CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3277|Reply: 0

GIGIH! Sepakat pilih tarikh istimewa 22.2.22

[Copy link]
Post time 22-2-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Sepakat pilih tarikh istimewa


NUR Amirah (kiri) dan Zamirul memilih tarikh istimewa 22 Februari untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Bukit Tunggal. FOTO Ghazali Kori



Kuala Nerus: Selepas lapan tahun menyulam cinta, pasangan pengantin sepakat memilih tarikh istimewa 22 Februari 2022 iaitu 20022022 untuk disatukan.

Nor Amirah Amran, 24, dan pasangannya, Zamirul Aiman Zahari,25, yang berkenalan menerusi aplikasi WeChat selamat diijabkabulkan dengan berwalikan abangnya, Mohamad Rahimi,29 di kediamannya, 10 pagi tadi.

Nor Amirah yang juga anak bongsu daripada empat beradik berkata, dia mula berkenalan dengan suaminya pada 2015 menerusi aplikasi WeChat sebagai kawan sebelum perhubungan menjadi semakin serius.

Katanya, dia bersama suami merancang untuk berkahwin tahun lalu sebelum melangsungkan pertunangan pada Oktober tahun yang sama.

"Kami kemudian memilih tarikh untuk ijab kabul dan sepakat tidak mahu bertunang lama sebelum akhirnya memilih tarikh hari ini.

"Memang kebetulan kerana ketika pilih tarikh yang sesuai, rasa tarikh hari ini comel dan tentunya lebih bermakna sekiranya kami mengabdikan tarikh ini.

"Walaupun tarikh ini jatuh pada hari bekerja tetapi ia perkara biasa melangsungkan perkahwinan pada hari bekerja," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lih-tarikh-istimewa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.164481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list