CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 2

Atlet Paralimpik dianak tiri?

[Copy link]
Post time 29-8-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Sydney: Rakyat Australia kesal apabila mengetahui atlet Paralimpik mereka tidak mendapat ganjaran sewajarnya seperti dinikmati atlet Olimpik negara itu yang meraih pingat di Tokyo.

Atlet Olimpik Australia dihadiahkan wang tunai dengan emas mendapat $20,000 (RM61,000), perak $15,000 (RM46,000) dan gangsa $10,000 (RM41,900).

Tetapi menurut laporan SBS, atlet Paralimpik Australia langsung tidak menerima apa-apa habuan.

Jurucakap media itu berkata: "Paralimpik Australia mudah mengatakan mereka tidak mempunyai dana untuk bonus pingat."

Atlet pecut Australia, Scott Reardon berkata, realitinya atlet para mendapat layanan berbeza.

"Dalam dunia sempurna, kami berharap kesaksamaan - dalam sukan lelaki, wanita, sukan Para,'' katanya kepada SBS.

Amerika Syarikat dan beberapa negara memberi ganjaran kepada atlet Paralimpik sama seperti diterima atlet Olimpik mereka, langkah yang disambut gembira banyak pihak.

Tetapi Kanada sebuah lagi negara yang atlet Paralimpiknya tidak mendapat apa-apa manakala New Zealand langsung tidak memberi ganjaran tunai sama ada kepada atlet Olimpik atau Paralimpik.

Negara tuan rumah, Jepun memberikan S$38,000 (RM116,000) kepada atlet Paralimpik yang meraih emas, kurang S$25,000 (RM76,000) daripada atlet Olimpik yang meraih pingat sama.

Serena Ovens, CEO 'Physical Disability Council NSW' berkata kepada SBS, dia percaya di Australia 'kami masih lagi memandang orang kurang upaya sesuatu yang kurang penting.''

"Kami menghargai atlet Olimpik tetapi masih tidak anggap atlet Paralimpik kami sudah mencapai tahap elit,'' katanya.

"Atlet Paralimpik turut bekerja keras untuk beraksi buat negara.''

Rakyat Australia melepaskan kemarahan mereka di media sosial selepas mengetahui atlet Paralimpik tidak mendapat ganjaran wang tunai sambil mendesak perubahan perlu dilakukan.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2021 07:57 PM | Show all posts

REARDON gesa atlet para diberi layanan sama dengan atlet Olimpik. FOTO paralimpik.org
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la atlet malaysia.mcm2 ganjaran dpt.dpt emas pun blh jd jutawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.233526 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list