cerry This user has been deleted
|
Mari mendalami bahasa-bahasa indah sastera Melayu.
Sastera melayu disusun begitu indah dan mempunyai istilahnya tersendiri
Antaranya :
Simile - yang bermaksud satu ragam atau gaya bahasa perbandingan. Perbandingan sesuatu benda, keadaan atau
suasana dengan jelas. Contah bahasa perbandingan ialah seperti, bagai, bak, umpama, laksana.
Contoh :
Hidung mancung bak seludang
Kau umpama puteri kayangan
Metafora - Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Ia bersifat ringkas, padat dan tersusun rapi. Biasanya terdiri dr 2
perkataan, satu bersifat nyata dan satu lagi bersifat abstrak.
Contoh :
Lautan manusia
perahu waktu
Terdapat banyak lagi istilah puisi yang menjadi rencah sastera melayu iaitu pantun, syair, gurindam, sajak dll |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
cerry This user has been deleted
|
Hiperbola
Gaya bahasa yg berlebihan
contoh:
dalam pekikan kota yang rakus |
|
|
|
|
|
|
cerry This user has been deleted
|
Cerry ni sebenarnya peminat sastera masa zaman sekolah dulu
Jd skrg ni cuba mengenang kembali zaman2 tu....
Bahasa sastera yg cerry tulis tu merupakan gaya bahasa yg paling cerry gemari.
Masa tu...terbayang mcm diri ni seorang sasterawan
Dah tu pandai lak karang puisi2 ni
Pasal markah pelajaran sastera lak, sure lah yg tertinggi
Kiranya, macam banyak berangan la gak.... |
|
|
|
|
|
|
cerry This user has been deleted
|
Asonansi
Gaya bahasa yg membawa maksud pengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris2 puisi.
Contohnya :
Merenung sepi leretan sejarah mereka
pengulangan vokal e pada setiap perkataan |
|
|
|
|
|
|
camarbiru This user has been deleted
|
Originally posted by cerry at 19-7-2006 09:21 AM
Asonansi
Gaya bahasa yg membawa maksud pengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris2 puisi.
Contohnya :
Merenung sepi leretan sejarah mereka
pengulan ...
cerry, teruskan thread ni...
camar tulis puisi/sajak tanpa pendidikan formal..semua pakai instinct jer sebab camar science stream...jadi bila tulis habis langgar semua rule... |
|
|
|
|
|
|
cerry This user has been deleted
|
Originally posted by camarbiru at 23-7-2006 04:39 PM
cerry, teruskan thread ni...
camar tulis puisi/sajak tanpa pendidikan formal..semua pakai instinct jer sebab camar science stream...jadi bila tulis habis langgar semua rule...
Cerry boleh la jugak mengarang ni
tambah2 time tengah kusyuk bercinta atau tgh frust, lagi la..byk idea
best gak boleh bercerita atas kertas
Cerry cuba teruskan thread ni yeaa... |
|
|
|
|
|
|
cerry This user has been deleted
|
Elegi
Nama corak puisi
Memaparkan puisi yg berbentuk nyanyian atau ratapan kesedihan, terutamanya puisi mengenai kenangan terhadap sesuatu peristiwa kematian dan sebagainya.
Emosi
Memaparkan perasaan dalam puisi yang diungkapkan dalam bentuk perkataan, ungkapan dan ayat.
Contoh perasaan ialah suka, simpati, marah, bangga, benci, sedih dan lain-lain lg. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|