View: 404|Reply: 0
|
Momota label Malaysia pasukan terkuat
[Copy link]
|
|
Aksi Kento Momota ketika menentang pemain England, Toby Penty pada aksi peringkat kumpulan di Impact Arena hari ini.
BANGKOK: Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022, di sini.
Bagaimanapun pemain utama perseorangan lelaki Jepun itu, berjanji untuk memberikan cabaran terbaik dalam pertemuan antara pasukannya dan Malaysia dalam usaha mengungguli Kumpulan D, pada pertemuan mereka esok di Impact Arena di sini.
"Saya akan cuba yang terbaik dan akan cuba membantu pasukan saya mengatasi Malaysia," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perlawanan Kumpulan D bertemu Toby Penty dari England, di sini.
Momota yang menghadapi masalah kejatuhan prestasinya termasuk tersingkir awal di tangan pemain Indonesia Chico Aura Dwi Wardoyo di Kejohanan Badminton Asia di Manila baru-baru ini, mengakui yang beliau mengalami simptom kurang keyakinan diri, yang menyebabkan prestasinya jatuh.
Malah juara dunia dua kali berkata, pada set pertamanya berhadapan Penty pemain nombor ke-53 dunia itu, memberikan beliau sedikit masalah sebelum beliau menemui rentak untuk menang 21-18, 21-11.
"Saya berasa gugup pada set pertama, tetapi saya berharap dapat bermain dengan lebih selesa dan baik selepas ini," katanya.
Momota merupakan seorang daripada pasukan Jepun yang menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan akhir edisi 2014 di Delhi, India.
Kali terakhir kedua-dua negara bertemu dalam kejohanan paling berprestij dunia itu adalah pada edisi di Aarhus, Denmark, dengan Jepun mengalahkan Malaysia 4-1 dalam Kumpulan D, Oktober lepas. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... sia-pasukan-terkuat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|