View: 2121|Reply: 3
|
Tidur Mengiring ke Kanan
[Copy link]
|
|
Tidur Mengiring ke Kanan
Setiap orang pasti ada cara tidur yang tersendiri dengan pelbagai gaya dan ‘aksi’. Namun,cara tidur yang paling digalakkan adalah dengan tidur mengiring ke kanan.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW ;
“Berbaringlah di atas rusuk kananmu”
(HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).
Di sebalik sunnah Nabi ini ternyata ia mempunyai hikmah yang besar untuk kesihatan manusia.
6 manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi perubatan dan kesihatan;
1. Mengurangkan tekanan jantung
Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti.
Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan jantung.
2.Merehatkan otak kiri
Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja. Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.
3. Merehatkan organ Esophagus
Hati manusia terletak dibahagian sebelah kiri.Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan bercampur dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu sistem pengosongan esophagus.
4. Mempercepatkan sistem pencernaan buang air besar
Dengan tidur mengiring ke kanan, usus besar hingga ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh.Apabila sudah penuh,ini akan mudah memudahkan seseorang untuk membuang air besar. Jika anda seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko penyakit.
5. Melindungi kesihatan paru-paru
Paru-paru kiri lebih kecil di banding dengan paru-paru kanan. Apabila tidur mengiring ke kanan, jantung bakal condong ke sebelah kanan. Hal ini tidak jadi persoalan karena paru-paru kanan makin besar.
6. Merehatkan kaki kiri
Seseorang yang bukan kidal,sering menggunkan anggota sebelah kanan akan menjadikan kaki kiri sebagai tongkat untuk menanggung beban badan sehinggakan kaki kiri kadang kala lebih rasa penat berbanding kaki kanan . Apabila tidur mengiring ke kanan,ini memberi ruang rehat untuk kaki kiri dan lenguh-lenguh di kaki juga akan cepat hilang.
Sumber:http://wanitakelantan.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg tido mengiring utk bad back aku ni, mengiring belah kanan sbb ikut sunnah nabi. Br tau byk kebaikannya rupanya. Good info tt. Thx for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
saya hanya rasa tenang dan aman bila tidur sebelah kanan, kerana sedari that my Rasul asked us to |
|
|
|
|
|
|
| |
|