View: 2005|Reply: 5
|
Kisah mistik hanya dogengan, boleh pesong akidah
[Copy link]
|
|
Kisah mistik hanya dogengan, boleh pesong akidah
LEDANG: Kewujudan kisah mistik seperti Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan dan Alam Bunian, jika tidak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan akidah seseorang individu itu menjadi terpesong.
PEMANDANGAN indah dari puncak Gunung Ledang yang menjadi puncak tertinggi di selatan tanah air. - Foto Taman Negara Johor
Pendakwah bebas, Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz, berkata umat Islam tidak boleh mempercayai perkara itu 100 peratus kerana kebanyakan apa yang diceritakan hanya berbentuk dakwaan sahaja tanpa disertakan dengan bukti yang kukuh.
PENDAKWAH bebas, Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz.
"Kalau betul jumpa, adakah apa kita jumpa itu seorang manusia yang betul atau sekadar jelmaan iaitu merujuk kepada jin dan syaitan itu sendiri?
"Istilah seperti penunggu itu pun sendiri merujuk kepada jin dan syaitan kerana mereka sahaja yang diberikan sedikit kelebihan oleh Allah untuk bertukar dalam pelbagai bentuk," katanya.
Justeru, Abu Hasan yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, berkata setiap cerita atau berita yang disampaikan mengenai kewujudan alam mistik seumpama itu perlu diperiksa dan dikaji terlebih dahulu kesahihannya.
GUNUNG Ledang sering dikaitkan dengan kisah mistik. - Foto Syarafiq Abd Samad
"Saya khuatir sekiranya kita percaya sangat mengenainya (perkara mistik) akan menjadi khurafat. Khurafat ini boleh menyebabkan akidah kita terpesong. Seperti dakwaan berjumpa Puteri Gunung Ledang. Jika dia ada pun, itu mesti jin kerana ia makhluk yang boleh menjelma dan berbentuk macam-macam khususnya dalam rupa wanita," katanya.
Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot pula, kisah mistik seumpama ini hanyalah dongengan yang kadang-kadang tidak dapat diterima oleh logik akal manusia.
PENASIHAT Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot. - Foto Roslan Khamis
"Kalau al-Quran dan Hadis tidak menyebut perkara itu, maka jawapannya hanya sekadar cerita dongeng. Jika tidak pun, ia hanya daripada jin atau syaitan untuk memesong akidah manusia sahaja.
"Jika ikutkan daripada logik akal pun, Puteri Gunung Ledang sendiri jika hidup pun mungkin sudah berusia beratus atau beribu tahun dan kisah seumpama ini hanya diibaratkan sebagai khayalan orang Melayu sahaja," katanya.
EMPANGAN air di kawasan Gunung Ledang yang menyimpan pelbagai misteri. - Foto Shaiffulazhar Misri
Beliau menasihatkan orang ramai supaya menganggap kisah seumpama itu sebagai sebahagian daripada cerita legenda semata-mata dan jangan sesekali mempercayainya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan pegangan agama umat Islam kelak.
Sumber:https://www.bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
apa la..sah sah la dlm alQur'an x da kisah puteri gunung ledang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tanya version kerabat jamaika ni.
Tapi kalau boleh shapeshift maknanya jin la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Pesal masuk sini pula, tadi sanun...
Tak memasal pula terbayang SK dan Oksana
zaman dulu hubungan PGL dgn Sultan Melaka boleh berubah kejap orang bunian, sekejap Puteri Jowo.
Zaman sekarang, kejap kawin, kejap duda, kejap lagi, Asian, kejap lagi European. Kejap duda anak dua, kejap tak de anak.
Apa pun semua kena balik pada agama, jangan menunggang agama udah le.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bile lah boleh merentas negeri ni? Nak pegi piknik kat gunung ledang |
|
|
|
|
|
|
| |
|