View: 24253|Reply: 2
|
[kompilasi] REMPAH RATUS
[Copy link]
|
|
Kulit kayu manis [rodriguez]
mat salleh kata mende ni cinnamon.aku masa kekecik dulu sebut bende ni Kulit kayu sarsi sebab bau cam air sarsi.rasanya tak lengkap masakan di rumah kalau tak bubuh benda ni.
orang orang putih biasanya guna benda ni secara serbuk dan ditabur ke dalam cookies etc.
serbuk kayu manis ni enak jika ditabur di dalam capuchino dan mocha kesukaan anda.
KULIT KAYU MANIS.[Intan-Adlina]
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan
dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau
Bunga cengkih
korang tentu kenal benda ni kan.bunga cengkih takleh bubuh banyak banyak dalam masakan..nanti rasanya akan bertukar terus.hanya bubuh beberapa ketul untuk menimbulkan aroma.
orang kat Indon lak mengaplikasi benda ni dalam rokok kretek diorang.sebab tu bau asap rokokpun lain macam.
Bunga cengkih [dillos]
bunga cengkih pulak.... sgt bagus kalau kiter sakit gigi atau bengkak gusi.... kalau gigi sakit atau gusi bengkak... ambik bunga cengkih tu... dan gigit kat tempat sakit tu.. Insya-Allah reda kesakitan tu.....
Mace [Intan-Adlina]
ialah kulit luar yang menyelubungi biji nutmeg tu. Yang berjari jari halus tu.
Bunga lawang [rodriguez]
Bunga lawang..kenal tak mende ni... bahasa omputehnya star anis.benda ni disyorkan untuk masak kari.gulai dan rendang.tambah Kick dan keharuman.
ini ada sedikit petua
Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.
daun serai atau lemon grass [rodriguez]
ia mewangikan malah mengharumkan masakan.selain dalam masakan,minyaknya digunakan secara meluas dalam wangian sabun, pembersih detergen dan barang-barang lain. Minyak Serai digunakan untuk mengubati kembung (flatulence), pergerakan usus yang tidak tetap dan rangsangan gastric, serta baik untuk merawat reumatisme dan salah urat.
serai adalah spesies yang hampir dengan serai wangi yang kita tau banyak manfaat dalam bidang perubatan herba.
[ Last edited by NoorMasri on 12-3-2005 at 05:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
jintan manis atau anis@anisum.[rodriguez]
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
aku biasanya hancurkan dulu jadi serbuk.barulah diguna di dalam masakan.rasanya ia benda wajib dalam kebanyakan masakan melayu yang melibatkan ayam etc.
Jintan Hitam atau Black seed@black cumin (arabnya Habbatus sauda)
memang sangat besar khasiatnya.biasanya jintan hitam digunakan bersama jintan putih di dalam masakan.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Di bawah ini ada 7 ciri-ciri utama habbatus sauda.
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan :
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Jintan putih atau cumin.
jintan putih ni macam jintan hitam gak digunakan dalam hampir semua jenis masakan melayu yang berkuah.dari segi perubatan,khasiatnya ialah untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas
[ Last edited by NoorMasri on 12-3-2005 at 05:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
BIJI SAWI.....[cutie-Riez]
selalu digunakan dlm masakan kari, acar dan asam pedas....
dlm bahasa Inggeris dikenali sbgai Black Mustard or Indian Mustard
HALBA
seperti rempah ratus lain, halba juge berpengaruh mengubah rasa masakan utama seperti kari dan sayur.
Ia juge digunakan utk membuat kuih.
nama dlm bahasa lain:
cina- Hu Lu Ba
Inggeris-Fenugreek
Tamil-Vendayam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|