View: 1045|Reply: 1
|
Van Aert bangkit saat akhir di Jelajah Britain
[Copy link]
|
|
London: Pelumba Belgium, Wout Van Aert memenangi peringkat akhir Jelajah Britain sekali gus mengatasi pelumba Great Britain, Ethan Hayter dalam saingan keseluruhan perlumbaan.
Van Aert menampilkan kebangkitan lewat dalam kelompok rapat pelumba yang memecut dan memenangi peringkat kelapan dengan penuh dramatik, yang membabitkan jarak 173 kilometer (km) dari Stonehaven ke Aberdeen.
Pelumba Jerman, Andre Greipel di tempat kedua, dan pelumba Britain, Mark Cavendish ketiga.
Bonus 10 saat Van Aert kerana memenangi peringkat itu bermakna dia mengatasi Hayter dengan enam saat keseluruhan.
"Agak mengecewakan apabila tewas pada hari terakhir," kata Hayter pada ITV4.
"Tetapi saya sangat gembira minggu ini dengan memenangi ujian masa berpasukan, peringkat di Manchester dan kedua keseluruhan adalah cukup baik.
"Dia (Van Aert) sudah memenangi empat peringkat, cukup adil, untuk berlaku jujur dia turut memenangi klasifikasi umum." - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelumba Jumbo-Visma, Wout van Aert dari Belgium mengangkat tangan selepas melintasi garisan penamat perlumbaan Jelajah Britain. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|