kalau belajar taranum tu lagi complete dgn teknik pernafasannya..setiap huruf tu berlainan..angin dari hidung lah..dari dada lah...yg tebal yg nipis....kalah kelas vocal yang artis2 ni dok belajar...
itu bru teknik pernafasan, belum tajweednya. mana yang hamas, tarqiq, tafkhim, raum ke ishmam ke... lelagi kalau mendalami qiraat... pergh dengan bacaan warsh, qalun, asim dan pelbagai ulama' qiraat yang lain. dalam tu lak ader ibdal hamzah, sebutan antara 2 huruf, mad badal 6 harakat, him ke hum atau himu dan pelbagai jenis ilmu yang cukup indah kalau kita tahu.
disitu baru timbul ketenangan, keinsafan serta kehambaan kepada yang Maha Esa
102#mejikya betullllllllllllllll....akak ni tiap kali pengajian al quran ni rasa mcm dah pass tapi stil ada gak salah tu...nanti ustazah tegur...dengong lebih sikit....
ustazah tu kalau orang yg baca merangkak dia tak strict sgt dia tegur sikit2 jer pelan2..yg otai2 ni wah very strict..sampai ustazah sek agama anak saya pun yg ngaji siap dgn taranum tu..ada gak salah...byk betul tajweed ni yg kena ambil tahu...tapi tgk budak2 hari ni bab mengaji ambil sambil lewa aja...tiap masa pertama ada mengaji 5 minit cikgu nanti check murid gilir2 baca sedih bila check bacaan dia orang tunggang langgang..dlm satu kelas tu hanya sorang aja yg saya check selama setahun ajar tu yg boleh kata oklah tajweednya...cuba kalau menyanyi...melalak oh sekejap aja blh hafal lagu..
Adakah golongan artis ini mempunyai kedudukan di dalam islam?suatu perkara yang menarik untuk di bahaskan
doden Post at 10-2-2009 21:28
Salam,
Definisi artis itu sendiri boleh ditakrifkan sebagai apa jua pekerjaan yang terlibat dan berkait dgn bidang seni.
Seni ini juga subjektif. Pelukis juga dinamakan artis. Penyanyi nasyid juga digelar artis. Begitu jua dengan pelakon. Apatah lagi golongan yang terkinja2 di atas pentas dan dikhalyak umum, tidak meutup aurat.
Selagi seseorang yang bergelar artis itu menjaga adab seperti yang digariskan oleh Islam. Insya-Allah, takde masalah.
Ana lihat dalam tv, ramai juga pelakon yang menjaga adab dan batas2 agama ketika berlakon. Semalam terserempak dengan seorang artis lelaki yang bersolat di masjib. Dan ana lihat, dia dalam drama tak pernah pun berlakon memegang tangan pelakon wanita yg bukan muhrim. Berlakon pun selalu jadi ayah, kalau cerita-cerita yang berloghatkan negeri tertentu.
Jadilah artis yang beriman dan beramal soleh. Rezeki pun diberkati, insya-Allah.
betul seni islam tu pelbagai...saya baru ambil kelas seni islam last sem...nak terangkan pun detail sebenarnya tapi kata pensyarah asal usul seni hiburan diharamkan kerana orang2 yang berhiburan ni menyebabkan orang lain yang mendengar hiburannya leka dan lalai dlm mengerjakan ibadah...disebut seorang pemetik gambus yg terkenal suatu masa dulu..sorry saya tak ingat nama..i am very bad at names...dia blh petik gambus dia tu sampai semua orang terlena...tu dah lagi melalaikan terus terlena?? bila orang dah terlena dia pun cabut balik rumah..
mula saya tak faham kenapa alat2 musik tertentu spt bertali, berlubang diharamkan..itulah asal usulnya kenapa diharamkan apabila dimainkan blh menghayalkan orang...teringat juga dulu saya memang suka dgr petikan violin kira ada cd instrumental yang saya blh dgr dlm masa yg lama...
melainkan gendang/rebana ia digunakan utk menambahkan kekhusyukan berzikir...ada setengah kumpulan gunakan alat musik ni dgn ketukan yang tertentu mereka akan membaca zikir secara tertib..dan ia blh mengkhusyukkan lagi bila berzikir...apa pun alat music kalau ia blh menambahkan kualiti amal ibadat digalakkan..
Ada seorang artis Malaysia (penyanyi) yang pernah koma menceritakan kepada umum. Sewaktu beliau koma, beliau telah mengalami satu penyiksaan batin yang cukup dahsyat akibat dari perbuatan dosa dia tidak menutup aurat dan tidak menggariskan perlakuan menghibur mengikut lunas2 Islam. Dalam proses 'penyucian' itu, beliau telah diberitahu oleh 'tukang sebat' tersebut (mungkin malaikat yg ditugas oleh Allah SWT menyeksa beliau dalam koma) agar mengubah perlakuan beliau yang selama ini berdosa dan lari dari kehendak Islam. Cuma yang menariknya, 'penyebat' tersebut tidak pula mengharamkan terus 'kerja' yang dibuat oleh beliau selama ini. Dalam koma tersebut juga, beliau dinasihati agar beliau memainkan peranan sbg jurucakap kepada artis2 (penyanyi lain) yang masih lalai dan tidak solat serta tidak menutup aurat agar tidak meninggalkan apa yang disuruh dan ditegah oleh agama.
Teringat ana sejarah isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah mengajak baginda untuk ke satu keramaian di mana bahu Rasulullah SAW sendiri yang menjadi penongkat dagu untuk isterinya berihat sambil memerhatikan riuh rendahnya penduduk-penduduk satu tempat bergembira. Baginda dan isteri taklah join, tapi memerhatikannya hanya dari jauh.
Rasulullah SAW juga sewaktu berhijrah ke Madinah, disambut oleh Ansar dengan paluan kompang dan gendang. Selagi ia tidak menyalahi syariat, Selagi itulah Rasulullah tidak melarang. Ini dinamakan Taqrir dari Rasulullah. Maknanya, Rasulullah SAW tidak melarang dan tidak pula menyuruh. HARUS.
Dulunya dia adalah lelaki kristen, dan seorang pemusik. Mencari ketenangan melalui musik bersama kawan-kawannya satu band. Ternyata hanyalah kegelisahan yang ia dapat.
Ternyata dia mendapatkan ketenangan hanya di dalam Al-Quran. Dan akhirnyapun dia masuk islam dan mengucapkan 2 kalimat syahadat. Kemudian dia meninggalkan musik secara total karena Al-Quran dan musik tidak pernah bersatu pada dirinya.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:
"Cinta Al-Quran dan cinta musik lagu tidak akan berkumpul di hati seorang hamba" (Nuniyyah Ibn Al-Qayyim hal.368)
Dan harapannya saat ini adalah semoga Allah mempermudah dia untuk belajar di Universitas Islam Madinah (UIM)
Semoga Allah memberikan rezeki kepada kita untuk selalu cinta Al-Quran. #Aamiin Yaa Rabb
__________
Kajian Al Amiry (Situs pribadi ustadz Muhammad Abdurrahman Al Amiry)
Bayangkanlah musuh-musuh yang aku kumpul setelah aku buka thread nie. Bayangkan Jamal Abdillah sindir aku dalam lagu dia, "Jangan ahli sihir menyeru nama maharaja,kelak datang hantu berbungkus". Hahaha~ para nabi pun pernah digelar ahli sihir kan?