View: 1468|Reply: 3
|
Beregu negara cemerlang di Ukraine
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Dua lagi gelaran juara berjaya dibawa pulang oleh pemain muda badminton negara dalam acara beregu lelaki dan campuran di Kejohanan Antarabangsa Ukraine.
Pasangan yang dikenali dengan julukan 'Patatimo', Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri meneruskan rentak cemerlang apabila muncul juara selepas menundukkan beregu India, Ishaan Batnagar-K Sai Pratheek, semalam.
Ia gelaran ketiga beregu muda negara itu selepas berjaya muncul juara Kejohanan Antarabangsa Hellas dan Terbuka Austria Mei lalu.
Bagaimanapun mereka yang baru diserapkan dalam skuad kebangsaan Mac lalu terpaksa beraksi selama tiga set sebelum menang 21-15, 19-21, 21-15.
Turut cemerlang di Ukraine adalah beregu campuran, Yap Roy King-Valeree Siow yang menewaskan pasangan dari Jerman Johannes Pistorious-Emma Moszczynski.
Paling menggembirakan, beregu negara itu hanya memerlukan 29 minit untuk menjinakkan pilihan ketujuh seturusnya menang 21-19, 21-12.
Kejuaraan itu juga gelaran ketiga buat mereka tahun ini selepas menang di Terbuka Antarabangsa Hellas minggu lalu dan Kejohanan Antarabangsa Latvia bulan lalu. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WAN Arif-Haikal raih gelaran ketiga tahun ini selepas ungguli Kejohanan Antarabangsa Ukraine. |
|
|
|
|
|
|
|
Minion Patatimo
3 tournaments. Menang 2 titles |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.ni yg kita nak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|