CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 0

Skuad boling raih dua perak, satu gangsa di Sweden

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Azriq (kiri) dan Alya Addini memperagakan pingat perak yang dimenangi pada Kejohanan Dunia B-21 IBF. - Foto FB MTBC

KUALA LUMPUR: Skuad muda boling negara melakar kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg, Sweden, hari ini.

Pada kejohanan berlangsung di Olympia Bowling itu, Ahmad Azriq Izamudin meraih perak acara individu lelaki selepas mencatat keseluruhan 666 jatuhan pin setelah tewas kepada pemain tuan rumah Carl Eklund yang melakukan 730 jatuhan pin dalam aksi final.

Bagi aksi individu wanita, Alya Addini Zulamri terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tumpas di tangan pemain Singapura, Colleen Pee

Alya Addini tewas pada permainan pertama dengan membuat 190 jatuhan pin manakala Pee membuat 213 jatuhan pin.


Kedua-dua pemain kemudian terikat dengan masing-masing melakukan 212 jatuhan pin di permainan kedua sebelum Pee memastikan kemenangan dalam permainan penentuan dengan catatan 60-40 jatuhan pin.

Sementara itu, gandingan Airel Amri Suhaimi-Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin meraih gangsa selepas tewas kepada gandingan tuan rumah Carl Eklund-Robin Ilhammar bagi acara beregu lelaki di peringkat separuh akhir.

Eklund-Ilhammar membuat keseluruhan 467 jatuhan pin manakala Airel Amri-Megat Zaqrul membuat 378 jatuhan pin dalam dua permainan. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... tu-gangsa-di-sweden

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.338843 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list