View: 1230|Reply: 1
|
Pengusaha gimnasium tunggu lampu hijau
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pertimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pembukaan semula pusat sukan seperti gimnasium dan padang bola sepak selepas kelonggaran diberikan kepada industri kreatif berkuatkuasa esok.
Menerusi laman sosialnya, Faizal berharap KKM melalui menterinya, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan cadangan itu bagi menyelamatkan pengusaha pusat sukan yang semakin tenat ketika ini.
"Panggung wayang dibuka? Gimnasium dan sukan padang? Tolonglah YB@Khairykj, perlu ada kewajaran dalam keputusan kita.
Mungkin perlu dibuka dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat. Ramai yang hampir terhenti nafas.
Tolonglah @KKMPutrjaya," katanya menerusi ciapan pada akaun Twitter miliknya.
Jelasnya, KBS sudah pun mencadangkan agar sukan padang dan gimnasium dibuka kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kuasa ada pada MKN. Harap KKM sokong," katanya.
Kerajaan semalam bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, bermula esok.
Ia termasuk aktiviti panggung wayang kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.
Sementara itu, Khairy memberi respon positif apabila bersedia mempertimbangkan pembukaan sektor itu.
"Permintaan @PejaOfPerak (Faizal) untuk outdo or team sports adalah wajar.
Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN Covid-19. Berita yang baik akan diumumkan," tulis Khairy di laman Twitternya. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|