masalah vaginismus... |
|
|
|
|
|
|
|
Algamdulillah tahniah. Moga sayapun ada rezeki jadi ibu tahun ni, amin. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bagi manfaat kat semua. eye opener juga
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah akhirnyya anda berjaya alhamdulillah,
dengan pengalaman yg ada boleh la support kawan2 yg xde rezki lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg sama confess dekat page iium ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|