Edited by boca120879 at 20-6-2022 01:20 PM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Ashim, diceritakan oleh Haiwah bin Syuraih, diceritakan oleh Rabi'ah bin Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Abu Idris Al Khaulani, diceritakan oleh Abu Tsa'labah Al Khusya'i,
"Aku menemui Nabi s.a.w. dan berkata, "Wahai Rasulullah, kami berada di negeri ahli kitab dan makan dengan bekas makanan mereka.
Dan kami juga berada di wilayah yang suka melakukan perburuan. Aku lalu berburu dengan tombak dan anjing, baik yang terlatih mahu pun yang tidak terlatih?"
Nabi s.a.w. lalu bersabda, "Sebagaimana yang kamu sebutkan bahawa kamu berada di negeri ahli kitab.
Maka janganlah kalian makan dengan bekas makanan mereka kecuali ada keperluan.
Jika ada keperluan (kerana tidak ada yang lain), maka cucilah (bekas makanan tersebut) lalu makan dengannya.
Ada pun bahawa kamu berada di wilayah yang suka melakukan perburuan. Maka apa yang terkena oleh tombakmu, bacakanlah nama Allah lalu makanlah.
Dan yang ditangkap oleh anjingmu yang terlatih, maka sebutlah nama Allah lalu makanlah.
Dan hasil buruan yang ditangkap oleh anjingmu yang tidak terlatih, dan kamu masih sempat menyembelihnya, maka makanlah."
(Hadith Bukhari no. 5072)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|