View: 3525|Reply: 1
|
nombor tak diperlukan utk mengira!!
[Copy link]
|
|
Nombor tidak diperlukan?
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
Kajian mendapati kemungkinan besar, individu yang tidak menggunakan nombor dalam bahasa mereka mempunyai kiraan matematik yang lebih tepat.
JAWAB soalan ini tetapi jangan mengira:
Adakah terdapat lebih X di sini XXXXXX atau di sini XXXXX? Itulah masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang apabila bahasa yang digunakan tidak meliputi perkataan yang lebih daripada satu atau dua. Bagaimanapun, para pengkaji mendapati kanak-kanak yang menggunakan bahasa ini masih lagi mampu untuk membuat perbandingan dari segi kuantiti.
"Kami mempertikaikan hujah bahawa manusia memiliki sistem tabii semula jadi dalam isu perhitungan dan sebab itu, kita tidak bergantung pada perkataan," kata Brian Butterworth dari Institut Sains Saraf Kognitif di Universiti Kolej London.
Dalam usaha untuk membuktikan kebenaran hujah tersebut, Butterworth membandingkan kemahiran nombor dalam kalangan kanak-kanak daripada dua kumpulan Orang Asli di Australia yang menggunakan bahasa yang tidak merangkumi kesemua nombor yang digunakan oleh kanak-kanak berbahasa Inggeris.
Kesemua kumpulan tersebut memberi hasil yang cukup memberangsangkan, lapor para pengkaji Butterworth dalam edisi Proceedings National Academy of Sciences. "Nombor asas dan kemahiran aritmetrik dibina daripada sistem tabii khas," jelas Butterworth. Sambungnya lagi, penggunaan perkataan yang tepat pada satu-satu nombor amat berguna tetapi tidak wajib.
KEKURANGAN perkataan nombor dalam sesuatu bahasa
kaum tertentu tidak menghalang diri untuk melakukan kiraan mudah.
Robert Reeve dari Universiti Melbourne, Australia turut bersetuju. "Hasil kajian kami konsisten dengan idea bahawa kita semua mempunyai sistem tabii semula jadi yang mewakili kuantiti. Sebab itulah kekurangan perkataan nombor tidak menghalang diri untuk melakukan kiraan mudah."
Edward A. Gibson dan rakan sekerjanya dari Jabatan Otak dan Sains Kognitif, Institut Teknologi Massachusetts, bagaimanapun kurang pasti dengan penemuan tersebut. Katanya, ia merupakan sebuah kajian yang berguna tetapi tidak menyokong kesimpulan bahawa pemahaman ke atas nombor-nombor tidak bergantung kepada sesuatu bahasa.
Kajian Butterworth melibatkan 13 kanak-kanak yang berupaya menggunakan bahasa Inggeris dari Melbourne, 20 kanak-kanak yang menggunakan bahasa Warlpiri dan 20 lagi kanak-kanak yangbertutur dalam bahasa Anindilyakwa. Kesemua kanak-kanak ini berumur dalam lingkungan usia empat hingga tujuh tahun.
Dalam bahasa Warlpiri, perkataan nombor terhad kepada satu, dua dan banyak. Anindilyakwa pula mempunyai perkataan nombor satu, dua, tiga dan kadangkala termasuk nombor empat dan lebih daripada tiga.
KAJIAN ini mempertikaikan hujah bahawa manusia
memiliki sistem tabii semula jadi dalam isu perhitungan dan kiraan.
*Ujian
BERKONGSI. Hampir kesemua kanak-kanak mampu mengagihkan enam dan sembilan bahagian plastisin kepada tiga anak patung. Apabila tujuh atau 10 bahagian plastisin perlu dikongsi, idea untuk memecahkannya kepada bahagian kecil atau ekstrak hanya disedari oleh segelintir kanak-kanak. Ini termasuk kanak-kanak dewasa dan bukan bertutur menggunakan bahasa Inggeris.
MEMORI. Pelbagai token nombor diletak di atas tikar dan ditutup. Kanak-kanak ini kemudiannya diminta untuk meletakkan jumlah yang sama di atas tikar mereka. Tiada perbezaan disaksikan pada kesemua tiga kumpulan.
BERCAMPUR BUKAN LISAN. Beberapa set nombor diletak di atas tikar dan ditutup. Beberapa saat kemudian, lebih banyak set nombor diletak. Kanak-kanak ini diminta untuk memadankan jumlah kiraan setiap nombor dengan set kiraan. Beberapa kombinasi digunakan, umpamanya 2+1,1+4,4+3 dan 4+2. Kanak-kanak yang berkebolehan berbahasa Inggeris mendapat sedikit jawapan betul tetapi perbezaan ini tidak dianggap signifikan.
PADANAN MODAL BERSILANG. Sejumlah papan disentuh dengan kayu dan beberapa set nombor diletak di atas tikar. Adakalanya bilangan papan berpadanan dengan set nombor dan sebaliknya. Kanak-kanak ini kemudiannya ditanya sama ada nombor yang dilihat sama dengan jumlah papan. Tiada perbezaan bahasa dilihat.
"Mungkin hasil yang paling menakjubkan datang daripada ujian padanan modal bersilang di mana kanak-kanak ini terpaksa mencari jawapan set nombor betul sejajar dengan sekuel auditori," ujar Butterworth.
"Ini tidak dapat dilakukan dengan memori bervisual tetapi memerlukan kanak-kanak terlibat menghasilkan satu perwakilan mental yang bersifat abstrak dan memadai untuk menghitung kedua-dua visual serta auditori."
Gibson pula menambah: "Dalam usaha menunjukkan hasil yang diingini, penulis ini harus menilai kumpulan umur dengan bahasa atau tanpa bahasa nombor. Peserta yang menggunakan bahasa yang bernombor berkemungkinan dapat mencapai jawapan tepat secara 100 peratus. Kemudian, ketiadaan perkataan nombor boleh dinilai pada populasi pengguna yang menggunakan bahasa yang tidak mempunyai perkataan nombor."
Dalam ujian ini, walaupun kesemua kanak-kanak daripada kumpulan berlainan mendapat jawapan yang hampir sama, tetapi tidak ada sesiapa yang mendapat markah penuh 100 peratus.
"Mungkin ada benarnya bahawa kebanyakan daripada kanak-kanak ini menggunakan padanan kiraan paling dekat untuk menyelesaikan masalah. Ini adalah salah satu strategi yang tidak bergantung kepada perkataan nombor," luah Gibson.
WALAUPUN kesemua kanak-kanak daripada kumpulan
berlainan mendapat jawapan hampir sama, tetapi tidak
ada sesiapa pun mendapat markah penuh 100 peratus.
Gibson dan para pengkajinya pernah meneliti puak Orang Asli di Amerika Selatan yang mempunyai bahasa tersendiri tetapi tiada perkataan bernombor. "Dalam kajian terbaru kami, dipaparkan penduduk Piraha mencapai ketepatan penyelesaian kiraan yang tinggi walaupun mereka tidak mempunyai perkataan untuk nombor, sekalipun nombor satu," katanya.
tapi nak selesaikan murder perlukan numb3r.. ler pulak... jadi numb3r bukan perlu lagi dah utk buat kiraan mudah.. tak bernumb3r pung dapat selesaikan masalah matematik aper!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|