Edited by boca120879 at 24-8-2022 02:11 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ibrahim Ibnul Hasan, diceritakan oleh Hajjaj, diceritakan oleh Ibnu Juraij, diceritakan oleh Ubaidullah, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. melarang al-Qaza'
(mencukur sebahagian kepala dan membiarkan sebahagian yang lain)."
(Hadith Nasa'i no. 5134)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|