View: 1768|Reply: 3
|
Rambut Kurt Cobain dilelong (RM57,974)
[Copy link]
|
|
Rambut Kurt Cobain dilelong
BIARPUN sudah meninggal dunia 27 tahun lalu, vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain masih memiliki kelompok peminat tersendiri sehingga koleksi barangan peribadinya menjadi rebutan seluruh dunia.
Selepas beberapa memorabilia miliknya seperti gitar, foto dan cermin mata berjaya dilelong pada harga tinggi, kini beberapa helai rambut penyanyi itu turut dilelong dan berjaya dijual pada dengan harga lebih AS$14,000 (RM57,974).
Rambut tersebut telah dilelong oleh John Reznikoff iaitu pengumpul rambut individu terkenal paling banyak di dunia. Bagaimanapun pembeli yang berjaya membida rambut milik penyanyi itu tidak diketahui identitinya.
Mungkin ramai pihak meragukan kesahihan bahawa rambut benar-benar milik Cobain. Ternyata rambut yang dilelong itu disertakan bersama sijil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk meyakinkan pembeli.
Untuk rekod, rambut tersebut asalnya telah digunting oleh rakan baiknya, Tessa Osbourne pada tahun 1989.
Perkara tersebut dibuktikan bersama sekeping foto menunjukkan Cobain bergambar bersama Osbourne sambil memegang sebilah gunting.
Cobain yang dilahirkan pada 20 Februari 1967 ditemui mati akibat membunuh diri menggunakan senjata api di rumahnya di Seattle, Amerika Syarikat pada 5 April 1994.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Euuwww x koser aku ...kot ye pun minat .rambut kurt ni nampak busuk .rambut jerry cantrell baru la wangi dan sexy af |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 24-5-2021 10:55 PM
Euuwww x koser aku ...kot ye pun minat .rambut kurt ni nampak busuk .rambut jerry cantrell baru la w ...
Dia guna body soap untuk shampoo rambut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|