“Bertentangan Dengan Hukum Syarak” – Peguam Syarie Ini Beri Penjelasan Tentang Hukum Liwat Isteri
eguam syarie ini jelaskan isteri wajib tolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks melalui dubur
Gara-gara tidak mahu menjadi isteri derhaka, si isteri sanggup mengikuti permintaan suami untuk melakukan hubungan seks melalui dubur(liwat). Bagi yang kurang arif tentang agama, akan beranggapan ianya hal kecil walhal dari sudut hukum ianya perlakuan yang diharamkan Allah SWT.
Perbuatan Bertentangan Syarak
Peguam syarie, Wafda Kamilen menyentuh soal hukum suami isteri melakukan hubungan liwat di laman Twitter. Menurutnya hubungan tersebut jelas bertentangan dengan hukum syarak namun masih ada yang melakukannya.
“Haram perbuatan liwat antara suami isteri. Perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan hukum syarak. Takkan tu pun tak tahu? Ke buat-buat tak tahu?” Tegas Wafda
Isteri Wajib Tolak Permintaan Suami
Menurut peguam syarie ini lagi, jika suami mereka meminta untuk lakukan hubungan seks melalui dubur, maka isteri wajib menolak permintaan tersebut.
“Apabila perbuatan yang diperintahkan suami itu bertentangan dengan syarak, maka gugur kewajipan isteri mematuhinya.
Dan isteri wajib menolak permintaan suami untuk mengadakan hubungan seks melalui dubur.” Jelasnya
Boleh Buat Aduan Ke Pejabat Agama
Wafda juga mendedahkan perbuatan isteri menolak permintaan suami seperti itu tidak disifatkan sebagai derhaka kerana isteri telah mencegah kemungkaran dalam rumahtangga. Namun jika suami tidak boleh terima hingga terjadinya pergaduhan antara mereka, isteri boleh membuat aduan di pejabat agama.
“Isteri tidak dikatakan derhaka kerana sudah mencegah kemungkaran yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Jika suami masih ingkar dan marah sehingga terjadinya pergaduhan, isteri boleh membuat aduan ke pejabat agama berdekatan berhubung masalah itu.” Jelasnya lagi
Hal ini boleh jadi perkara besar jika tidak ditangani dari awal dan secara baik, seperti yang peguam syarie ini katakan apa yang haram tetap haram jadi jagalah rumahtangga dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.