View: 706|Reply: 0
|
Izzah cipta sejarah di ACC 2022
[Copy link]
|
|
IZZAH (tengah) menamatkan penantian emas negara dalam acara 500m ujian masa di ACC. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara
Kuala Lumpur: Pelumba muda negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia menerusi acara 500 meter (m) ujian masa wanita hari ini.
Kejohanan yang berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi itu menyaksikan Nurul Izzah beraksi cemerlang sekali gus berjaya mencatat masa 35.499 saat (s) iaitu mencapai kelajuan tertinggi 50.705 kilometer sejam.
Kejayaan itu secara tidak langsung detik bersejarah buat Malaysia apabila Izzah berjaya mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan terbabit.
Selain itu, pesaing kepada pelumba terbabit iaitu Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua (36.374s) manakala wakil tuan rumah Mayuri Dhanaraj Lute di tempat ketiga(36.481s).
Mengikut rekod, pada penyertaan sebelum ini menyaksikan Malaysia hanya membawa pulang pingat perak yang dimenangi oleh Fatehah Mustapa pada 2008 dan 2015.
Izzah yang berusia 19 tahun adalah pelumba muda yang baru saja diserap dalam pasukan kebangsaan namun sudah menunjukkan peningkatan yang cukup positif.
Sementara itu, acara akhir keirin lelaki menyaksikan Shah Firdaus Sahrom meraih perak selepas tumpas kepada pelumba dari Jepun Kohei Terasaki.
Tempat ketiga pula milik pelumba Kazakhstan Sergey Ponomaryov manakala Fadhil Zonis mengakhiri saingan di tempat ketujuh.
Selain itu, keirin lelaki remaja menyaksikan Akmal Nazimi Jusena meraih gangsa manakala Bae Junhyeong dari Korea Selatan dan Minato Nakaishi dari Jepun masing-masing meraih emas dan perak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sejarah-di-acc-2022 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|