View: 3780|Reply: 9
|
LAW & ORDER [KHAMIS 9PM @ HALLMARK CHANNEL]
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 26-10-2018 07:16 AM
Musim baru Law & Order kembali di Hallmark ChannelOleh Nurulhisham Abdul Latiff
PADA bulan ini, siri terbaru Law & Order: Special Victims Unit (SVU) yang muncul antara program televisyen paling digemari di Amerika Syarikat (AS), akan muncul di kaca televisyen anda secara eksklusif di Hallmark Channel. Lalu, apa lagi, jangan lepas peluang menjadi antara peminat pertama di Asia yang mengikuti kisah terbaru menerusi siri kegemaran ramai ini.
Setiap minggu, lebih 14 juta penonton televisyen di AS terpaku di hadapan skrin kecil di rumah mereka demi mengikuti kes yang cuba diselesaikan oleh pasukan SVU Jabatan Polis New York. Kini, tibalah giliran peminat benua ini pula untuk mendapat keseronokan serupa. Episod baru dalam musim kelapan ini akan dapat diikuti setiap Khamis, jam 9 malam.
Bukan setakat menikmati kisah terbaru mereka, bahkan peminat siri ini turut berpeluang memenangi bingkai gambar kiub kristal Hallmark Channel apabila anda menyertai peraduan Law & Order: SVU. Cuma jawab beberapa soalan mudah dan anda mungkin berpeluang menjadi tiga pemenang bertuah. Untuk menyertainya, kunjungi laman web http://my.hallmarkchannel.tv/minisite_article.aspx?ID=320&;ArticleID=1186.
Siri penuh emosi daripada jenama Law & Order ini mengisahkan kehidupan dan jenayah di SVU, skuad elit yang terdiri daripada detektif penyiasat jenayah berunsur seks. Siri ini antara lain dibintangi Christopher Meloni, Mariska Hargitay dan Richard Belzer.
Ia dicipta produser Dick Worlf yang pernah memenangi Anugerah Emmy dan siri ini sudah pun menerima pelbagai penghargaan daripada pertubuhan berasaskan komuniti kerana isu yang mereka paparkan. Bintangnya juga sering menerima penghargaan atas kerja amal mereka di sebalik tabir, dalam mempromosikan keselamatan dan kesihatan diri serta kerja kebajikan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
moved ke sini pulok? |
|
|
|
|
|
|
|
fly salah move ke? mod, tolong movekan ke tempat sepatutnya |
|
|
|
|
|
|
|
itu arr
tkujat gk aku semalam
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk ni dah 3 thread aku tengok mod tersalah move ke sini... |
|
|
|
|
|
|
|
iskk...aku konpius jap..yg cenel 70 tu season baru kan...kalau yg kat hallmark season mana plak nih... apapun..aku bantai tgk je... |
|
|
|
|
|
|
|
hallmark tu yg latest season .. |
|
|
|
|
|
|
|
hallmark channel pun dah tak wujud kat astro tu tapi kdg2 citer mcm ni dah bosan...asyik kes psl rape je. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 29-10-2018 10:34 AM
hallmark channel pun dah tak wujud kat astro tu tapi kdg2 citer mcm ni dah bosan...asyik kes ps ...
Yelah psl rape. Mungkin kat sana byk kes rogol kot. Haha.. tp aku suka cita ni sebab nk tgok the way diorg manipulate issue kt court. Katanya nanti barba dah takda, ganti lawyer lain. |
|
|
|
|
|
|
|
season 19 kat channel diva-astro barba mmg dah takde ganti district attorney lain... stone.citer ni aku layan kat astro je.lambat satu season dari US
|
|
|
|
|
|
|
| |
|