View: 943|Reply: 0
|
Dua juara dunia balik awal
[Copy link]
|
|
KEAN YEW gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas tumbang di tangan Cheuk Yiu di Axiata Arena hari ini - FARIZ RUSADIO
KUALA LUMPUR – Kejutan berlaku pada saingan hari pertama Terbuka Malaysia apabila dua juara perseorangan dunia, Loh Kean Yew dan Akane Yamaguchi ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama.
Kean Yew gagal menepati status sebagai juara perseorangan dunia lelaki dari Singapura apabila tewas 19-21, 12-21 kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dalam tempoh 39 minit di Axiata Arena hari ini.
“Saya kecewa dengan permainan hari ini. Saya tahu dia adalah lawan sukar dan saya tidak pernah menang ke atasnya.
“Setiap pemain mahu tewaskan lawan masing-masing. Saya seorang juara dunia, jadi saya bijak menguruskannya dan lebih konsisten,” kata Kean Yew.
Pemain berusia 25 tahun itu muncul juara dunia selepas menewaskan Srikanth Kidambi dari India sewaktu final Kejohanan Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol.
MARISKA Tunjung (kanan) mencipta kejutan menyingkirkan Yamaghuchi dengan kemenangan straight-set 21-14, 21-14 pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena hari ini. – TWITTER BWF
Sementara itu, Yamaguchi turut gagal menepati status selaku pilihan utama sebagai juara perseorangan wanita dunia.
Bintang Jepun itu dikejutkan oleh pemain No.31 dunia dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung dengan kekalahan straight-set 14-21, 14-21.
Di pusingan kedua esok, Mariska Tunjung bakal berdepan Wang Zhiyi dari China yang menewaskan rakan senegaranya, He Bingjiao 23-21, 9-21, 21-11 hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/06/28/dua-juara-dunia-balik-awal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|